CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perumahan Rakyat (PPR) Terbakar

1-7-2014 09:45 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7521| Komen: 27


Kuala Lumpur: Kelalaian pemilik sebuah rumah di tingkat 18, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gombak Setia menutup suis dapur gas selepas memasak dipercayai punca rumahnya musnah dijilat api dalam kebakaran petang semalam. 

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, kebakaran itu menyebabkan rumah berkenaan terbakar seratus peratus.

Beliau berkata, pasukan bomba dan penyelamat menerima panggilan kecemasan jam 4.23 petang dan jentera pertama mengambil masa lima minit tiba di lokasi kejadian.

Tiupan angin kencang menyebabkan api marak dengan pantas namun ketika kejadian itu semua penghuni rumah berkenaan sudah keluar dan tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.
Pasukan bomba dan penyelamat mengambil masa 15 minit untuk mengawal api daripada merebak ke unit lain,” katanya.

Katanya, operasi itu disertai pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Wangsa Maju, Gombak Selatan dan Hang Tuah dengan kekuatan seramai 28 anggota.


Azizan berkata, siasatan awal tidak menolak kemungkinan pemilik rumah tidak menutup suis dapur gas memasak sebelum meninggalkan rumah menyebabkan ia meletup.
Hanya seunit rumah saja yang musnah dan tidak membabitkan rumah lain,” katanya

1

Bagus
3

Marah
1

Terkejut

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gede-bab 1-7-2014 09:04 AM
ni kes lalai agaknya.....jadikan amalan sebelum keluar rumah periksa dulu dapur, seterika dll....
Quote siputsedut 1-7-2014 09:06 AM
bab tutup dapur gas ni sangat la aku takut....aku pon kadang2 dah sampai ofis baru terfikir..tutup ke tidak dapur gas tadi
Quote Suchi 1-7-2014 09:11 AM
dapur gas n iron
pastikan sblm kuar umah cek dulu
kalo rasa tak sedap hati blk lah umah semula
iols selalu lupa tutup dapur gas time panaskan lauk, tau2 kering gulai mujur tetiba teringat

sbb tu lebih senang guna microwave ke apa, benda tu otomatik off sendiri.
Quote HANIMUSLIMAH 1-7-2014 09:48 AM
siputsedut posted on 1-7-2014 09:06 AM
bab tutup dapur gas ni sangat la aku takut....aku pon kadang2 dah sampai ofis baru terfikir..tutup k ...

huh..sangat bahaya tu..
Quote fifie_olin 1-7-2014 09:49 AM
penah skali aku lupa tutup api dapor...ms tu tgh pnskan minyak...
selamba aku kuar ikor somi bli mkn..
smpi kedai mkn tu br aku terigt...kelam kabot aku soh somi pth blk....
smpi umh aku tgk...kuali dh berasap jek...
uikkksss jatoh jantong aku...berderauuuu darah kuuu
Quote senahsanasini 1-7-2014 10:00 AM
Kesianye lahai....

Jdikan pengajaran buat kita semua..
Quote chickenwing 1-7-2014 10:02 AM
dah penah jadi kat rumah...abih periuk tefal aku hanguih....kalo pakai periuk pasar malam agaknya dh bocor....
Quote ninja boy 1-7-2014 10:08 AM
terfikir kalau kita jadi org2 tua yg nyayuk asik lupa ingatan, bahaya sungguh
Quote afie_m 1-7-2014 10:25 AM
minta dijauhkan dari sikap lupa ni....
Quote rdzaccess 1-7-2014 10:33 AM
tak perlu risau ... pusat zakat akan membantu ...
Quote mamasaffiya 1-7-2014 10:49 AM
baru2 ni jiran sebelah jerang air atas dapur
nasib baik cerek air yg berbunyi
jiran lain yg sedar sbb dah 15 minit tak tutup2
tpaksa panggil bomba pecah masuk rumah dia
masuk je dah berasap .. air dah kering
Quote hantulaksa 1-7-2014 11:15 AM
Sy pernah terlupa tutup api dapur slps goreng karipap frozen. Hbs grg dlm Pkl 11.30mlm. Pkl 7pg esoknya terkejut tgk bhgn dapur ada asap sikit. Tgk2 api masih menyala tp mujur apinya kecik je tp myk dlm kuali Hitam legam pekat. Menggigil dibuatnya.
Quote siputsedut 1-7-2014 11:48 AM
HANIMUSLIMAH posted on 1-7-2014 09:48 AM
huh..sangat bahaya tu..

bahaya jugak penyakit lupa ni..dulu2 masa aku kecik...pernah pergi family day sejam dari rumah..skali abg aku ckp dia dah lupa dah tutup belom api gas yang tengah jerang air guna kettle yang bertempik kuat tu..kan kettle tu kalu kering mau dia meletop kan..pastuh dia pon bawak la motor dengan kwn dia yang join family day kami balik rumah nk check dah tutup belom dapur gas...separuh jalan dia eksiden ngn kwn dia...masuk wad bagai...

rupanya kettle dah tutup...tp dia cedera bukan sbb dapor gas..tp eksiden on the way...

susah kan kalu ade penyakit lupa takpon penyakit was was ni
Quote HANIMUSLIMAH 1-7-2014 11:50 AM
siputsedut posted on 1-7-2014 11:48 AM
bahaya jugak penyakit lupa ni..dulu2 masa aku kecik...pernah pergi family day sejam dari rumah..sk ...

ye la..kalau dalam bab ibadat was was ni bahaya..
owh cuba la ikhtiar kurangkan sifat lupa dan was was tu ye..
Quote Modngengade 1-7-2014 11:55 AM
ioul pulak selalu was-was samada dah lock kereta ke belum...
kdg2 dah jauh tinggalkan parking lot  terpaksa berpatah balik nak ensure kereta dah lock...

was-was ni tak elok sebenarnya...tetapi dlm bab keselamatan, elok jugak was2 ni...
Quote batmana 1-7-2014 11:59 AM
tu yg kalu duk umah elok berdua, bertiga.
klu bini pas masak, somi checkla dpur tu dh off semo ke blum
jgn tau mkn aja.
Quote belacan_gurl 1-7-2014 01:04 PM
org bwh umah aku pun pernah lupa tutup dapur gas...nasib aku terbau...ketuk umah x berjwb last2 nmpk indon kuar lift...cehhhh gara2 dia bole meletup umah aku kat atas !!! kecuaian org lain tp org lain yg akan terkena...dah dua kali plak tu
Quote boyagombak 1-7-2014 01:46 PM
hantulaksa posted on 1-7-2014 11:15 AM
Sy pernah terlupa tutup api dapur slps goreng karipap frozen. Hbs grg dlm Pkl 11.30mlm. Pkl 7pg esok ...

alhamdulillah.masih dapat berporem lagi hingga kearini
Quote boyagombak 1-7-2014 01:53 PM
Modngengade posted on 1-7-2014 11:55 AM
ioul pulak selalu was-was samada dah lock kereta ke belum...
kdg2 dah jauh tinggalkan parking lot   ...

ada was-was tak dah ngutok ker belum PR arini ?

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:57 PM GMT+8 , Processed in 0.117373 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top