ALOR SETAR, 30 Jun - Makanan berkhasiat dan kurang minyak serta mempunyai rasa enak sememangnya menjadi juadah pilihan orang ramai yang mementingkan kesihatan sepanjang bulan Ramadan ini. Ayam dipanggang dalam tempayan menjanjikan satu kelainan kerana ia dimasak dengan menggunakan haba tanpa menggunakan minyak di samping rasanya yang lazat. Peniaga ayam tempayan, Abdul Rani Ahmad, 50, berkata dia mengambil masa satu jam untuk memasak ayam tersebut kerana ia dimasak menggunakan arang kayu. "Ini yang istimewa ayam tempayan, rasanya sedap tanpa minyak dan isinya lembut berbanding ayam yang dipangggang dan goreng," katanya ketika ditemui di bazar Ramadan Stadium Darul Aman di sini. Katanya ayam itu juga bersih dan bebas dari kotoran seperti habuk kerana ia dimasak dalam tempayan yang tertutup. Abdul Rani berkata sebelum dimasak dalam tempayan, ayam itu perlu diperap dengan rempah ratus dan ramuan istimewa dalam tempoh empat jam bagi mendapatkan rasa yang enak. Katanya ayam tempayan itu dijual pada harga berpatutan iaitu RM18 seekor. "Buat permulaan saya guna tiga tempayan untuk memasak 60 ekor ayam. Syukur ayam tempayan ini mendapat permintaan yang tinggi dari orang ramai," katanya.Dia yang tinggal di Taman Derga di sini berkata idea ini tercetus selepas melihat kejayaan adiknya yang berniaga ayam tempayan di Terengganu pada bulan Ramadan.
|
27
Bagus |
14
Marah |
23
Terkejut |
21
Sedih |
34
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Katanya ayam tempayan itu dijual pada harga berpatutan iaitu RM18 seekor.
annehuda posted on 30-6-2014 03:52 PM
erk harga berpatutan ke ni?
artcrime posted on 30-6-2014 04:07 PM
xmenjawab soalan..
p/s: tak semua org "mampu" nak topup kalau bawak seisi keluarga..
Fantaghiro posted on 30-6-2014 04:14 PM
dah sangat berpatutan dah tu kalo berat ayam tu sebelum masak dalam 1.5kg seko..
yg aku pasan k ...
annehuda posted on 30-6-2014 04:31 PM
ai mmg tak suke pegi bazar pun. xpela ayam kecik pun at least selesa boleh duduk2 je tunggu makana ...
ADVERTISEMENT