Pelakon dan produser terkenal Sheila Rusly kesal apabila cara kerjanya disalah erti oleh segelintir pihak. Ini kerana sekiranya beliau memberikan satu-satu tawaran kepada seseorang pelakon untuk berlakon dibawah produksinya iaitu JS Pictures Sdn Bhd, pasti akan kedengaran 'suara-suara sumbang' yang memberikan gambaran negatif syarikat milik beliau dan suaminya, Jinggo. Kononnya, sesiapa yang berkerja dibawa produksi beliau pasti tidak sanggup berdepan dengan cara kerja yangg dipraktikan Sheila terhadap setiap krunya. Ekoran itu, ramai pelakon dikatakan takut mahu bekerja dengan JS Pictures.
"Ada suara-suara sumbang mengatakan sesiapa yang bekerja dengan JS Picture pasti berdepan dengan dugaan, cabaran dan mereka mesti tidak tahan dengan cara kerja saya. "Memang waktu kerja saya sangat serius. Saya bukan laser tapi tegas. Paling penting, saya mahu kru-kru saya berdisiplin,menepati masa dan kalau dia seorang pelakon, kalau datang set dia mesti dah buat homework dan dah faham wataknya yang bagaimana. "Saya tegas sebab saya mahu pelakon-pelakon saya dapat menjiwai watak mereka dan kami dapat mengahsilkan sebuah produk yang betul-betul berkualiti untuk mana-mana stesen TV. Bayangkan kalau pihak stesen TV tidak berpuas hati dengan lakonan para pelakon saya, tentunya reputasi produksi kami sedikit terjejas. Kami perlu juga jaga hubungan kami dengan stesen TV. Tapi sekiranya lakonan para pelakon saya bagus, nama mereka juga akan disebut-sebut. "Seperti drama kami yang terbaru, 'Ramadan Jangan Pergi', saya gembira kerana baru dua episod drama itu di tayangkan di TV3, ramai penonton yang beri respon positif", kata Sheila Rusly ketika ditemui pada majlis pelancaran majlis pelancaran lima produk terbaharu terbitan JS Pictures Sdn Bhd sempena bulan Ramadan bertempat di hotel Renaissance Kuala Lumpur, semalam. Sheila bagaimanapun mengaku, gara-gara sikapnya yang sangat tegas semasa bekerja menyebabkan timbulnya salah faham sebegitu. Namun hakikatnya, ia tidak seperti yang digambarkan oleh segelintir pihak. "Saya rasa persepsi negatif itu timbul mungkin juga kerana sikap dan karakter saya. Saya akui, sebelum ni saya dikenali menerusi watak-watak ganas, jahat dan serius. Jadi tak dinafi bila saya bekerja saya memang tegas. Saya tak kisah lah orang nak cakap apa pun tentang saya. "Sebab, seperti yang saya katakan, kami buat drama bukan untuk simpan dalam almari untuk anak-beranak tengok. Tapi untuk tontonan ramai. Jadi kami perlu berikan satu produk yang betul-betul berkualiti. "Kalau saya marah pun, bukan semata-mata marah. Saya mahu pelakon saya betul-betul fokus dan berikan komitmen. Bila orang ramai bagi maklum balas positif terhadap drama-drama terbitan JS Picture, penat lelah serta susah kami sekurang-kurangnya berbaloi", katanya. Sempena Ramadan kali ini, JS Pictures telah menerbitkan lima produk terbarunya yang akan di tayangkan di pelbagai saluran televisyen. Program-program tersebut ialah drama 'Ramadan Jangan Pergi', 'Di Pintu Neraka', 'Ramadan Berlima' serta dua program masakan yang tidak asing lagi iaitu 'Ketuk-Ketuk Ramadan' dan 'Ketuk-Ketuk Syawal'. Kembali Berlakon Sheila Rusly dan suaminya, Jinggo. Dalam pada itu, setelah hampir dua tahun Sheila tidak muncul menerusi lakonan, istimewanya beliau kembali menerusi drama 'Ramadan Jangan Pergi' dan 'Di Pintu Neraka'. Menurut isteri kepada pengarah, Jinggo, ini beliau tidak berlakon bukan kerana merajuk. Tetapi sepanjang tempoh itu beliau sebenarnya sibuk membantu suaminya di sebalik tabir menguruskan kerja-kerja penerbitan. "Dua tahun saya senyap, tak berlakon. Sampai ada suara-suara sumbang mengatakan JS Pictures sudah tidak ada lagi ker? Sebenarnya ada. Kami sibuk siapkan lima produk untuk ramadan kali ini. Semuanya arahan Jinggo. Kami ambil masa lebih kurang setahun untuk menyiapkan semua program ini. "Saya kurang berlakon kerana saya kira elok lah saya beri peluang pada pendatang baru. Berlakon sudah jadi sebahagian darah daging saya. Saya tak akan menggatakan yang saya tidak mahu berlakon lagi. Sekembalinya saya ke dunia lakonan kali ini untuk memeriahkan lai industri ini. Sambil melepaskan rindu nak berlakon juga mengubat kerinduan para peminat saya. "Tapi jangan pula ingat saya nak pulun semua. Sebab sebelum ini ada yang kata asal produksi saya saja, muka saya juga yang berlakon. Sebenarnya ia atas permintaan stesen TV. Saya sekadar memenuhi permintaan mereka", kata figura ini yang telah melibatkan diri dalam dunia lakonan seawal usia 15 tahun lagi. |
mixed posted on 27-6-2014 09:17 AM
aku suka je tgk drama2 keluaran JS pic suma best2
Suchi posted on 27-6-2014 09:39 AM
drama yg samarinda nih masa episod ari rabu tu yg 1st ke..
sapa pelakon utama yg jd ank sheila n ...
ADVERTISEMENT