Penyanyi Shiha Zikir mengumumkan Famili Duo musim keempat (FD4) menjadi program realiti terakhir disertainya.
Mengulas lanjut, Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir, 37, berkata keputusan itu dibuat kerana sudah tidak sanggup lagi berdepan dengan tekanan disifatkan sebagai cabaran terbesar buat dirinya.
"Keputusan tidak mahu lagi menyertai program realiti dibuat sebelum saya masuk Famili Duo lagi. Rasanya saya sudah keluarkan semua idea hingga capai satu tahap saya jadi tepu dan penat nak kerah otak untuk cari idea.
"Untuk masa akan datang, saya tidak tahu. Tapi, buat masa sekarang, inilah yang rasakan. Keluarga memahami keputusan saya kerana mereka tahu saya berjiwa pejuang.
"Kalau buat apa-apa, saya tidak main-main. Disebabkan itu saya jadi penat kerana terlalu komited dengan sesuatu kerja itu," katanya kepada BH Online.
Antara program realiti pernah disertai Shiha sebelum ini termasuklah Akademi Fantasia, Mentor, Dangdut Academy Asia, Muzikal Lawak Superstar dan Dansa Dan Sing.
Meskipun tidak lagi mahu menyertai program realiti, namun penyanyi lagu Kalam itu berkata, karier seninya masih berjalan seperti biasa.
Bagaimanapun, kata Shiha, dia akan memperlahankan pecutan kerjaya nyanyiannya kerana mahu menumpukan perhatian terhadap kerja di balik tabir.
"Saya kini sedang mencari bakat-bakat baharu untuk diketengahkan sebagai penyanyi. Selain berbakat besar, mereka ini juga hendaklah tidak terlalu mengejar populariti.
"Saya mencari mereka yang nak masuk industri kerana minat dan bukan sebab nak popular. Kalau sebab nak mengejar populariti, bimbang juga mereka akan berhenti separuh jalan kalau tak dapat apa yang diimpikan," katanya ketika ditemui pada sidang media FD4 pentas akhir di Studio 1, Glenmarie, di sini, malam tadi.
Pada acara itu, Shiha dan kakaknya, Ieda Zikir dinobatkan sebagai juara sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000.
shiha produk mentor banyak kat tb 3 sukui so no syatuuu
salma produk mentor walaupun sendu di pagi hening vokal bagus so no 2
tomok tu bukan dari kelahiran 3suku jadinya dapat la no 3
sbb famili duo ni kne berlakon & nyanyi kan.. tu dia stress agaknye.. kalau stkt GV tu nyanyi je cuma fkr props ms nk nyanyi je.. tp i nk juga tgk dia masuk GV
Tomok pun boleh la stop nynyi bagai nak putus ur ...
eh oiam yg 2024 ke..sbb nya ritu tgk kt tv3 mcm ada idayu tau..x lepas eh dia..pastu nmpk jasper yg pernah join all together now tu x lepas jgk, sbb dia masuk as berkumpulan..jasper tu suara mantap juga
Post time 17-12-2024 05:51 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Suci_Murni replied at 17-12-2024 02:25 AM
skg cakap x nak jon... nnt dapat offer masuk gegar vaganza, masked singer jgn nak karang ayat pemena ...
aku rasa dia bakalan masuk the hardest kalau ada musim ke 2..she pun sejenis ayda jebat jugak jenis all out buat persembahan..aku teringin nak tengok ayda shiha dgn tomok satu pertandingan sebab masing2 jenis all out bila bertanding..