Kalau sebelum ini penyanyi Adira agak senang berkongsi tentang hal hubungannya dengan Presiden Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia (GBG1M)iaitu Shahrul Nasrun Kamarudin kepada umum. Bagaimanapun ketika ditemui pada majlis pelancaran album dan showcase-nya bertempat di Saloma Bistro, semalam, gadis berusia 23 tahun ini berkata dia enggan lagi mendedahkan kisah cintannya kerana bimbang peminat akan meluat. "Saya rasa saya ni bukan lah terlalu berahsia. Kalau ada (cinta), ada lah. Kalau tak ada, tak ada. "Saya pun manusia biasa. Tapi kalau saya asyik saja mendedahkan tentang hal peribadi saya, nanti lama-kelamaan tentu orang naik meluat.
"Apa yang boleh saya katakan, hubungan kami bertambah baik. Kalau nak tahu selanjutnya bolehlah tengok di Instagram saya", tutur bekas Naib Juara Akademi Fantasia (AF8) ini ringkas sambil tersenyum. . Sementara itu menyentuh mengenai albumnya, 'Dewi Cinta', Adira berkata dia bersyukur dan gembira kerana selepas empat tahun akhirnya album sulungnya dapat dilancarkan. "Bagi seorang yang cukup kecil di mata dunia muzik yang besar pentasnya, saya berharap hadiah kecil ini boleh diterima oleh para peminat saya. Album ini cukup bermakna bagi saya kerana merupakan penghargaan buat mereka yang sentiasa bersama semasa susah dan senang selama tiga tahun ini", katanya. Mengulas mengenai judul albumnya, Adira berkata, perkataan "Dewi" itu adalah merujuk kepada dirinya. Manakala "Cinta" itu merujuk kepada pelbagai maksud cintanya kepada umum. "Dewi" tu, ibaratnya saya lah. Cinta tu, maksudnya kan meluas. Cinta pada ibu bapa, kawan-kawan, alam sekeliling dan sebagainya", unjar penyanyi kelahiran Sabah ini lagi. Album berkonsepkan Balada ini juga mempertaruhkan 10 buah lagu yang menampilkan ramai komposer dan penulis lirik terkenal. . Lagu-lagu yang termuat di dalam albumnya itu turut didendangkan pada showcase yang diadakan petang semalam di tempat yang sama. Antara lagu tersebut seperti 'Dewi Cinta', Ku 'Bawa Cintamu Sampai Mati', 'Ombak Rindu', 'Illusi', 'Ku Ada Kamu' dan 'Keajaiban Cinta'. |
ADVERTISEMENT