Jejai Minta Isu Perceraiannya Dengan Nora Danish Tidak Diungkit PETALING JAYA: Suami kepada Fasha Sandha iaitu Rizal Ashram Ramli buat pertama kali membuat kenyataan di Instagram memohon kepada orang ramai supaya tidak lagi menyakitkan hati isterinya selain membandingkan aktres itu dengan bekas isterinya Nora Danish. Rizal atau lebih mesra dengan panggilan Jejai berkata, tuduhan demi tuduhan yang dilemparkan kepada Fasha membuatkan dia terpaksa membuka mulut bahawa perceraiannya dengan Nora Danish enam tahun lalu langsung tiada kaitan dengan Fasha. "Saya akui, pada masa itu, sayalah punca perceraian itu, bukannya Fasha. "Ianya telah ditentukan dan telah terjadi, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Saya berharap sangat semua ini berhenti di sini sahaja dan tolong jangan panjangkan perkara ini," katanya dalam Instagram miliknya yang dimuatr naik pada Khamis. Pada Selasa lalu, Fasha telah menegur segelintir pengikut Instagram miliknya yang memberi pelbagai komen apabila dia tidak memuat naik gambarnya bersama mertua berbanding Nora yang memuat naik pelbagai foto dengan keluarga itu pada acara Kuala Lumpur Fesyen Week 2014 yang berlangsung baru-baru ini. Perkara tersebut membuatkan Fasha mempersoalkan kenapa dia dibandingkan dengan Nora selain berasa terluka dengan komen-komen berkenaan. Tidak tahan melihat pelbagai komen negatif yang dilemparkan kepada Fasha, Jejai mengambil langkah menjelaskan situasi sebenar yang terjadi antaranya, Fasha dan Nora menerusi satu komen yang ditulis di Instagram milik isterinya itu. Sementara itu, Jejai juga berkata, dia faham apabila situasinya bercerai dengan Nora dan kemudiannya berkahwin dengan Fasha membuatkan Fasha dilihat sebagai perosak rumah tangganya sebelum ini. Dalam pada itu Jejai memahami situasi Fasha sehingga terpaksa menegur salah seorang pengikut laman Instagram miliknya dan menganggap Fasha ada hak berbuat demikian. "Dia yang menanggung segala tuduhan selama ini dan bersabar. Tetapi kesabarannya juga ada had. Harapan saya kepada para pengikut (Instagram) semua agar tidak membandingkan Fasha dan Nora serta tidak mengaibkan mereka berdua. Saya memohon maaf kepada semua kerana disebabkan sayalah punca semua ini terjadi," ujarnya. Jejai dan Fasha telah mendirikan rumah tangga pada 27 April 2012. Terdahulu Jejai telah bercerai dengan Nora pada 10 Julai 2008 selepas dua tahun berkahwin.
|
novlin posted on 26-6-2014 03:29 PM
Nak humban kt tered all about pasah...ada nama norah..
Nak campak kt tered all about norah... isu ...
pasuoren posted on 26-6-2014 03:32 PM
dah tu...ko nak bukak lagi tered baghu..?
sah sah kene katup kang..
apa yang ko nak buktikan ni ...
JohnyDepp posted on 26-6-2014 03:36 PM
Sat lagi acik2 yg sama dok mengeji fs kt thread all about nora all abt fasha akan masuk sambung men ...
kukulangau posted on 26-6-2014 03:35 PM
cerai bermaruah orang kata
janda dan anak lansung tak terabai
dijaga first class
pasuoren posted on 26-6-2014 03:32 PM
dah tu...ko nak bukak lagi tered baghu..?
sah sah kene katup kang..
apa yang ko nak buktikan ni ...
JohnyDepp posted on 26-6-2014 03:36 PM
Sat lagi acik2 yg sama dok mengeji fs kt thread all about nora all abt fasha akan masuk sambung men ...
novlin posted on 26-6-2014 03:37 PM
Sultan melaka nk masuk pn hoccay... ekekekke
pasuoren posted on 26-6-2014 03:32 PM
dah tu...ko nak bukak lagi tered baghu..?
sah sah kene katup kang..
apa yang ko nak buktikan ni ...
kukulangau posted on 26-6-2014 03:39 PM
alah selagi tak katup kutip la jagung
pasuoren posted on 26-6-2014 03:39 PM
habis...
ko nak duduk belah mana neh..?
ADVERTISEMENT