Sumber berkata, mangsa yang bersendirian ketika itu, dipanggil dua remaja lelaki terbabit kemudian meminta rokok. Disebabkan tiada barang diminta, salah seorang suspek menolak mangsa ke dinding menyebabkannya terjatuh ke lantai. Rakan suspek kemudian memegang mangsa manakala seorang lagi menyeluk poket seluar untuk mencari barangan berharga. “Samseng junior itu merampas telefon bimbit, cukai jalan, kunci motosikal milik mangsa dan mengarahkannya ke kedai membeli rokok. “Bagaimanapun setelah kembali membawa rokok, mangsa mendapati kedua-dua suspek ‘ghaib’ bersama barang peribadi miliknya,” katanya. Mangsa yang ketakutan kemudian bergegas ke tempat letak motosikal pusat beli-belah namun terkejut mendapati motosikalnya juga sudah lesap disyaki dilarikan kedua-dua remaja terbabit. Bertindak atas laporan mangsa, Ketua Polis Balai Kinrara, Inspektor Hailmi Zil Azam Nordin mengetuai pasukan Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) melaksanakan Ops Lejang sekitar Pangsapuri Enggang Bandar Kinrara 6. Motosikal milik mangsa berjaya ditemui semula selepas empat hari dilarikan suspek. Sebuah motosikal ditemui dengan keadaan nombor pendaftaran kenderaan tidak sempurna di bawah sebuah blok pangsapuri tersebut, semakan mendapati nombor berkenaan tidak wujud dan kenderaan dilaporkan hilang empat hari sebelumnya. “Seorang daripada suspek yang tinggal di pangsapuri tersebut berjaya dicekup ketika cuba menghidupkan enjin motosikal terbabit sebelum bertindak agresif dan cuba melarikan diri,” katanya. Kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkawan. Polis kini memburu seorang lagi rakan suspek berusia 19 tahun yang masih bebas bagi membantu siasatan.
|
15
Bagus |
11
Marah |
7
Terkejut |
13
Sedih |
14
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT