CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2367|Reply: 12

[Jenayah] Budak sekolah cuba lari berjaya dicekup (penyamun)

[Copy link]
Post time 25-6-2014 04:31 PM | Show all posts |Read mode
PUCHONG – Dua remaja yang masih bersekolah berlagak samseng menyamun mangsa berusia 19 tahun di sebuah pusat beli-belah terkenal di sini, petang Jumaat minggu  lalu.

Sumber berkata, mangsa yang bersendirian ketika itu, dipanggil dua remaja lelaki terbabit kemudian meminta rokok.

Disebabkan tiada barang diminta, salah seorang suspek menolak mangsa ke dinding menyebabkannya terjatuh ke lantai.

Rakan suspek kemudian memegang mangsa manakala seorang lagi menyeluk poket seluar untuk mencari barangan berharga.

“Samseng junior itu merampas telefon bimbit, cukai jalan, kunci motosikal milik mangsa dan mengarahkannya ke kedai membeli rokok.

“Bagaimanapun setelah kembali membawa rokok, mangsa mendapati kedua-dua suspek ‘ghaib’ bersama barang peribadi miliknya,” katanya.

Mangsa yang ketakutan kemudian bergegas ke tempat letak motosikal pusat beli-belah namun terkejut mendapati motosikalnya juga sudah lesap disyaki dilarikan kedua-dua remaja terbabit.

Bertindak atas laporan mangsa, Ketua Polis Balai Kinrara, Inspektor Hailmi Zil Azam Nordin mengetuai pasukan Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) melaksanakan Ops Lejang sekitar Pangsapuri Enggang Bandar Kinrara 6.


Motosikal milik mangsa berjaya ditemui semula selepas empat hari dilarikan suspek.



Sebuah motosikal ditemui dengan keadaan nombor pendaftaran kenderaan tidak sempurna di bawah sebuah blok pangsapuri tersebut, semakan mendapati nombor berkenaan tidak wujud dan kenderaan dilaporkan hilang empat hari sebelumnya.

“Seorang daripada suspek yang tinggal di pangsapuri tersebut berjaya dicekup ketika cuba menghidupkan enjin motosikal terbabit sebelum bertindak agresif dan cuba melarikan diri,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkawan.

Polis kini memburu seorang lagi rakan suspek berusia 19 tahun yang masih bebas bagi membantu siasatan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2014 04:53 PM | Show all posts
jahat betul bdk2 zaman skrg ni... adoiai
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 04:59 PM | Show all posts
abang long padil btui laa depa nee
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 05:02 PM | Show all posts
budaya samseng diagung2kan..diangkat ke filem menjadi hero. inilah hasilnya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 05:11 PM | Show all posts
padan muke kene tangkap
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 05:14 PM | Show all posts
whoaaaa...rupanya pangsapuri tu tempat berkuntum penjenayah....
bru je berkira2 nk bli rumah situ....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-6-2014 05:22 PM | Show all posts
Syabas polis!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 05:24 PM | Show all posts
igt seronok sgt ke jdi samseng?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2014 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
samseng sungguh budak sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 05:27 PM | Show all posts
adik2 flat pprt lagi.
memang celaka perangai
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Gen Y kebanggaan ummah..cerita samseng along shamsul tuh perfect dlm pembangunan kendiri ummah.bnyak nilai2 murni yang harus dipeajari..seperti samun,rogol pancut dalam dan pelbagai lagi.
#malaysproblem
#pprt
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 05:36 PM | Show all posts
Terrer gak penyamun ni, tengok Road Tax pun dah boleh carik motor mangsa..
Samaada mangsa bagitau kat mana dia parking atau penyamun ni dah memang kenal dgn mangsa..
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 05:40 PM | Show all posts
kat puchong gak. adakah suspeknya sama dgn org yang curi kereta kat pengasuh?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:28 PM GMT+8 , Processed in 0.080775 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list