"Jangan tanya soalan kenapa saya datang atau langgar pantang, saya datang adalah semata-mata untuk memberi sokongan kepada majlis ini dan pengasasnya. "Sebelum ini ketika sarat mengandung saya ada juga datang untuk memeriahkan perlawanan boling yang dianjurkan mereka," itu kata Lisdawati ketika ditemui pada majlis pelancaran Kosmetik Fesyen Pertama Malaysia, Airish Miracle, bertempat di Hotel Royal Chulan. Meskipun belum pun cukup 44 hari tempoh pantang bersalin, pelakon Lisdawati sudah pun kembali aktif. Isteri kepada pelakon dan pengarah Fauzi Nawawi ini selamat bersalin anak ketiganya yang diberi nama Ahmad Nur Fyrdaus pada 14 Jun lalu di Hospital Selayang.
Lisdawati bagaimanapun berkata dia masih percaya dan sedang mengikuti proses berpantang selama sebulan. Tetapi, dia tidak mahu terlalu mengikut keadaan dan sering keluar apabila rasa sihat. "Saya percaya dan mengamalkan berpantang selepas bersalin, malah sejak mengandung saya ada mengamalkan peraturan tertentu terutamanya dalam hal menjaga makan. "Cuma saya jenis yang suka keluar, bila rasa sihat sedikit saya akan keluar untuk hilangkan rasa bosan kerana duduk di rumah," katanya sedang menunggu tawaran berlakon dan tidak merancang untuk berehat panjang selepas bersalin. |
CiliPadiSedap posted on 25-6-2014 12:24 PM
jgn wat cmtu. kalau 44 hari tak jaga pantang boleh jd sewel.
ADVERTISEMENT