Pada masa sama mereka berkata, kerajaan menawarkan pampasan yang terlalu sedikit untuk meninggalkan kehidupan mereka. “Kerajaan tidak peduli mengenai kami. Kami perlukan lebih banyak penyelesaian secara kekal. Mereka tidak boleh menyelesaikan masalah pelacuran dengan memberi wang kepada pelacur,” kata Suyatmi, 43. Rangkaian pelacuran beroperasi secara terbuka di semua bandar raya besar Indonesia walaupun mendapat tentangan golongan Islam, sebahagian daripadanya mahu menggantikan sistem sekular negara itu dengan undang-undang Syariah. Sebahagian besar daripada 246 juta rakyat negara itu beragama Islam. Semalam, Datuk Bandar bandar raya kedua terbesar Indonesia itu Tri Rismahrini, secara rasmi menutup daerah pelacuran dikenali sebagai Dolly, antara yang terbesar di Asia Tenggara tetapi kerjaya tertua dunia itu masih berleluasa di sebalik amaran supaya kegiatan itu dihentikan. Dolly, dipercayai dinamakan beberapa tahun lalu sempena seorang wanita Belanda yang pernah menjajah Indonesia, sepatutnya ditutup 18 Jun lalu, tetapi wanita muda memakai skirt pendek dan kasut tumit tinggi terus menggoda pelanggan masuk ke dalam bilik yang cuma diterangi lampu kelam. Sambut bakal pelanggan Bapa ayam juga tidak cuba bersembunyi apabila berdiri di luar, menyambut bakal pelanggan. Apabila pelacur di pusat karaoke ternampak wartawan melalui kawasan itu, mereka berlari keluar dengan mengangkat tangan yang menggenggam penumbuk dan menjerit: “Dolly akan tetap dibuka.” Rismahrini berikrar menutup semua pusat pelacuran di Surabaya, manakala kerajaan menawarkan AS$425 (RM1,325) kepada kira-kira 1,500 pelacur untuk membantu mereka meninggalkan kawasan itu. Rismaharini bercadang meringankan beban wanita bakal kehilangan ‘kerja’ dan memberi masa sehingga Isnin ini untuk mengambil wang yang ditawarkan. Beliau tidak menggunakan paksaan tetapi berkata mahu seluruh kompleks itu ditutup menjelang akhir Ramadan lewat Julai ini.
|
1
Bagus |
4
Marah |
5
Terkejut |
13
Sedih |
Lawak |
2
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
shamsadis posted on 25-6-2014 03:08 PM
sebelum Ramadhan ditutup, selepas Aidiladha dibuka semula dengan tawaran diskaun Hari Raya, semoga i ...
Simunggu posted on 25-6-2014 04:00 PM
industri tertua di dunia..bukan senang nak ditutup.....kalau senang memang sudah lama tutup diseluru ...
gnote_2 posted on 25-6-2014 10:26 PM
kalau dah ditutup pn.. akan dibuka balik.. either back door atau underground
shamsadis posted on 25-6-2014 03:08 PM
sebelum Ramadhan ditutup, selepas Aidiladha dibuka semula dengan tawaran diskaun Hari Raya, semoga i ...
Simunggu posted on 26-6-2014 09:22 AM
bagus di legal kan tapi perlu dipantau dgn rapi supaya xada penyakit, xada yg terenaya, tak ada yg ...
Decaffeinated posted on 26-6-2014 11:05 AM
puasa siang je...
Decaffeinated posted on 26-6-2014 11:08 AM
kat indon legal ka?
yang aku tau even Thailand pusat ngesek sedunia pun tak legal katanya....
Simunggu posted on 26-6-2014 11:37 AM
dilarang tak boleh...disaman...tak makan saman....pelacur membuat dan terus buat....
mcm mana?. ...
ADVERTISEMENT