CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Kereta Zara Zya Dirempuh

24-6-2014 09:55 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 18621| Komen: 61

KL, 23 JUN 2014: Kereta Suzuki Swift milik pelakon Zara Zya yang diletakkan di tepi jalan remuk selepas dirempuh kereta Honda Prelude yang terbabas di Batu 3, Jalan Pantai di sini semalam.

Menurut laporan Kosmo, kejadian pada pukul 1.15 pagi itu berlaku ketika Zara Zya atau nama sebenarnya, Zainurul Razia Mohd. Zainuddin, 29, singgah di lokasi tersebut untuk menjamu selera.




Selain kereta pelakon itu, kereta Honda Prelude tersebut turut merempuh tiga buah kenderaan lain yang diletakkan di kawasan sama.

Zara Zya bersama rakan-rakannya dikatakan menyedari kejadian itu selepas terdengar bunyi dentuman kuat beberapa kali sebelum mereka bergegas ke lokasi kejadian yang terletak 15 meter dari tempat mereka makan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Abd. Wahab Harun mengesahkan kejadian tersebut dan berkata tiada mangsa yang cedera dalam kemalangan itu.




2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ellZack 24-6-2014 08:17 AM
mabuk ke apa honda tu sampai 3 bijik dihentam..
Quote malaywood.NET 24-6-2014 08:20 AM
adakah sebagai balasan selepas spin cita di benang azlee. baik takda papa.
Quote mamapea 24-6-2014 08:20 AM
nasib baik tak kena org..kalau dia langgar org yg tgh duduk ke meja mkn mmg nahas la..
kebanyakan org berniaga letak meja mkn tepi jln jer..mmg bahaya
Quote jpbstarlife 24-6-2014 08:47 AM
alhamdulillah dia tak apa2.. ingatkan dia kena hentam skali ngan honda tu... takpe keta blh ganti baru nyawa sekali seumur hidup...
Quote famri7 24-6-2014 08:49 AM
Memang cash la.
Quote kokocrunch 24-6-2014 08:56 AM
nasib baik tak kena org..
Quote duniaku85 24-6-2014 09:09 AM
rosak mcm ni blh claim kereta baru ke ?
Quote cemolot 24-6-2014 09:15 AM
dari fb kawan iols
Quote Budakmomok 24-6-2014 09:17 AM
mabuk ke?nasib baik nyawa x melayang
Quote elamor 24-6-2014 09:17 AM
dah kenapa honda ni
Quote RatuDunia94 24-6-2014 09:17 AM
Terselamat daripada dirempuh

MALANG tidak berbau. Itulah perumpamaan yang disuarakan oleh pelakon genit, Zara Zya, 29, apabila kereta Suzuki Swift miliknya yang diletakkan di tepi jalan remuk dilanggar sebuah kenderaan lain pagi Ahad lalu. Ketika kejadian tersebut, Zara yang baru selesai makan malam bersama ahli kelab peminatnya, Love Zara Zya FC di sebuah restoran makanan laut di Port Dickson, Negeri Sembilan singgah di sebuah gerai berhampiran untuk menyambung perbincangan.

Namun, kira-kira pukul 1 pagi, dia yang sedang rancak berbual terdengar bunyi yang kuat sebelum melihat sebuah kereta Honda Prelude berpusing lalu melanggar keretanya.

Bagaimanapun, Zara ketika dihubungi semalam berasa bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa yang berlaku pada pagi tersebut. Ikuti temu bual selanjutnya:

Kosmo!: Bolehkah Zara ceritakan tentang kejadian tersebut?

ZARA: Pada hari Ahad lalu, saya mengajak 10 orang ahli Love Zara Zya FC untuk makan malam bersama di sebuah restoran makanan laut di Port Dickson. Sambil makan, kami turut berbincang tentang aktiviti kelab bagi bulan Ramadan yang akan datang. Selepas menjamu selera, kami bercadang untuk lepak sambil minum kopi di sebuah gerai berdekatan sambil menyambung perbincangan. Kira-kira pukul 1 pagi, saya meminta kebenaran untuk pulang. Namun, rakan-rakan kelab memujuk untuk duduk lebih lama. Lebih kurang lima minit kemudian, saya terdengar bunyi dentuman yang kuat dan kemudiannya kenderaan saya remuk dilanggar sebuah kereta.

Bagaimanakah kereta tersebut boleh melanggar kenderaan anda?

Saya meletakkan kenderaan saya di tepi jalan. Sebelum kereta tersebut melanggar kenderaan saya, pemandunya terlebih dulu menghentam pacuan empat roda Storm, kemudian berpusing lalu melanggar sebuah kereta Pesona serta kereta Kancil di depannya.

Bagaimanakah perasaan anda ketika itu?

Saya dan rakan-rakan kelab begitu tergamam dengan kejadian tersebut. Ia berlaku di depan mata saya. Namun, saya bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa yang berlaku. Mungkin ada hikmah kawan-kawan melengahkan masa saya ketika saya mahu pulang pagi itu.

Selepas kejadian tersebut, apakah tindakan anda?

Sejurus selepas kemalangan itu, saya terus membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson dan menghubungi pihak insurans untuk menarik kereta saya pulang ke Kuala Lumpur.

Di manakah kenderaan anda sekarang? Adakah kereta anda rosak teruk?

Setelah berurusan dengan pihak insurans, kereta saya kini berada dalam bengkel di Kuala Lumpur untuk diperbaiki. Alhamdulillah, kemalangan itu tidak merosakkan enjin kereta saya. Cuma radiatornya sahaja yang pecah.

Sejak bila anda menggunakan kereta tersebut?

Saya mula menggunakannya sejak tahun 2009.

Adakah anda akan memilih tempat yang tertutup selepas ini untuk bertemu dengan rakan-rakan kelab peminat?

Sejujurnya, malang itu tidak berbau. Kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa. Jika sudah ditakdirkan, ia tetap akan berlaku tidak kira di mana kita berada. Kawasan tempat kami minum itu juga bukannya tidak selamat. Lagipun, kawasan tersebut cukup meriah dengan kehadiran pengunjung pada waktu malam.

Bagaimanakah anda ingin bergerak ke lokasi penggambaran selepas ini?

Sesi penggambaran seterusnya bakal berlangsung pada 26 Jun dan jika kereta tidak siap dibaiki sehingga tarikh berkenaan, saya akan menumpang kereta pembantu peribadi atau pengurus.

Apakah perkembangan terbaharu anda?

Saya bakal memulakan penggambaran telefilem Man Rider untuk siaran TV3. Selain itu, pada bulan puasa ini, saya akan berehat sebentar bagi memberi laluan kepada bisnes menjual kuih raya yang saya usahakan bersama keluarga.


Quote drivethru 24-6-2014 09:19 AM
aikat parking di bahu jalan. nk salahkan sape?
Quote MistrezHermanaz 24-6-2014 09:22 AM
mabuk la tu
Quote budakmanentah 24-6-2014 09:22 AM
1.15pagi menjamu selera...baru balik shooting ke?
Quote tomet05 24-6-2014 09:30 AM
dah nasib ... jom muhasabah diri la kan
Quote ninjago 24-6-2014 09:51 AM
woww.. 1 kete rempuh 3 kete.. pening nak membayar tuu~~
Quote Peaceyo! 24-6-2014 09:52 AM
DIHENCAP... tajuk tak menahan
Quote NHolmes 24-6-2014 10:00 AM
Nasib baik takde serious
Quote erin86 24-6-2014 10:07 AM
dok taip msg sambil drive la tu

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:50 PM GMT+8 , Processed in 0.057489 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top