CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Jimmy Tidak Jumpa Anak

24-6-2014 09:49 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13906| Komen: 44

PENGASAS produk kencantikan terkenal, Muniroh Kassim, 51, memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah kali terakhir dia membawa cucunya, Zahra  Rania Shanley, 2, berjumpa dengan bekas menantunya Jimmy Shanley Norjahan Salleh, 34, ialah pada bulan lalu.

Menurutnya, Zahra Rania dibawa ke mahkamah pada 21 Mei 2014 semasa prosiding yang lalu.

"Selesai sahaja prosiding, Jimmy terus balik. Dia tidak berjumpa mahupun melihat anak kecil itu," katanya.



Ibu kepada Nur Suhaila Eliani Suhaimy, 25 itu mengakui, Jimmy pernah mengambil Zahra Rania di rumahnya namun abang dan kakak iparnya sahaja yang datang.

"Saya dimaklumkan bahawa anak tersebut ditinggalkan di rumah abang dan kakak iparnya di mana terdapat pembantu rumah yang menjaga Zahra Rania," katanya.

Muniroh berkata, anaknya, Nur Suhaila memegang jawatan pengurus dalam syarikat milik keluarganya dan akan hadir ke pejabat sekiranya ada keperluan.

"Jika tidak ke pejabat, beliau berada di rumah bersama anak tersebut dan jika anak saya perlu hadir ke pejabat, saya yang mengambil alih tugas menjaga Zahra Rania," katanya dalam afidavit keterangan.

Sepanjang kehadiran Jimmy dalam keluarganya, tiada sebarang pergaduhan berlaku antara Muniroh dan bekas menantunya.

"Tiada pergaduhan mahupun bermasam muka berlaku antara kami," katanya.

Sebelum ini, Nur Suhaila Eliani yang diwakili peguam syarie, Sa'adiah Din memfailkan ubah perintah hadanah pada 19 April 2013 kerana bimbangkan kebajikan anaknya yang masih kecil.

Jimmy bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah kerana sedang berbulan madu di luar negara dan hanya diwakili oleh peguamnya, Mohd Noor Aizan Md Idrus.

Prosiding dijalankan di hadapan Hakim Syarie, Mawardi Che Mat ditangguhkan sehingga 4 September depan.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote menjad 23-6-2014 06:18 PM
Xhabis lg... Bapak mana xsayang anak... Tp dlm fasa bulan madu ni... Bg can ler kan
Quote chempaka_ku 23-6-2014 07:08 PM
bukan dulu jimmy kena barred dari rumah tu ke?
Quote noraidil_06 23-6-2014 07:10 PM
chempaka_ku posted on 23-6-2014 07:08 PM
bukan dulu jimmy kena barred dari rumah tu ke?

haah. siap tampal kt post guard x bg jimmy msk.
Quote nuryakmal 23-6-2014 07:12 PM
Alaaa makcik ni dulu ko jugak yang beria nak memenantukan jimmy nih. Laa ni macam ko pulak yg kena cerai
Quote Dewa19XKangen 23-6-2014 07:23 PM
depa nie biar ja meroyan cam orang gila.. dulu depa macam2 kat dia.. yang penting jangan miss nafkah.. tu semua punca nak tala balik bala nanti.. reset balik kehidupan dengan famili baru..
Quote Mrs.miura 23-6-2014 07:50 PM
Dewa19XKangen posted on 23-6-2014 07:23 PM
depa nie biar ja meroyan cam orang gila.. dulu depa macam2 kat dia.. yang penting jangan miss nafkah ...

Btul tu..jgn miss nafkah anak..jdkan lah kes rr sebagai contoh yg terbaik..
Quote cemolot 23-6-2014 07:54 PM
makcik jangan ingat semua orang bodoh..kalau jimmy jumpa nanti makcik cakap lain pulak..

bertabahlah jimmy shanley..sentiasa doakan anak u k..
Quote kodokke 23-6-2014 08:42 PM
Macam2 same tu kedua duanya
Quote plain 23-6-2014 08:55 PM
Masa org tu honeymoon jgk la ko kata dia x jumpa anak.....
Quote miszzs 23-6-2014 08:57 PM
Bila nak selesai daaa. ?
Quote krukx 23-6-2014 09:07 PM
Aku tgk Suhaila & family dia macam sengaja  tak nak bagi Jimmy jumpa anak. MAcam2 alasan dorang cipta. Tak apa la Jimmy, ko pun dah ada isteri baru. Pasni boleh beranak banyak2. dorang yg rugi sebab tak bagi anak kau tu rasa kasih sayang seorang ayah. Si Suhaila tu pun entah jaga ke tak anak dia. Kot2 maid yg jaga
Quote scarflicious 23-6-2014 09:09 PM
Jimmy tetap bapak kepada budak itu. Emak ka nenek ka..kalau pon runtuh gunung wverwst tetap juga x,dpt tukar hakikat itu.

mak cik dan suhaila x pyh kecoh2 pasal ni. Bagi je lah jumpa! Aih..
Quote ninalee 23-6-2014 11:35 PM
macam mana pun dorag tak kasi jumpa, ingat, jimmy tetap wali budak kecik tu. huhu
Quote beta_carotene 23-6-2014 11:44 PM
rasanya jimmy pun dah tak hadap dengan keluarga gila kuasa ini.
biarlah tak jumpa anak pun asalkan tak bersua muka dengan betina2 sihir itu.
Quote tomet05 24-6-2014 09:24 AM
fuh .. nak jadi panas balik ke nih
Quote jengkoil 24-6-2014 09:34 AM
Dulu x bagi tgk...bila tak tgk ckp xnk jumpa anak...hati tu sila start gi overhaul next week. ..

almost similar nga kes cikgu lempang anak ni...manjakan anak tu...bagi kemewahan...
Quote schababe 24-6-2014 10:08 AM
huhhhh..xabes lagik kew..
Quote opie5662 24-6-2014 10:09 AM
tak paham la aku korang nih..bile org tu nk jumpe x bg...bile org tu x jumpe, meroyan
Quote hanezzafirah 24-6-2014 10:10 AM
dulu jimmy nak anak x bagi...skrg ni terhegeh2..pe punye org meroyan

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:11 PM GMT+8 , Processed in 0.162652 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top