Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata cara bergerak melalui gerakan sukarela dan kebajikan diterima oleh semua orang dan ia merupakan khazanah Islam yang sudah lama ditinggalkan oleh umatnya. "Anggota Unit Amal kalau bertemu dengan anjing kena langgar, berhenti, ubati dan balut luka dia dahulu, baru lepaskan," kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dalam mengembangkan lagi konsep kebajikan partinya. Walaupun anjing dianggap 'haram' untuk dipegang oleh umat Islam di Malaysia yang mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah, Mohamad berkata, kebajikan perlu dikembangkan menjangkau binatang. "Bila selesai, samaklah," kata Mohamad ketika merasmikan mesyuarat agung PAS Hulu Langat semalam. Katanya, ia perlu dibuat oleh Unit Amal PAS apatah lagi terhadap manusia tanpa mengira siapa mereka. "Kalau nampak musuh atau bukan Islam ditimpa musibah, kita kena bantu. Jangan tanya yang pelik-pelik pula," kata Mohamad. Unit Amal PAS kini diterima sebagai badan kebajikan yang diiktiraf. Ketika banjir melanda Pantai Timur dan selatan semenanjung sebelum ini, Unit Amal disebut sebagai yang paling banyak membantu mangsa. "Kita memilih demokrasi dan bukan senjata. Kalau ada ahli-ahli PAS yang angkat senjata, ia bukan arahan pimpinan dan PAS tidak ada kena mengena mengenainya. "Kita hanya terlibat secara kebajikan hatta di peringkat antarabangsa iaitu melalui Yayasan Amal," kata Mohamad, mengulas penglibatan umat Islam dalam krisis bersenjata di peringkat antarabangsa. Bagi beliau, cara bergerak melalui gerakan sukarela dan kebajikan diterima oleh semua orang dan ia merupakan khazanah Islam yang sudah lama ditinggalkan oleh umatnya. "Sekarang apabila nampak kebajikan, orang nampak Palang Merah (Red Cross) dan Unit Amal," katanya. – 22 Jun, 2014.
|
16
Bagus |
14
Marah |
27
Terkejut |
14
Sedih |
20
Lawak |
22
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
razhar posted on 22-6-2014 10:55 PM
diminta set2 pengganas ISIS/ISIL masuk.....sabu ni shia ka sunni...
razhar posted on 22-6-2014 10:55 PM
diminta set2 pengganas ISIS/ISIL masuk.....sabu ni shia ka sunni...
Anak_Nogori posted on 23-6-2014 12:42 AM
bukan kah agama PAS dah ajar umatnya..kalau jumpa musuh..carutkan..KO kan...kapirkan..murtadkan....s ...
"Anggota Unit Amal kalau bertemu dengan anjing kena langgar, berhenti, ubati dan balut luka dia dahulu, baru lepaskan," kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dalam mengembangkan lagi konsep kebajikan partinya.
ADVERTISEMENT