CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

“ Nilai Maruah Saya Lebih Tinggi …” Norjuma Habib

23-6-2014 10:20 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 751055| Komen: 2510

“ Nilai maruah saya lebih tinggi …” Norjuma Habib


Selain ketinggian intelek, sifat pemurah tidak pernah luntur dari jiwa Norjuma Habib Mohamed. Barangkali itulah yang membuatkan rezeki beliau pernah putus kerana kesenangan yang dimiliki sentiasa dikongsi bersama.

“Saya tidak pernah mentakrifkan diri saya sebagai sangat bahagia. Saya gembira atau tidak, itu bukanlah sesuatu yang perlu ditunjuk-tunjuk. Bahagia bukanlah satu jenama dan istilah untuk dipasarkan. Saya juga tidak mahu menjadi orang yang zahirnya nampak bahagia, namun jiwa belum tentu tenang,” ujarnya berterus-terang.

Mengakui bahawa dirinya amat kemelayuan meskipun punya darah kacukan, membuat wanita anggun ini tidak betah berlibur lama-lama di luar negara. “Sebenarnya saya seorang yang suka duduk di rumah. Saya lebih senang bersantai, biasanya berehat sambil baca akhbar. Kalau ke luar negara, paling lama pun saya enjoy tiga hari sahaja dan kemudian sudah resah ingin pulang.

Peristiwa kehilangan pesawat MH370 juga mengejutkan diri ini. Sudah lama saya tidak menangis, tapi pabila mengikuti berita itu, saya tidak semena-mena mengalirkan air mata. Ia mengingatkan saya bahawa kehidupan ini sangat fragile, kita tidak akan tahu bila dan bagaimana akan meninggalkan orang yang tersayang,” cerita Norjuma.

Sambungnya lagi, beliau juga bukanlah seorang yang mudah menghamburkan air mata sesuka hati. “Kita selalu menganggap hati lebih tenang pabila menangis. Tapi saya tidak! Saya jarang terikut-ikut dengan emosi, malah kiranya ‘terpaksa’ menangis, saya akan diserang sakit kepala,” ujar beliau yang menyifatkan dirinya sebagai berhati kering, lebih-lebih lagi terhadap insan bernama lelaki.

Mungkin tidak ramai yang menyangka bahawa gaya ringkas Norjuma tetap kekal meskipun ketika menjelang Syawal. Beliau hanya mula membeli baju raya pada waktu last minute. Pakaian kurung kapas daripada jenis ready to wear menjadi pilihan utama. “Saya tidak selesa menyarungkan baju sifon setiap masa. Saya akan rasa rimas. Akhirnya, baju kurung cotton juga yang paling selesa untuk dipakai ketika menjenguk saudara mara,” katanya sambil melemparkan senyuman


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote yipun_78 6-6-2014 07:29 AM


sekarang Juma dah x pakai gelaran Datin ni, apakah?
Quote yipun_78 6-6-2014 07:31 AM
http://www.youtube.com/watch?fea ... d&v=C6n_1Db0WMY
Quote dubuk 6-6-2014 07:57 AM
bila cerainya
Quote amiraira 6-6-2014 08:01 AM
X tahu lak bila dh x de datinnya
Quote mamaezah 6-6-2014 08:49 AM
finally Juma akur...moga bahagia Ju.
Quote iniaroonz 6-6-2014 09:18 AM
takkan dah cerai kot?
Quote LuLu^Lost 6-6-2014 09:56 AM
dok mencari aku, tang mana cerita pasal maruah juma ni tinggi nilainya. kot ada cerita..xde pun.
selalunya kalau tajuk besar dihighlightkan..mesti akan diterangkan dlm artikel. kan? ke aku salah?
Quote juecy 6-6-2014 09:59 AM
Satu Lagi teka teki.... Susahkan nak jwp soklan begini.
Semuga Juma tabah....
Quote cmf_premierleag 6-6-2014 10:14 AM
boypren lama dia kat UIA tu, Aizuddin Chong mmg sayanggg sgt kat dia ni dulu
takpelah, tu sume cinta monyet
sume org penah lalui fasa tu
Quote maxgamer82 6-6-2014 11:01 AM
aik,da cerai ke?btw,bukan dia ada anak ke..
Quote mnaa 6-6-2014 12:01 PM
ujar beliau yang menyifatkan dirinya sebagai berhati kering, lebih-lebih lagi terhadap insan bernama lelaki.


apa kaedah kalau ada suami, tapi ckp pasal lelaki macam quote dia atas..
Quote hanamunir 6-6-2014 12:10 PM
eh, da single balik?
Quote kucen_miang 6-6-2014 12:24 PM
yipun_78 posted on 6-6-2014 07:29 AM
sekarang Juma dah x pakai gelaran Datin ni, apakah?

beliau yang menyifatkan dirinya sebagai berhati kering, lebih-lebih lagi terhadap insan bernama lelaki.


read between the lines, kak.
Quote revolusi_30 6-6-2014 12:26 PM
yipun_78 posted on 6-6-2014 07:29 AM
sekarang Juma dah x pakai gelaran Datin ni, apakah?

Tak payah datin da kaka ... Pengiran Isteri sedang menanti.   
Quote yipun_78 6-6-2014 01:02 PM
LuLu^Lost posted on 6-6-2014 09:56 AM
dok mencari aku, tang mana cerita pasal maruah juma ni tinggi nilainya. kot ada cerita..xde pun.
se ...



tu laaa kaka dok baca line by line, pon x jumpa tapi title artikel mak ooiii
Quote yipun_78 6-6-2014 01:03 PM
revolusi_30 posted on 6-6-2014 12:26 PM
Tak payah datin da kaka ... Pengiran Isteri sedang menanti.


tu laaa betullaaa apa yg digosipkan dulu ek... dgr rumour gak dia ke Brunei ngan private jet...
Quote yipun_78 6-6-2014 01:03 PM
maxgamer82 posted on 6-6-2014 11:01 AM
aik,da cerai ke?btw,bukan dia ada anak ke..



ada anak pon tetap leh bercerai kan dearie?
Quote revolusi_30 6-6-2014 01:20 PM
yipun_78 posted on 6-6-2014 01:03 PM
tu laaa betullaaa apa yg digosipkan dulu ek... dgr rumour gak dia ke Brunei ngan private jet...  ...


Adijuma yg sendu tu lagi.  Sendu2 pun leh gi NYC bagai utk fashion show.  burgati sheol lagi.   Aha.
Quote yipun_78 6-6-2014 01:22 PM
revolusi_30 posted on 6-6-2014 01:20 PM
Adijuma yg sendu tu lagi.  Sendu2 pun leh gi NYC bagai utk fashion show.  burgati sheol lagi.    ...



so betullaaaa kan? kalo ngan ex laki dia x puas ati sebab berjimba ngan pompuan lain, boleh ke dia kontrol SB nya berjimba

Lihat semua komen(2510)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:51 AM GMT+8 , Processed in 0.286769 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top