Umum mengetahui krisis yang sedang melanda antara Farid Kamil, Diana Danielle dan ibu Diana Danielle. Oleh kerana krisis tersebut, sehingga ke hari ini, Muhammad masih belum bertemu dengan neneknya. Sedih memang sedih, namun menurut Farid Kamil, Diana Danielle sendiri masih belum bersedia untuk bertemu dengan ibunya. Kata Farid Kamil Sebenarnya, saya tidak ada masalah untuk membawa Muhammad bertemu dengan neneknya. Malah, saya ada berbincang dengan Diana mengenai perkara itu, namun Diana sendiri memberitahu dia belum bersedia untuk berjumpa dengan ibunya i tu. Insya-Allah, kalau ada rezeki pasti Muhammad akan bertemu juga dengan neneknya nanti.
|
ADVERTISEMENT