Rita Rudaini Akui Penggemar Cadbury, Percaya JAKIM! KUALA LUMPUR, 19 JUN 2014: Biarpun pihak JAKIM sudah pun mengeluarkan kenyataan bahawa cokelat Cadbury Malaysia tidak mengandungi DNA Babi serta halal di makan, namun masih ramai lagi di kalangan umat Islam di Malaysia yang berasa sangsi serta was-was untuk menikmati jenama cokelat yang digemari ramai itu.
Namun, tidak bagi aktres Rita Rudaini sebaliknya dia berasa lega apabila mengetahui cokelat Cadbury bebas daripada DNa babi serta sudah boleh dimakan semula oleh umat Islam, hingga memuatnaik sebuah foto yang memperlihatkan dirinya sedang seronok menikmati cokelat tersebut.
Foto yang dimuatnaik Rita Rudaini itu ternyata mengundang pelbagai reaksi yang berbeza. Ada yang positif dan ada juga yang memberikan komen sebaliknya, bahawa mereka tetap tidak akan menyentuh cokelat cadbury itu sampai bila-bila pun. Portal Murai cuba bertanya pendapat Rira Rudaini mengenai isu cokelat Cadbury ini:- "Rita rasa dalam hal ini, ianya tergantung kepada individu masing-masing. Kalau rasa was was jangan makan. Macam Rita pula, Rita tak rasa was was, malah percaya dengan kredibiliti Jakim serta laporan yang dikeluarkan Jakim itu. "Tapi, sebelum Jakim mengeluarkan laporan tersebut, Rita mememang tak sentuh langsung cokelat Cadbury. Malah, kalau anak-anak minta makan cokelat Cadbury, Rita halang dan cuba jelaskan bahawa ianya tidak boleh di makan atas sebab-sebab yang tertentu. "Ada juga rakan-rakan yang sarankan Rita untuk mencuba cokelat jenama lain, tapi Rita tak mahu sebab dari dulu lagi Rita memang gemarkan cokelat jenama Cadbury. "Bila dapat tahu pasal isu DNA Babi dalam Cadbury, Rita rasa frust jugak. Tapi, masa tu Rita fikir, kalau dah tak boleh makan, tidak apalah. Nak buat macam manakan. "Tapi, Rita tetap sabar dan tunggu dengan laporan serta keputusan Jakim. Bila Jakim mengesahkan Cadbury bebas daripada DNA Babi dan halal dimakan, barulah Rita rasa lega dan kembali menikmati cokelat Cadbury semula bersama anak-anak," katanya kepada MURAI. Menurut Rita Rudaini lagi, sebagai seorang penggemar tegar cokelat Cadbury, dia sentiasa membawa cokelat Cadbury ke mana-mana terutama sewaktu menjayakan shooting drama. "Perisa Cadbury yang saya gemari adalah Dairy Cadbury iaitu perisa biasa yang bebas kacang serta kismis dan saya selalu menikmatinya kala menunggu turn saya untuk shooting sebagai snek ringan. "Kalau stress atau sakit kepala pun saya akan makan cokelat dan satu lagi cokelat Cadbury juga membantu saya waktu saya sedang berhadapan dengan period (haid). Pendek kata Cadbury adalah peneman saya dalam apa jua situasi," katanya lagi. |
doubleA posted on 20-6-2014 01:31 PM
iols lagi suka van houten atau vochelle, cadbury ni macam manis sikit (bagi iols)
NHolmes posted on 20-6-2014 01:50 PM
Sama mcm I, tak minat cadbury tapi suka van houten and vochelle
Hehehe
Adakah multini ...
NHolmes posted on 20-6-2014 01:50 PM
Sama mcm I, tak minat cadbury tapi suka van houten and vochelle
Hehehe
Adakah multini ...
doubleA posted on 20-6-2014 01:58 PM
nope, totally the different person with the same preference gituh
ADVERTISEMENT