Imej terbaharu Raja Azmi.
Raja Azmi memakaikan tudung kepada salah seorang pelanggannya.
Raja Azmi ditemui pada majlis pelancaran tudung Raja Azmi For Variente Hijab di butik tersebut di Bangsar, di sini pada Rabu. Sebelum ini Raja Azmi dalam satu kenyataan menjelaskan keputusan dia berhijab kerana keceluparannya mempersoalkan dakwaan wanita tidak bertudung akan masuk neraka. Raja Azmi berkata, selepas membuat sembahyang sunat tahajud selama tiga malam, barulah dia mendapat jawapan dan terbuka hati agar bertudung. Dalam perkembangan berkaitan Raja Azmi memberitahu dia tidak kisah sekiranya ada pihak cuba mempertikaikan niat sebenar dia bertudung kerana dia percaya Allah lebih tahu tentang isi hatinya itu. Mengenai rekaan tudung terbaharu tersebut, Raja Azmi berkata, dia menjalinkan kerjasama dengan butik Variante dan menghasilkan tujuh jenis selendang inspirasi daripada 'headband'.
Model yang menggayakan tudung-tudung di butik Variante.
"Sebelum bertudung, saya memang suka memakai 'headband'. Jadi saya mengambil inspirasi `headband’ itu ke dalam rekaan selendang. "Harganya pun tidak berapa mahal iaitu RM70 sehingga RM250," ujarnya. Tambah Raja Azmi, jika ia mendapat sambutan, dia akan membuat rekaan terbaharu dalam masa terdekat nanti. Tudung-tudung berkenaan boleh didapati di 11 cawangan butik Variante sekitar Lembah Kelang. |
MissLibra posted on 19-6-2014 12:20 AM
dia target orang kaya aje pakai tudung dia. Yg tak mampoo macam kita ni beli ajelah kat masjid hin ...
maxim posted on 19-6-2014 12:24 AM
mmg inspired by kain kapan kot..nak suh pemakai ingat mati
ADVERTISEMENT