CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Mamat Khalid Dirompak, Rugi Lebih Rm100,000

20-6-2014 11:39 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8775| Komen: 59



IPOH - Pengarah terkenal, Mamat Khalid mengalami kerugian lebih RM100,00 apabila kediaman teres dua tingkat miliknya di Lebuh Hillview, Taman Ipoh Jaya Timur, di sini dipecah masuk sekumpulan tiga lelaki, awal pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, disedari isteri beliau, Hasmah Hassan, 50, ketika bangun untuk solat Subuh.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), ketiga-tiga penjenayah itu memasuki kediaman berkenaan pada jam 3.30 pagi melalui tingkap bahagian tepi rumah yang diumpil.

Hasmah berkata, antara barangan yang dilarikan termasuklah sebuah kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Triton, kamera antik milik Mamat Khalid, iPad, gajet mainan mudah alih (PSP) dan wang tunai RM500.

”Sebaik dapat masuk rumah ini, mereka kemudian mengambil kunci pintu utama rumah dan pagar serta kunci kenderaan yang berada dalam mangkuk di atas piano berhampiran pintu utama rumah.

“Ketika itu, hanya saya dan dua anak iaitu Mohd Khalid Adam, 19, dan Nurhassanah, 14, berada di rumah, sementara  Mamat Khalid sedang menjalankan penggambaran filem di Universiti Pendidikan Sultan Idris Shah (UPSI), Tanjung Malim,” katanya pada sidang media, di sini.

Difahamkan, ia merupakan kejadian kedua, sejak mendiami rumah berkenaan, 10 tahun lalu.

Hasmah berkata, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Kampung Rapat pada jam 11 pagi tadi.

Katanya, siasatan lanjut tidak menemui sebarang kesan cap jari, namun pihaknya sudah menyerahkan rakaman CCTV kepada polis dalam bentuk cekera padat untuk siasatan.

"Saya memang terkejut dengan kejadian ini dan hanya mampu menangis,” katanya.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MissLibra 19-6-2014 12:17 AM
adehhh.. takziah .... scaryyy... nasib baik tak diapa-apakan ahli keluarga
Quote drivethru 19-6-2014 12:33 AM
nasib baik xde ape2 berlaku kat ahli keluarga. nape xnk pasang alarm ye. setidak tidak nye, bila tingkap diumpil, alarm akan berbunyi.
Quote cmf_blingblings 19-6-2014 12:35 AM
Kayapun susah juga
Quote asampodeh 19-6-2014 01:39 AM
bertabah la abg mat..
Quote rbmy 19-6-2014 03:10 AM
Takziah abg mat..
Quote lnakass 19-6-2014 03:15 AM
Jenayah merata-rata skrng. Risau.
Quote cha-cha 19-6-2014 05:24 AM
Scary nyaaa..
Quote fifie_olin 19-6-2014 07:28 AM
smpi keta dikebasnya...bgs pya operandi...
ni mesti pki ilmu ..smpi org leh x sedar dorg buat kje...
yg pentg nyawa slamat...
Quote ZaraPalarae 19-6-2014 07:34 AM
Ya allah siannya, takut gils
Mujur tak diapa2kan
Quote jonedoe 19-6-2014 07:36 AM
inna lillahi wa inna ilaihi raji'un
Quote rimau_belang 19-6-2014 07:37 AM
Oh dok ipoh rupenye mat khalid ni...
Quote abas8888 19-6-2014 08:36 AM
rumah orang kaya2 biasa ada pakai security..guard akan ronda dalam dua jam sekali..tman ni tak pakai security ke? collect RM50 sebulan rasanya kalau taman ramai orang..
Quote degil81 19-6-2014 08:38 AM
takziah...
Quote kucen_miang 19-6-2014 08:43 AM
bersyukurlah kak tidak diapa2kan anak beranak, harta boleh cari.

(sbb tu kunci rumah n kunci kereta aku bawak masuk bilik tidur..lebih selamat. at least kalau ada bunyik yg mencurigakan bunyikan aja alarm kete tu)
Quote jamilah 19-6-2014 08:43 AM
nasib la tak diapapakan..
Quote akakmasihvogue 19-6-2014 08:45 AM
perompak sekarang ni aim mitsubisi  triton......
Quote muo1202 19-6-2014 08:47 AM
takziah .....
Quote reenz013 19-6-2014 09:00 AM
kesiannyer...seb baik xdi apa2kan
Quote espritvin 19-6-2014 09:02 AM
biar hilang barang..jgn hilang nyawa

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:00 PM GMT+8 , Processed in 0.128962 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top