CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Nyanyi Lagu Kacang Lupa Kulit, David Teo Sindir Siapa?

20-6-2014 10:18 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13757| Komen: 34


Selepas bergelar seorang penerbit filem berjaya dan pernah bergelar pelakon, David Teo kini mengorak langkah melebarkan sayap kerjayanya dalam bidang nyanyian. Terbaru, David muncul dengan single rap pertamanya berjudul ‘Kacang’, ciptaan Cat Farish.

“Idea asal lagu ini adalah idea saya sendiri. Saya berbincang dengan Cat dan terhasillah lagu ini. Baru-baru ini, saya menjalani penggambaran muzik video lagu ini di One City Skypark Mall, Puchong. Saya rasa sangat letih dan penat. Rupanya, berlakon dalam video klip lebih penat berbanding berlakon dalam filem atau drama,” kata David yang ditemui di Wisma Metrowealth, Petaling Jaya baru-baru ini.

Melihatkan kepada bait lirik nyanyian rap David, lagu ini banyak berkisarkan perihal ‘kacang lupakan kulit’. Sebelum ini, timbul kontroversi yang mendakwa David menggelarkan pengarah Ahmad Idham sebagai seorang ‘kacang lupakan kulit’. Adakah lagu ini sebenarnya ditujukan kepada Ahmad Idham?

“Saya ingin katakan yang lagu ini tidak ditujukan kepada sesiapa pun. Subjek ‘kacang lupakan kulit’ memang seringkali berlaku dalam kehidupan masyarakat kita, jadi saya rasa perkara ini menarik untuk diketengahkan dalam lagu. Tetapi jika ada pihak yang terasa hati, bagi saya mudah sahaja. Siapa makan cili, dia rasa pedas,” tuturnya lagi.

Lagu ‘Kacang’ sudah pun mula diputarkan di beberapa stesen radio tempatan. Muzik videonya pula bakal disiarkan di laman YouTube dua minggu lagi.

Kontrak Bobo Sudah Tamat



Bercakap mengenai kedudukan artis naungan MIG, Bobo yang semakin senyap setelah muncul dengan filem ‘Awak Nak Kahwin Dengan Saya?’, David mendedahkan yang kontrak antara MIG dan Bobo telah pun tamat pada bulan lalu.

“Kontrak kami paling panjang lima tahun, paling pendek satu tahun. Setiap tahun kami berikan pilihan kepada artis-artis naungan kami sama ada untuk memperbaharuinya atau pun tidak. Bobo bersama dengan kami hampir dua tahun.

“Melihatkan Bobo dengan populariti yang dia ada, saya rasakan dia mampu berdikari untuk bergerak sendiri. Wajar untuk dia berdikari dalam industri ini setelah mengumpul pengalaman berada di bawah pengurusan MIG. Namun begitu, kami akan sentiasa memanggilnya untuk menjayakan produk-produk kami secara ‘project basis’ sekiranya ada projek yang bersesuaian dengannya,” ujar David mengakhiri perbualan.

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote maxim 19-6-2014 10:22 PM
Bobo, cancer kepada industri seni
Quote achik2009 19-6-2014 10:24 PM
maxim posted on 19-6-2014 10:22 PM
Bobo, cancer kepada industri seni

cancer?...kenapa?...
Quote nurwa 19-6-2014 10:32 PM
cancer hidung...hehe
Quote ida88 19-6-2014 10:34 PM
David tanak amek paan abby abadi tu ke
Mesti bduyun2 org tgk filem die
Quote putehkundor 19-6-2014 10:35 PM
Masa under MIG dulu, ada ka projek yg melibatkan bobo sendu ni?
Tak perasan mak teh....
Tapi bobo ni kira one hit wonder jugak la no..yg miming lagu sayang tu jah yg hit...
Yg video lain over gedik yahamat
Quote enchikfitz 19-6-2014 11:41 PM
bobo tu takde kesan langsung dlm industri hiburan ni.
Quote enchikfitz 19-6-2014 11:44 PM
ida88 posted on 19-6-2014 10:34 PM
David tanak amek paan abby abadi tu ke
Mesti bduyun2 org tgk filem die

Kalau DT offer kak bakyah tu, ai tau tajuk filem tu apa: PROJEK MENCAKAR SUAMI..AUMMMMMMMMMMM











Quote arira_arora 19-6-2014 11:45 PM
pls la bobo ni... ayooo ko nk nyanyi pulok..
Quote DARSITA 19-6-2014 11:49 PM
Acu tepek sikit lirik lagu Kacang Lupa Kulit ... baru boleh spekuan deh
Quote dani-rox 20-6-2014 12:12 AM
profesional btol stetmen heols tang kontrak bobo tuh
padahal memang dah tak laku
Quote mitnick 20-6-2014 12:24 AM
bobo ms under mig nie adeker video heols yg pemes?

ke iols yg krg amik tau?
Quote chaintea 20-6-2014 01:07 AM
Bobo jumpa dlm movie" awak nak kahwin dgn saya?" (tolong sekeh si pengarah, penulis skrip utk citer bangang..and tampar Erin Malik yg jd heroin bw watak gedik kunun comey tp x menjadik)

Tu je..tu pon 5 minit je jd Jantan Jelita
Quote RatuDunia94 20-6-2014 05:15 AM
aku dh lupa psl kewujudan Bobo ni.. baca artikel ni baru teringat dia!
Quote blairchuck 20-6-2014 08:10 AM
Wujud lg ke heshe ni
Quote uori 20-6-2014 09:30 AM
kacang lupakan kulit’ ?
ouch!  
Quote stoking 20-6-2014 09:33 AM
ida88 posted on 19-6-2014 10:34 PM
David tanak amek paan abby abadi tu ke
Mesti bduyun2 org tgk filem die

tajuk filem 'CAKARAN HARIMAU MENGAUMMMMM"
Quote ainie_1008 20-6-2014 09:36 AM
achik2009 posted on 19-6-2014 10:24 PM
cancer?...kenapa?...

mata dan telinga...
Quote tucenmeow 20-6-2014 09:50 AM
stoking posted on 20-6-2014 09:33 AM
tajuk filem 'CAKARAN HARIMAU MENGAUMMMMM"

nak cdgkan jugak tajuk ' Sebenarnya Biawak Hidup Itu Suami Saya'
Quote tupaiterbang 20-6-2014 11:28 AM

Bila david teoh mau lapat latok?

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 09:50 PM GMT+8 , Processed in 0.230665 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top