CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Felixia Janji Padam Semua Foto Seksi Sebelum Ramadhan

19-6-2014 05:14 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5661| Komen: 1

Description: Saya Juga Perlu Mendapatkan Bantuan Pembantu Peribadi Bagi Melakukan Tugas Terbabit Dan Menjangkakan Semuanya Dapat Dipadam Sebelum Ramadan Ini,” Kata Bekas Model Majalah Playboy Felixia Yeap, 28, Ke ...
Felixia Janji Padam Semua Foto Seksi Sebelum Ramadhan


Siapa saya untuk menyuruh mereka berhenti daripada terus mencemuh dan memberi komen lucah pada gambar milik saya di Facebook. Justeru saya mengambil keputusan untuk memadam semua gambar seksi itu.

Saya juga perlu mendapatkan bantuan pembantu peribadi bagi melakukan tugas terbabit dan menjangkakan semuanya dapat dipadam sebelum Ramadhan ini.

Apa yang mereka komen pada gambar lama itu mengenai masa silam saya sebelum berhijab. Saya rasa golongan yang memberikan komen lucah ini merasakan diri mereka sangat baik dan lebih berkuasa daripada tuhan serta tidak pernah melakukan kesilapan.

Saya cuma boleh menyedarkan mereka apa yang mereka buat itu keterlaluan dan tidak sepatutnya dilakukan kepada saya yang kini sedang mendalami agama Islam. Mereka perlu ingat bahawa setiap perbuatan kita dinilai serta dilihat tuhan kerana Dia lebih mengetahui.


Saya juga perlu mendapatkan bantuan pembantu peribadi bagi melakukan tugas terbabit dan menjangkakan semuanya dapat dipadam sebelum Ramadan ini,” kata bekas model majalah Playboy Felixia Yeap, 28, ketika dihubungi, semalam.


Perkara itu dijelaskannya selepas banyak komen berbaur lucah serta negatif pada gambar seksinya itu walaupun dirinya sudah memakai hijab.

Berdasarkan pemantauan dilakukan wartawan di FB wanita itu, masih ada memberi komen lucah tanpa menghiraukan sensitiviti Felixia yang kini sudah berhijab. 

Ada juga antara komen daripada peminat yang meminta Felixia memadam semua gambarnya itu yang menjadi tumpuan umum.

Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=806911&page=11#pid56870006

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote Eljie 20-6-2014 10:59 AM
good luck!

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-7-2024 01:32 AM GMT+8 , Processed in 0.028261 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top