FATHIA JUAL JENAMA JAM 'THIA' SWAROVSKI Artis seksi hot cantik jelita Fathia Latiff terkini menjual jenama jam 'THIA' namanya sendiri dan dikongsi bersama Aiman Hakim! Jam ini mahal dan eksklusif reka bentuk hanya edisi terhad 1 sahaja dan dihiasi batu Swarovski yang diimport khas dari Austria. Anggaran harga jam Thia ini dalam RM300-RM500 bergantung kepada rekaan, malah pelanggan boleh menempah rekaan mereka sendiri! Hebat kan? Fathia berpandangan jauh dan mempunyai pasaran luas jika benar-benar serius dalam perniagaan jamnya ini walaupun dianggap mahal tetapi eksklusif tersendiri. Reka Bentuk Jam Thia Eksklusif Hanya Satu Menurutnya, setiap jam tangan yang dihasilkan adalah eksklusif kerana setiap reka bentuk hanya terdapat satu sahaja. "Sekarang ini saya ada lebih kurang 20 buah jam tangan bertakhta batu swarovski yang direka dengan pelbagai bentuk. Sebenarnya, jam itu dihias berdasarkan warna batu dan saiznya. "Kalau ada pembeli yang ingin reka bentuk berdasarkan idea sendiri pun kami boleh buat. Harga yang kami tawar jauh lebih murah berbanding di pasaran kerana saya sudah pun melihat harga yang dijual di sebuah kedai di Mid Valley," kata Fathia yang pernah ditegur Aaron Aziz. Katanya, harga untuk sebuah jam tangan wanita yang dijual adalah antara RM300 sehingga RM350. Tambah pelakon itu, setakat ini dia dan Aiman hanya menjual pada rakan-rakan dan kenalan sahaja. Untuk masa akan datang jam tangan jenama Thia itu akan dijual menerusi online dan secara langsung. Fathia dan Aiman Rakan Kongsi Jam Thia "Apabila saya usul hasrat untuk berniaga jam tangan kepada Aiman, dia bersetuju untuk terlibat sama kerana sememangnya kami sama-sama minat bidang perniagaan," jelas Fathia yang pernah kontroversi bertudung menghalang populariti. Sementara itu, Aiman pula menganggap kerjasamanya dengan Fathia adalah sebagai langkah permulaan untuk melangkah dalam bidang perniagaan. "Saya bersetuju untuk menjadi rakan niaga kerana saya lihat dia bersungguh-sungguh untuk memulakan perniagaan. Siapa tahu ini satu langkah permulaan dan mungkin di masa akan datang, kami bakal menghasilkan jam tangan untuk lelaki pula," kata pelakon kacak ini.
|
Katanya, harga untuk sebuah jam tangan wanita yang dijual adalah antara RM300 sehingga RM350.
ADVERTISEMENT