CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tidak Tidur Menonton Piala Dunia Sampai Mati Depan Tv

18-6-2014 10:38 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8993| Komen: 61


AKSI Piala Dunia 2014 yang kini sedang berlangsung di Brazil menyebabkan seorang pemuda di China meninggal dunia gara-gara tidak tidur menonton perlawanan sepanjang malam.

Pemuda berusia 25 tahun dari Wilayah Timur China, Sonzhou ditemui mati di depan TV yang masih terpasang di biliknya pada Sabtu pagi lalu.

Dipercayai, perlawanan terakhir yang ditontonnya ketika aksi Sepanyol tewas 5-1 kepada Belanda.

Mayat telah dihantar ke hospital di Xiangcheng dan disahkan oleh doktor punca kematian disebabkan kekurangan tidur serta keletihan fizikal.

Bagaimanapun pihak hospital tidak menjelaskan lebih lanjut punca kematian yang mungkin juga disebabkan oleh serangan jantung.

Biarpun negara China tidak beraksi pada Piala Dunia ini, penduduk-penduduk tetap bersekang mata untuk menonton perlawanan yang berlangsung.

Pihak doktor di China mengeluarkan amaran agar tidak terlalu obses untuk menonton perlawanan sehingga mengabaikan kesihatan.

Sebagai rekod, tragedi maut 'gila' bola ini turut berlaku di China pada aksi Euro 2012 selepas seorang lelaki menonton 11 jam perlawanan tanpa henti.

Manakala pada Piala Dunia 2006 dan 2010, hospital di China dipenuhi pesakit yang mengalami simptom keletihan melampau.
   

9

Bagus
15

Marah
4

Terkejut
5

Sedih
5

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (48 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ice_sky92 18-6-2014 03:05 AM
Hidup bola
Quote drivethru 18-6-2014 03:19 AM
kalau la malaysia dpt masuk world cup, x mustahil gak ade rakyat malaysia yg mati sbb x cukup tido.
Quote gusikuberdarah 18-6-2014 03:26 AM
penyokong spain tu..mati terkezut agaknya..
Quote O-rinG77 18-6-2014 03:58 AM
mati terkajut pasal wang taruhan lesap la tu..orang china kebanyakannya tengo bola pasal judi..
Quote prettymanja 18-6-2014 04:00 AM
ke sbab Dadah nie?
Quote amiraira 18-6-2014 04:06 AM
Time dh smpai......


.
Quote lnakass 18-6-2014 04:42 AM
Ajal maut ditangan tuhan
Quote RatuDunia94 18-6-2014 04:50 AM
gigihnye lahai tgok semua game... tgok yg penting2 je dh ler...
Quote ultra78 18-6-2014 06:17 AM
Semoga rohnya ditempatkan bersama roh lagenda bolasepak dunia
Quote Idelgo 18-6-2014 06:19 AM
takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.
Quote MissNigga 18-6-2014 06:59 AM
dah ajal dia ninggal depan TV
Quote nurul_akmar 18-6-2014 07:02 AM
ni baru btl2 mkn bola, tido bola, mandi bola ni
Quote rosasa 18-6-2014 07:15 AM
kesian....takziah


tak sempat tengok final
Quote naina 18-6-2014 07:24 AM
xkoser aku bersengkang mata semata2 bola
hsbnd aku klu mata dh merah2 kuyu2 tu aku tarik je msuk bilik tdo
sok nk keje ngada nk tgk bola lg
tgk time segar xpelah
Quote fifie_olin 18-6-2014 07:45 AM
dah x yah men bola lg..
Quote chinta89 18-6-2014 08:08 AM
"arwah dulu masa hidup, baik orangnya"
Quote Simunggu 18-6-2014 08:16 AM
mesti bertaruh duit banyak ne....
Quote RosesAre_Red 18-6-2014 08:19 AM
makan bola, tdo bola, mati bola

takziah..
Quote Sanz80 18-6-2014 08:31 AM
ni kalo bangkit balik konfom jadi hantu bola

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 01:12 AM GMT+8 , Processed in 0.080906 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top