Tatkala diberikan kepercayaan menghidupkan watak lagenda bola sepak tanah air, Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari dalam teater SuperMokh tahun lalu, Awie pernah meluahkan rasa gerun dan takut. Menyifatkan ia sebagai tanggungawab yang berat namun Awie berjaya melakukannya. Pihak media difahamkan, 'Supermokh The Musical' yang di pentaskan di Istana Budaya sekitar November tahun lalu mendapat sambutan dan respon menggalakkan baik daripada ahli keluarga Allahyarham, para penonton VVIP juga para penonton. Begitupun, kata vokalis kumpulan Wings ini, dia tekad hanya sekali itu saja dia menggalas amanah tersebut. Tak mungkin dia akan 'jadi' Mokhtar Dahari lagi selepas ini. Namun Awie tidak mampu menolak apabila dimaklumkan dia perlu beraksi semula sebagai pemain bola sepak profesional pada September ini di Istana Budaya.
Pada sidang media 'Supermokh Sebuah Muzikal Re-Staging' baru-baru ini, Awie tetap meluahkan rasa takut. "Saya takut sebenarnya bila diberitahu saya ada Supermokh kali kedua. Membawakan watak seorang lagenda satu perkara yang susah dan mustahil. Saya tak pernah terfikir langsung yang saya akan melakonkan watak seorang lagenda. "Musim lepas, saya banyak buat kajian tentang karakter beliau. Tapi kajian saya tidaklah terlalu meluas kerana kisah-kisahAllahyarham seorang yang memang jarang muncul di media. Kita hanya nampak beliau di padang bola sahaja. Selain ahli keluarga Allahyarham, rujukan utama saya ketika itu ialah filem Mekanik. Itu pun beliau hanya muncul sebagai cameo", kata Awie kepada Malaysian Digest. Ternyata ketakutan itu kini kembali menghantui penghibur berusia 46 tahun ini. "Masa nak yang pertama dulu, saya sampai termimpi-mimpikan beliau. Allahyarham muncul dalam mimpi saya, siap bercakap dalam bahasa Inggeris dengan saya. Daripada mimpi itu lah saya dapat tahu banyak tentang karakter beliau. Sebaik saja sedar, saya sedekahkan Al-Fatihah. "Kemudian semasa sesi latihan, isteri Allahyarham, Datin Zarina datang. Saya terus bertanyakan pada datin, benarkah Allahyarham begini dan begitu orangnya seperti yang saya nampak dalam mimpi saya. Datin beritahu, ya. Seak tu ia menabahkan rasa keyakinan saya untuk beraksi di pentas. "Tapi itulah... untuk yang kali kedua ini saya takut mimpi tu tak datang lagi. Tapi bila Hans beritahu yang Datuk (Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Sri Nazir Razak) dan Sultan Selangor nak jumpa, saya terus rasa tak boleh tolak", katanya yang turut memberitahu akan mempertingkatkan lagi mutu lakonannya. Kurusan Badan, Gelapkan Kulit Tiada banyak perubahan dari segi jalannya ceritanya tapi apa yang boleh dijanjikan Awie ialah peningkatan pada mutu lakonannya. Malah dia kini sedang dalam proses untuk menurunkan lagi berat badan dan akan mengelapkan sedikit kulitnya. "Saya akan kuruskan lagi badan dan akan gelapkan sikit kulit saya untuk dapatkan mood sebagai seorang pemain bola sepak. "Saya harap kali ini lebIh ramai lagi generasi anak muda yang datang menonton kerana ini sebuah kisah lagenda bola sepak tanah air kita. Saya sedih sebab ramai anak muda hari ini yang tidak mengenali siapa Mokhtar Dahari dan ini lah peluang mereka untuk mengetahui kisah lagenda kebanggaan negara ini", katanya. Selain Awie, 'Supermokh Sebuah Musical Re-staging dibarisi pelakon hebat lain seperti Maya, Karin, Douglas Lim, Dina Nadzir, Rashidi Ishak, Radhi Khalid, Poon Chi Ho, Oliver Johanan dan Clarence Kuna. Teater yang mendapat penajaan utama daripada CIMB Bank ini akan dipentas di Istana Budaya mulai 8 September hingga 21 September 2014 dengan harga tiket yang sama iaitu mulai harga RM36 hingga RM236. |
1
Bagus |
7
Marah |
Terkejut |
9
Sedih |
5
Lawak |
3
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
okonkwo posted on 13-6-2014 10:40 AM
kalo btul awie kurus nnti, berdesup geng produk kuruskan badan amek dia jadi duta
ADVERTISEMENT