CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ghairah Tak Panjang

13-6-2014 10:17 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6702| Komen: 28

Ghairah tak panjang

TELUK INTAN - Keasyikan seorang lelaki warga emas menerima layanan seorang wanita Vietnam terbantut sebaik diserbu pegawai penguat kuasa Jabatan Imigresen Teluk Intan, di Taman Persiaran Melor, di sini, kira-kira jam 6.30 petang kelmarin.

Lelaki tempatan berusia 60 tahun itu tergesa-gesa bangun dan menutup tubuhnya dengan selimut sebaik menyedari serbuan berkenaan.

Ketua Jabatan Imigresen Teluk lntan, Khairul Anuar Sulaiman berkata, Ops 6P dan Ops Sayang yang dilancarkan kira-kira jam 6.30 petang dan berakhir jam 10.30 malam kelmarin itu membabitkan 15 anggota penguat kuasa dari Ipoh dan Hilir Perak.

"Seramai sembilan wanita asing membabitkan seorang warga Vietnam, Thailand dan tujuh warga China berusia antara 33 hingga 46 tahun dicekup di pusat refleksologi di Persiaran Taman Melor kerana tiada dokumen perjalanan sah.

"Dalam pada itu, kita turun menahan dua lelaki tempatan di lokasi serbuan bagi membantu siasatan," katanya.

Dalam pada itu, menurutnya, sebuah pusat mesin judi di Jalan Changkat Jong turut diserbu kira-kira jam 9.45 malam kelmarin.

"Seramai 10 lelaki warga Bangladesh berusia 22 hingga 40 tahun ditahan kerana tiada dokumen perjalanan sah.

"Kita turut menahan tiga rakyat tempatan berusia 30 hingga 37 tahun dipercayai melindungi warga asing berkenaan," katanya.

Beliau berkata, semua warga asing berkenaan ditahan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

"Warga asing itu juga disiasat mengikut Akta Anti Permerdagangan serta Anti penyeludupan  Migran 2007 dan kini ditahan di Pusat Tahanan Depot Imigresen Langkap untuk siasatan lanjut.

"Dalam serbuan itu juga, lima lelaki tempatan yang menjadi majikan warga asing terbabit ditahan reman selama empat hari atas perintah mahkamah bagi bantu siasatan," katanya.




3

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 13-6-2014 09:16 AM
Baru nak merasA fantasia bulan madu..dh kene serbu
Mati xtenang pakcik ni nanti
Quote lucky_peace 13-6-2014 09:27 AM
60 tahun hah.....
Quote mak_wa95 13-6-2014 09:29 AM
awat gambar gitu...

dah kena serangan jantung dah ke lelaki tu..
Quote GhostWalking 13-6-2014 09:31 AM
Nape gamba macam kepala dia terkepak
Quote asher 13-6-2014 09:32 AM
br dia nak try catuaba..
Quote Omong 13-6-2014 09:33 AM
lerr pokcik ni nak urut badan je. . .
Quote khailya 13-6-2014 09:42 AM
60taun?... adoi la..
Quote Eliadaisy83 13-6-2014 09:45 AM
Ayah n datuk siapa la perangai gini, buat malu kaum keluarga n jiran tetangga saja.
Quote prettyuglybabe 13-6-2014 09:54 AM
kesian pokcit.. semoga insaf la lepas ni
Quote cmf_kunyit 13-6-2014 09:57 AM
ni kawasan yg pak jahid komedi ckp yg dia kenal semua gengster dan samseng
u scrub my back, i sekerap yours..
Quote Adeng939 13-6-2014 10:22 AM
zaman skrg....da x heran da...byk sgt nafsu kuda...puihhh
Quote tapibukanaku 13-6-2014 10:23 AM
cmf_kunyit posted on 13-6-2014 09:57 AM
ni kawasan yg pak jahid komedi ckp yg dia kenal semua gengster dan samseng
u scrub my back, i seke ...

pak jabit ke?
Quote tapibukanaku 13-6-2014 10:23 AM
shernazz posted on 13-6-2014 09:16 AM
Baru nak merasA fantasia bulan madu..dh kene serbu
Mati xtenang pakcik ni nanti

mati dgn mata tak tertutup rapat kot..
Quote batu kikir 13-6-2014 10:26 AM
Tu sebab yang TUA belum tentu betul. Nasib baik tak mati atas perut (terkejut kena serangan jantung)
Quote cmf_kunyit 13-6-2014 10:28 AM
tapibukanaku posted on 12-6-2014 08:23 PM
pak jabit ke?

itu tokey warong kak limah...
Quote insulin 13-6-2014 10:29 AM
Vietnam perut menggeleber..........
Quote Simunggu 13-6-2014 11:38 AM
asher posted on 13-6-2014 09:32 AM
br dia nak try catuaba..

apasal catuaba ini famos sekarang...??
Quote insulin 13-6-2014 11:40 AM
Simunggu posted on 13-6-2014 11:38 AM
apasal catuaba ini famos sekarang...??

Ubat kuat x bertauliah.
Quote tapibukanaku 13-6-2014 11:42 AM
cmf_kunyit posted on 13-6-2014 10:28 AM
itu tokey warong kak limah...

cehh pak jabit gila micropon..

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:25 PM GMT+8 , Processed in 0.098491 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top