CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dapat Tangkap Sorang Je Pelacur

7-5-2014 10:43 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10741| Komen: 37

Description: Malah Dalam Operasi Sepasukan Anggota Dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi Dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (Ipk) Kuala Lumpur, Kira-Kira Pukul 12.30 Tengah Malam Tadi, Turut Gagal Apabila Ma ...

Gambar hiasan


Tonto punca operasi gagal

KUALA LUMPUR 5 Mei - Lokasi sarang pelacuran di Jalan Gelang, Pudu di sini, sukar dibanteras kerana dilindungi lebih 20 tonto yang berkeliaran di kawasan itu, pada setiap malam.

Malah dalam operasi sepasukan anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi, turut gagal apabila maklumat serbuan berjaya dihidu tonto lebih awal.


Walaupun pergerakan pasukan polis dipecahkan kepada beberapa buah kumpulan namun tetap gagal kerana terdapat puluhan tonto berkeliaran di gerai-gerai makan, kaki lima premis dan tempat letak kenderaan.

Utusan Malaysia yang turut mengikuti serbuan itu mendapati kumpulan tonto berkenaan bertindak pantas menghubungi ‘seseorang’ sebaik sahaja ‘menghidu’ kehadiran pihak berkuasa.

Menurut jurucakap polis, pihaknya telah beberapa kali me-lakukan serbuan di kawasan terbabit tetapi lokasi itu masih menjadi sarang pelacuran.
Katanya, polis akan terus me-nyerbu lokasi terbabit dan memastikan kawasan tersebut bebas daripada sarang maksiat.

Mingguan Malaysia semalam menerusi ruangan pojok, Awang Selamat mendedahkan Jalan Gelang, Pudu di ibu negara yang suatu ketika dahulu kelihatan tenteram dan bersih kini menjadi kawasan hitam dengan aktiviti pelacuran.

Menurut Awang Selamat, maklumat tersebut diterima daripada sekumpulan aktivis sosial yang mendakwa hampir 400 pelacur kebanyakannya dipercayai warga China dan Vietnam berlegar-legar mencari pelanggan di kawasan tersebut.




Anggota polis Unit D7 Balai Dang Wangi dan IPK Kuala Lumpur mengumpil pintu masuk sebuah unit pangsapuri ketika serbuan pelacur asing yang dijalankan tengah malam semalam di Jalan Gelang, Pudu, Kuala Lumpur. Operasi yang berakhir pada pukul 2 pagi itu hanya berjaya menahan seorang pelacur kerana para pengendali rumah pelacuran telah dimaklumkan mengenai kehadiran pihak berkuasa oleh tonto-tonto yang diupah mereka. 



10

Bagus
3

Marah
2

Terkejut

Sedih
3

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (26 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sueism 7-5-2014 09:21 AM
tonto tu apa benda??? sila bagi pencerahan
Quote BotakChinPeng 7-5-2014 09:22 AM
Lebih berkuasa pebende ? Setakat suruh pelacur lari je
Quote tapibukanaku 7-5-2014 09:23 AM
BotakChinPeng posted on 7-5-2014 09:22 AM
Lebih berkuasa pebende ? Setakat suruh pelacur lari je

berkuasa lah tu....pelacur tu tak kan lari kalau bukan tonto yg arahkan kalau ada serbuan.
Quote reyust 7-5-2014 09:23 AM
kita xbrkuasa nk lari
Quote Cakkkk....aaaa 7-5-2014 09:24 AM
ayat mcm dalam citer spiderman...

Electro lebih berkuasa dari spidy....
Quote Acong 7-5-2014 09:24 AM
bodoh gak............ masa operasi tu, guna radio jammer laa
Quote tapibukanaku 7-5-2014 09:25 AM
Cakkkk....aaaa posted on 7-5-2014 09:24 AM
ayat mcm dalam citer spiderman...

Electro lebih berkuasa dari spidy....

ayat kena spin lebih bro... baru lah nampak cam dramatik sikit..
Quote tapibukanaku 7-5-2014 09:25 AM
reyust posted on 7-5-2014 09:23 AM
kita xbrkuasa nk lari

kuasa di tangan anda
Quote kakikuDibibirmu 7-5-2014 09:29 AM
tonto tu tilam boleh lipat, kalau hantar dobi memang lah dia caj mahal, apa lah
Quote sup@rm@n 7-5-2014 09:32 AM
kakikuDibibirmu posted on 7-5-2014 09:29 AM
tonto tu tilam boleh lipat, kalau hantar dobi memang lah dia caj mahal, apa lah

Cap narita ok?
Quote tapibukanaku 7-5-2014 09:35 AM
kakikuDibibirmu posted on 7-5-2014 09:29 AM
tonto tu tilam boleh lipat, kalau hantar dobi memang lah dia caj mahal, apa lah

itu toto...sport toto...
Quote tapibukanaku 7-5-2014 09:36 AM
sup@rm@n posted on 7-5-2014 09:32 AM
Cap narita ok?

ok je. borong kat rantau panjang,.....
Quote kakikuDibibirmu 7-5-2014 09:39 AM
tapibukanaku posted on 7-5-2014 09:36 AM
ok je. borong kat rantau panjang,.....

haritu akak ada beli yang warna hijau punya, tapi rantau pendek ni rasis, akak tak pandai kecek klate, dijual nya mahal-mahal, ummah klate aman -aman adja konsepnya dapat harga murah
Quote tapibukanaku 7-5-2014 09:43 AM
kakikuDibibirmu posted on 7-5-2014 09:39 AM
haritu akak ada beli yang warna hijau punya, tapi rantau pendek ni rasis, akak tak pandai kecek kl ...

selalu nya cam tu lah kak. sebab tu pegi sana bawak member kelate hat soghe...kecek kelate sikek, dapak lah muroh2 sikek...rasis kenegerian,
Quote sup@rm@n 7-5-2014 09:44 AM
kakikuDibibirmu posted on 7-5-2014 09:39 AM
haritu akak ada beli yang warna hijau punya, tapi rantau pendek ni rasis, akak tak pandai kecek kl ...

Betol tu kak. Tu sebab kalau shopping kat sana kene bawak saing yg leh kecek klate. Hunggah hunggah tey gedebey comel lotey kopi satey (kecek klate) terus dapat half price.
Quote obelisk 7-5-2014 09:45 AM
sueism posted on 7-5-2014 09:21 AM
tonto tu apa benda??? sila bagi pencerahan

pernah dengar tonto tu tolong orang tipu orang

Quote sueism 7-5-2014 09:47 AM
obelisk posted on 7-5-2014 09:45 AM
pernah dengar tonto tu tolong orang tipu orang

tak pernah, sebab tu tanya, yg i tau tonto
is towing company aje

Quote mey_1468 7-5-2014 09:50 AM
kakikuDibibirmu posted on 7-5-2014 09:29 AM
tonto tu tilam boleh lipat, kalau hantar dobi memang lah dia caj mahal, apa lah

bukan ke tonto tuh anak penyu...bukan ke?
Quote kakikuDibibirmu 7-5-2014 09:51 AM
sueism posted on 7-5-2014 09:47 AM
tak pernah, sebab tu tanya, yg i tau tonto
is towing company aje

APA ISTILAH TONTO DALAM BAHASA YANG DAPAT MENERANGKANNYA DENGAN TEPAT

orang tengah yang bertindak sebagai pemberi maklumat dan lain-lain untuk menggagalkan tugas penguatkuasaan undang-undang dan lain-lain oleh pihak berkuasa:

Tatabahasa       

04.10.2007

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=orang+tengah&d=10

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 09:37 AM GMT+8 , Processed in 0.080619 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top