CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Dokumentari Khas 'Jins Shamsuddin'

11-6-2014 05:27 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9523| Komen: 3

Description: Sedikit Mengenai Latar Belakang, Beliau Pernah Melanjutkan Pengajian Dalam Bidang Perfileman Di London Film School Pada Tahun 1970-1972 Dan Menerima Diploma Dengan Kelas Pertama (1999). Beliau Juga P ...



KETIKA era kejatuhan filem Melayu, beliau lantang menyuarakan garis panduan yang perlu ada, bagi memajukan semula industri perfileman di Malaysia.

Beliau seorang tokoh besar yang mempunyai visi, menerka masa depan kemajuan filem Malaysia. Saksikan dokumentari khas beliau, Tan Sri Dr. Jins Shamsuddin menerusi Kembara Seorang Seniman, mulai 8 Jun ini, setiap Ahad, pukul 10.05 malam di TV1.

Dokumentari ini bakal mengupas perjalanan kisah Jins Shamsuddin yang ketika zaman mudanya terkenal dengan sikap sangat tegas, tinggi integriti diiring disiplin diri yang mantap.

Sedikit mengenai latar belakang, beliau pernah melanjutkan pengajian dalam bidang perfileman di London Film School pada tahun 1970-1972 dan menerima diploma dengan kelas pertama (1999).  Beliau juga pemegang  Ijazah Kehormat Sarjana Persuratan daripada
Universiti Sains Malaysia serta Ijazah doktor falsafah (PhD) dari Universiti Utara Malaysia (UUM).

Terkenal dengan watak ejen perisik Jefri Zain, tokoh kelahiran Taiping Perak ini, juga menyerlah sebagai pengarah dan pernah menghasilkan beberapa filem seperti Menanti Hari Esok (1977),  Esok Masih Ada (1979), Tiada Esok Bagimu (1980) dan Esok Untuk Siapa (1982).

Malah semangat beliau dalam memartabatkan industri filem Malaysia dengan memikul tanggungjawab sebagai Yang Di Pertua Kesatuan Pekerja di Jalan Ampas,  juga perjuangan melihat bidang filem berada di kelas tersendiri, turut dikongsi menerusi dokumentari ini.

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakprik 2-10-2014 03:20 AM
cerita tentang p.ramlee kecik hati ngan dia ada masuk sekali tak?
Quote Syd 5-12-2014 09:04 AM
sharing is caring.

sharing with love dari abang @hensem2012
Quote samax 5-12-2014 11:15 AM
Kurusnya..lain terus muka..kesiann

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-6-2024 02:24 PM GMT+8 , Processed in 0.048741 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top