CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Gelatin Haiwan Termasuk Babi, Halal Dimakan – Yusof Al-Qardhawi

9-6-2014 09:35 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 17787| Komen: 56

Gelatin Haiwan Termasuk Babi, Halal Dimakan – Yusof Al-Qardhawi


Shah Alam – Ulama tersohor dunia Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi memberitahu gelatin haiwan termasuk babi adalah halal untuk digunakan, termasuk di dalam produk makanan setelah ia ditransformasikan menjadi bahan yang lain.

Memetik kenyataan daripada laman rasmi ulama tersebut, beliau menjawab kekeliruan pengguna, terutamanya dari masyarakat Islam berkenaan status halal sesuatu produk yang dicampuri unsur mengelirukan termasuk haiwan tersebut.

“Di sana terdapat perkara yang dilupakan oleh banyak pihak iaitu isu transformasi bahan (perubahan zat). Kami berkata: Apabila sesuatu najis ditransformasikan, ia menjadi suci, iaitu sesuatu bahan itu mungkin pada asalnya adalah babi, kemudian ia bertransformasimenjadi sesuatu bahan yang lain – asalnya ialah babi tetapi ia diambil dan ditransformasikan menjadi sesuatu yang lain – contohnya menjadi sabun.

“Para fuqaha’ berkata, contohnya, sesuatu perkara seperti tinja dan sebagainya, apabila ia diambil dan dikenakan api serta dinyalakan, maka abunya adalah halal kerana ia telah menjadi bahan yang lain. Mereka berkata: Jika seekor anjing masuk ke dalam takung garam dan mati di dalam takung garam itu hingga garam memusnahkannya, hinggakan apabila kamu mencarinya kamu tidak menjumpainya disebabkan anjing itu sendiri telah menjadi garam, maka garam itu boleh digunakan untuk makan, minum dan segala-galanya, kerana ia telah mengalami transformasi bahan.
“Hukum ditetapkan bergantung kepada `illah (sebab) yang ada dan yang tiada. Maka `illah dalam hal ini ialah ia tidak kembali wujud. Oleh itu, apabila daging atau tulang babi telah bertransformasi, – dan saya mendengar daripada saudara kami Dr. Muhammad Hiwari, dan dia adalah antara doktor akademik yang tinggal di German untuk tempoh yang sangat panjang, dan dia mempunyai kajian yang sangat baik dalam hal ini, – dia berkata kepada kamu: Kemuncak hal ini adalah, ia boleh diambil dan digunakan sebagai ubat gigi, dan digunakan sebagai sabun, dan digunakan sebagai gelatin (atau jeli) yang asalnya ialah babi, kerana ia telah menjadi sebatian kimia yang baru menyebabkannya tertakluk kepada hukum yang baru (iaitu halal),” ujar Yusuf Al- Qardhawi dipetik sebagai berkata.

Bulan lalu, rakyat Malaysia dikejutkan dengan dakwaan laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mengatakan dua produk coklat Cadbury – coklat susu dengan kacang Hazel serta coklat susu dengan badam, dikesan mengandungi DNA babi atau ‘porcine’.
Apa yang menjadi persoalan sehingga kini adalah KKM dikatakan membuat ujikaji itu, sehingga terjumpa DNA babi, setelah memilih coklat berkenaan secara rawak di pasaran.

Setelah isu itu mencetuskan kemarahan ramai pihak Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) pula memainkan peranannya dan membuat ujikaji yang sama namun coklat itu diambil terus dari kilang Cadbury dan bukannya diambil secara rawak dari pasaran, seperti mana dibuat KKM.
Perkembangan terbaru selepas ujikaji yang dilakukan oleh Jakim itu mengesahkan dua produk Cadbury tersebut adalah tiada unsur babi sekaligus halal untuk dimakan.

Meskipun begitu, rakyat Malaysia kini masih berasa was-was berikutan masyarakat terdedah kepada membeli coklat yang sama diambil KKM untuk ujikaji itu dan bukannya produk yang selamat (dari kilang) sepertimana di analisa Jakim.

1

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 8-6-2014 07:54 AM
kita mana tahu apa benda masuk dalam mulut kita kalau dah tertulis halal...asalkan kita tak tahu dan tak waswas...


kalau suah sangat semua tanam dan bela sendiri la...

coklat pun buat sendiri...

Quote obelisk 8-6-2014 07:56 AM
noor2 posted on 8-6-2014 07:54 AM
kita mana tahu apa benda masuk dalam mulut kita kalau dah tertulis halal...asalkan kita tak tahu dan ...

ye lah yang... hihihi

Quote noor2 8-6-2014 07:58 AM
obelisk posted on 8-6-2014 07:56 AM
ye lah yang... hihihi

kekadang kan yang....kita ni nak menunjukkan kita islam sangat dari segi bab makanan ......tp kata2 kita lupa...kalah org kafir kalau mencemuh org lain...tp bab solat konon cakap tak pernah tinggal....bab makan takut sangat ada babi....tgk ja dalam porum ni
Quote Dewa19XKangen 8-6-2014 08:05 AM
tu ulama sudah kuar fatwa,was2 tinggal,gagah p makan juga xpa,ulama tanggung semua apa yang dia kuarkan fakta..

aku tinggalkan ja,sikit2 zat yang masuk,lama2 benak hati..
Quote obelisk 8-6-2014 08:12 AM
noor2 posted on 8-6-2014 07:58 AM
kekadang kan yang....kita ni nak menunjukkan kita islam sangat dari segi bab makanan ......tp ka ...

betul tu yang...


Quote noor2 8-6-2014 08:15 AM
obelisk posted on 8-6-2014 08:12 AM
betul tu yang...

wah nak ambik kata2 nila....tq....

Quote hzln 8-6-2014 08:27 AM
pak usop qordowi ni tak cukup isle banding dgn ummah nusantara yg meroyan nak cuci darah sbb tertelan zarah babi dlm cekelat
Quote sekngucing 8-6-2014 08:29 AM
bb bai eeeiiiii geli laaaa haram
tp bab dating dgn boifren, pegi tgok wayang, sambut raya selama sebulan tu tak rasa haram
melayu melayu...
Quote hzln 8-6-2014 08:38 AM
sekngucing posted on 8-6-2014 08:29 AM
bb bai eeeiiiii geli laaaa haram
tp bab dating dgn boifren, pegi tgok wayang, sambut raya selama se ...

eleh hipokrit saja semua ini
kunun concern benor dgn halal haram
makan hasil haram selamba saja...tang babi harommmmmm
yg sebenar2nya sebab geli semata
GELI DGN BABI
sama saja dgn yg anti gay semua tuh
siap kluar ratiban kaum nabi lut kaum nabi lut kaum nabi lut
layan porno gangbang, lesbian segala jadah tu syok pula...tang jantan rogayah harommmmmm
yg sebenar2nya sebab geli saja
GELI JANTAN BEROMEN DGN JANTAN


ptuih
geli aku dgn set2 warak jadi-jadian ini
Quote siputsedut 8-6-2014 08:53 AM
Arak bertukar cuka tu pernah ade forumer explain dulu...kiranya mende ni applicable utk babi jugak ye...

Quote Changa 8-6-2014 09:09 AM
Dewa19XKangen posted on 8-6-2014 08:05 AM
tu ulama sudah kuar fatwa,was2 tinggal,gagah p makan juga xpa,ulama tanggung semua apa yang dia kuar ...

Umman kokesen maju makan babi dah benak ke sis?
Quote Changa 8-6-2014 09:11 AM
hzln posted on 8-6-2014 08:27 AM
pak usop qordowi ni tak cukup isle banding dgn ummah nusantara yg meroyan nak cuci darah sbb tertela ...

Ada sekor kat sini pun dah meroyan ulamak tak betul annti makan dna babi sikit2 dah berkumpul jadi benak katanya.
sebelum makan dna babi pun akak tengok mmg dah sedia kala benak, tak prlu nak makan babi pun akan benak kalau akal mengalahkan babi.
Quote axl_bach 8-6-2014 09:12 AM
tu laaa, aku pelik btol yg koram dok kecoh2 pasal DNA nih koram tau ke DNA tu hape????
Quote kakikuDibibirmu 8-6-2014 09:17 AM
beribu-ribu tahun ummah cina makan babi, tak benak pun
Quote famri7 8-6-2014 09:26 AM
Ummah maju kokeshen  makan babi time breakfast bijak jah kepala otak diorang..

Meanwhile.......
ummah suchi yang makan makanan dari langit pulak yang fail math,science and english secara berjemaah di peringkat sekolah...Pastu ummah ini jugak yang senang tertipu dengan anasir kepir lehnat fb  ...dan ummah makan makanan suchi murni salju juga yang selalu kena tipu dgna skim cepat kaya piramid...so siapa yang benak  skarang??
#burn



Quote ell768 8-6-2014 09:32 AM
haish,mcm2 hal..
Quote AbukRokok 8-6-2014 10:04 AM
siputsedut posted on 8-6-2014 08:53 AM
Arak bertukar cuka tu pernah ade forumer explain dulu...kiranya mende ni applicable utk babi jugak y ...

ala mcm singapore la...air datang dari najis...jadi newater...selamba je teguk...xpedihkan mata
xde plak ummah2 meroyan xnk melancong ke singapore



yesss..... dah boleh melantak sesuka hati

Quote pakwetizzaqyah 8-6-2014 10:11 AM
sokonglah produk BUMIPUTERA!!!!!!!!!!
Quote sekngucing 8-6-2014 10:12 AM
eiii geli la babi
tapi zakar masih tertanam di puuki,tak pulak rasa berdosa

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:51 PM GMT+8 , Processed in 0.287495 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top