CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Alat pengesan DNA babi di MCE 2014

2-6-2014 10:10 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8120| Komen: 36

Description: “Konsep Penggunaannya Sama Seperti Alat Ujian Kehamilan. Pengguna Berupaya Mengenal Pasti Kehadiran Dna Babi Pada Makanan Dan Minuman Dengan Cepat Tanpa Melibatkan Kos Yang Tinggi Berbanding Ujian Di ...
ABD. Syukor Othman menunjukkan perbezaan keputusan ujian dua contoh makanan dengan menggunakan produk ‘pork Rapid Test’ bagi mengesan kandungan babi dalam makanan di gerai sempena Ekspo Pengguna (MCE) 2014 di Menara Matrade Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam. 

KUALA LUMPUR 31 Mei - Umat Islam di negara ini kini tidak perlu bimbang mengenai status halal produk makanan, minuman dan kegunaan harian yang terdapat di pasaran kerana mereka boleh menggunakan alat yang mampu mengesan DNA babi pada barangan tersebut.

Produk ‘Rapid Pork Food Test’ edaran Iftitah Solutions (M) Sdn. Bhd. (Iftitah Solutions) itu merupakan inovasi dari Rusia, pertama kali dipasarkan di negara ini untuk membantu pengguna mengenal pasti kewujudan DNA haiwan itu dengan mudah dan cepat.

Pengurus Iftitah Solutions, Abd. Syukor Othman, 39, berkata, produk tersebut me-rupakan kaedah terbaik setanding dengan pelaksanaan ujian di makmal.

“Konsep penggunaannya sama seperti alat ujian kehamilan. Pengguna berupaya mengenal pasti kehadiran DNA babi pada makanan dan minuman dengan cepat tanpa melibatkan kos yang tinggi berbanding ujian di makmal.

“Bentuknya yang kecil dan mudah menjadikan ia sesuai di bawa ke mana sahaja dan digunakan semua peringkat umur," katanya ketika ditemui pemberita di Ekspo Pengguna (MCE) 2014 di Menara Matrade Jalan Duta, di sini hari ini.

Ekspo anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dengan kerjasama program Strategi Lautan Biru Kebangsaan 6 (NBOS6): Kad Diskaun 1Malaysia (1MDC) itu dibuka kepada orang ramai bermula hari ini sehingga 8 Jun depan.

Turut mencuri perhatian adalah produk penjagaan tubuh berasaskan gaharu yang diusahakan syarikat baharu, Diamond Density Sdn. Bhd.

Eksekutif Pembangunan Perniagaan syarikat itu, Ratinah Rahmat, 39, berkata, losen bio-heat, pembersih peribadi wanita Serigaharu dan pewangi Gaharu adalah tiga produk berasaskan kayu gaharu yang baru dua bulan dipasarkan.

“Kesemua produk kami adalah 100 pe-ratus asli dan tidak menggunakan bahan kimia. Oleh itu ia sesuai digunakan semua golongan terutama kepada mereka yang mempunyai alahan terhadap bahan kimia.

“pembersih wanita Serigaharu adalah yang pertama di pasaran di mana berasaskan kayu gaharu. Selain memiliki haruman yang tidak berlebihan, produk ini sesuai diaplikasikan kepada semua jenis kulit," katanya.


Bagus

Marah
4

Terkejut

Sedih
2

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 1-6-2014 08:31 PM
akak pernah nak berniaga ni dulu.

tp tak menjadi sebab hangat2 tahi beruang.
Quote pakwetizzaqyah 1-6-2014 08:32 PM
buat hape??
Quote edee_91 1-6-2014 08:34 PM
ala2 macam pregnancy test kaa?
Quote kazaraf 1-6-2014 08:36 PM
terbaik setanding makmal? terus tau result. hebat ni.. jab kimia pn kena tunggu 7 hari..  
ni dah mcm drama CSI..
Quote ultra78 1-6-2014 08:45 PM
Mcm ni kan?

[youtube]Lwg5SKyN6Ew[/youtube]
Quote Acong 1-6-2014 08:56 PM
@M5      jom bisnes jual test kit nie
Quote dubuk 1-6-2014 09:09 PM
boleh lah beli satu

kalau rasa was was boleh terus tonyoh
Quote ultra78 1-6-2014 09:11 PM
Acong posted on 1-6-2014 08:56 PM
@M5      jom bisnes jual test kit nie

Bisnes MLM ke?


Quote truly 1-6-2014 09:21 PM
Bagus la, boleh travelling tanpa was was. Bawak jer kit ni letak kat meja makan.
Quote Acong 1-6-2014 09:22 PM
ultra78 posted on 1-6-2014 09:11 PM
Bisnes MLM ke?

jual kat kedai makan....... direct selling
Quote annehuda 1-6-2014 09:51 PM
setau aku, haiwan yg halal tp tak disembelih ikut syarak pun leh jadi haram jugak. tak semestinye babi je haram
Quote cubby_qt 1-6-2014 09:52 PM
Wow.. baru terpikir klu la aku mampu vipta alat utk check dna babi... rupanya dah ada yer.. ermmm... nak beli..
Quote cubby_qt 1-6-2014 09:55 PM
Best.. berapa harga ni
Quote Acong 1-6-2014 10:05 PM
cubby_qt posted on 1-6-2014 09:55 PM
Best.. berapa harga ni

http://www.perkinelmer.com/Catalog/Product/ID/N9300291


Quote truly 1-6-2014 10:07 PM
annehuda posted on 1-6-2014 09:51 PM
setau aku, haiwan yg halal tp tak disembelih ikut syarak pun leh jadi haram jugak. tak semestinye ba ...

Hahahahaha good point.

Nanti ada lah tu kit untuk kesan ayam tak semelih pulak. dont worry.
Quote adelea 1-6-2014 10:11 PM
annehuda posted on 1-6-2014 09:51 PM
setau aku, haiwan yg halal tp tak disembelih ikut syarak pun leh jadi haram jugak. tak semestinye ba ...

Tau tak pe...
pegang tangan boipren/gilpren pon haram ..

x nak samak ker..
Quote AHMADVW 1-6-2014 10:13 PM
umum balwa kta majlis fatwa. xpyh nk bertest2 lg
Quote munchkin 1-6-2014 10:44 PM
berapa pulak harga kit ni
Quote RatuDunia94 1-6-2014 10:45 PM
boleh tak g kedai utk test benda ni... kalau ada DNA Babi x jd beli!

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 04:07 AM GMT+8 , Processed in 0.058059 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top