CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Datuk Sharifah Aini Semakin Pulih

6-6-2014 05:27 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9989| Komen: 39


KUALA LUMPUR, 29 MEI 2014: Kesihatan bidunita negara, Datuk Sharifah Aini semakin pulih dan beliau bakal dibenarkan pulang di kediamannya di Petaling Jaya dalam masa terdekat ini dan perkara ini telah disahkan sendiri oleh sahabat baiknya, Datuk Khalilah Mohd Talh.

Dalam akaun Facebook milik Sharifah Aini, Datuk Khalilah Mohd Talh yang juga Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Plus Expressway Berhad telah memuatkan posting terkini tentang status penyanyi bersuara emas kelahiran Johor yang popular dengan lagu Seri Dewi Malam, Bunga Tanjung serta Hapuslah Air Matamu itu pada 27 Mei lalu.

"Bagi pihak Datuk Sharifah Aini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga diatas titipan doa keluarga FB yang dikasihi.

"Kak Pah kelihatan segar dan Insya Allah, beliau akan pulang ke rumah dalam masa yang terdekat. Sejauh ini, doktor dan para petugas yang merawat Kak Pah telah memberi maklum balas yang amat memberangsangkan berkenaan perkembangan kesihatan beliau.

"Saya gembira melihat beliau tersenyum dan banyak bercakap. Insya Allah dengan izin Allah, rawatan-rawatan selanjutnya akan membantu beliau untuk terus, dan kembali pulih sepenuhnya. Marilah sama-sama kita mendoakan kesejahteraan beliau di dunia dan akhirat," katanya.

Khalilah juga turut menitipkan pesanan Kak Pah buat peminat-peminatnya. Apakah pesanan tersebut. Baca satu lagi artikel tentang Kak Pah yang akan dimuatnaik sebentar lagi.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shanshero 30-5-2014 07:35 AM
I dah seminggu demam lepas duduk sebelah
indon yang batuk2 dalam lrt:@
Quote makton 30-5-2014 07:43 AM
semoga sihat ye makcik pah...
Quote hayrin86 30-5-2014 08:58 AM
Semoga sihat makcik Pah.. Amin..
Quote SyaAnis 30-5-2014 09:41 AM
moga cepat sembuh..
Quote tomet05 30-5-2014 09:53 AM
alhamdulillah get well soon
Quote ajurina 30-5-2014 09:55 AM
selamat pulang kak pah...
Quote zakim08 30-5-2014 10:16 AM
Semoga cepat sembuh
Quote pakwetizzaqyah 30-5-2014 10:23 AM
ooo..she is still alive..not that kickin eh?
Quote orange878 30-5-2014 11:54 AM
Alhamdulillah,.. semoga panjang umur kak pah!
Quote nzd33 7-6-2014 09:19 PM
alhamdulillah,ade latest news ttg kak pah ke
Quote lotionmilo 7-6-2014 10:49 PM
dia sakit apa??
Quote cruisekeanu 7-6-2014 10:55 PM
kasihan. semoga dia sihat. Beliau merupakan aset seni suara yang sukar dicari ganti. Lupakan soal moral dan kelakuan kerana kita maklum beliau juga manusia biasa yang memang tidak terlepas dari silap. Saya dan keluarga amat menghormati bakat datuk pah.
Quote didabrooch 8-6-2014 07:19 PM
Suaranya seksi...X pdan ngan bodi.. pape pun mudah-mudahan makin sikat kak pah ea...
Quote voiletiris 8-6-2014 07:33 PM
semoga cepat sembuh..aku suka dgr suara dia yg dulu2 zaman lagiu sri dewi mlm tu.bibir dia lain eh
Quote famri7 8-6-2014 07:41 PM
Semoga muka semakin muda dan runcing...and ofc sembuh.
Quote kakikuDibibirmu 8-6-2014 08:09 PM
semoga cepat sembuh
Quote adelea 8-6-2014 08:52 PM
shanshero posted on 30-5-2014 07:35 AM
I dah seminggu demam lepas duduk sebelah
indon yang batuk2 dalam lrt:@

Get well soon ..virus merata2 skrg ni .. di tambah2 ngan musim kering ...
Quote SissySembah 8-6-2014 09:03 PM
siapakah retis dagu runcing pembuka tin milo ini?
ada akak kesah?

get well soon
Quote LiveYourLife 13-6-2014 02:10 AM
alhamdulillah.

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:36 AM GMT+8 , Processed in 0.047052 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top