CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Emma Maembong Bakal Disaman?

6-6-2014 04:45 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 35920| Komen: 139


Pelakon cantik Emma Maembong terkejut apabila mendengar laporan media baru-baru ini yang dia bakal dikenakan tindakan saman oleh syarikat pengurusannya, Wire Fame Entertainment (WFE) atas dakwaan Emma dikatakan melanggar kontrak apabila menerima tawaran berlakon telefilem "Bintang Hati" yang menjalani penggambaran awal Mei lalu tanpa pengetahuan WFE.

Mengulas mengenai kenyataan tersebut kekasih kepada pelakon dan pelawak Zizan Razak ini berkata, sejujurnya dia tidak tahu punca sebenar mengapa dia perlu dikenakan tindakan sebegitu. Sedangkan selama ini dia tidak mempunyai apa-apa masalah dengan pihak pengurusan apatah lagi melanggar kontrak.

Malahan memandang kontraknya bersama syarikat berkenaan telah tamat Mac lalu, namun sebelum itu Emma ada berbincang mengenai beberapa perkara dan mereka mencapai kata sepakat.


"Pihak pengurusan ada berjumpa dengan saya. Mereka kata, walaupun kontrak saya tamat pada Mac 2014 tetapi saya masih lagi berada di bawah pengurusan mereka memandangkan ada beberapa kontrak iaitu dari segi sebagai duta untuk beberapa jenama akan tamat dalam masa tiga bulan lagi.

"Justeru mereka mencadangkan pada saya, bawa hal tentang kerjaya lakonan saya, mereka serahkan pada saya untuk uruskan sendiri. Sementara mengenai hal sebagai duta untuk beberapa produk yang saya wakili, mereka akan uruskan sehingga kontrak saya dengan produk-produk berkenaan tamat. Atas perbincangan mulut ke mulut, pihak pengurusan dan saya bersetuju.

"Jadi bila ada pihak produksi yang menelefon saya dan menawarkan saya berlakon, saya yang membuat keputusan. Sebelum itu saya ada bertanya juga pada produksi tersebut dari mana mereka dapat nombor saya. Pihak produksi memberitahu pengurusan saya yang memberikan nombor telefon saya pada mereka.

"Bererti memang mereka mahu saya uruskan sendiri kerjaya lakonan saya. Kenapa pula tiba-tiba hendak dakwa saya langgar kontrak? Saya tak amil job dalam diam", jelasnya dengan panjang lebar ketika ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta Per'l, bertempat di hotel Majestic, Kuala Lumpur, semalam.

Tambah Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail Maembong, dia agak terkilan kerana pada perbincangan tempoh hari, kedua-dua pihak telah bersetuju.
Lain pula cerita apabila sekitar beberapa minggu lalu dia menerima notis daripada WFE yangg memaklumkan bahawa kontraknya telah ditamatkan. Bingung dengan kehadiran notis tersebut namun kata gadis kacukan Melayu-Scotland ini, dia sememangnya mahu berjumpa dengan pengurusannya dan bertanyakan apa sebenarnya kesalahan yang telah dilakukannya.

"Baru-baru ini saya ada terima notis kontrak saya ditamatkan. Setahu saya meang kontrak saya sudah tamat Mac lalu. Saya kurang jelas dengan notis tersebut. Saya memang nak berjumpa pihak pengurusan dan bertanya pada mereka apa sebenarnya salah saya. Tapi saya tak tahu lagi bila saya ada kesempatan berjumpa mereka. Saya tunggu juga mereka datang jumpa saya", ujarnya.

Berkenaan hal saman itu, Emma sejujurnya tidak bersedia untuk berdepan dengan kes tersebut kerana baginya tiada apa yang perlu dilawankan. Namun dia berharap perkara ini dapat diselesaikan secara baik sebelum dia betul-betul melangka keluar dari syarikat yang melonjakkan nama dan popularitinya sejak dari aeal dia bergelar pelakon.

"Setakat ini tiada pula apa-apa surat saman yang saya terima. Sebenarnya saya tak bersedia apa-apa pun untuk berdepan dengan saman tersebut kerana tiada apa yang perlu dilawankan. Mungkin salah saya juga sebab semasa persetujuan ketika pertemuan saya tempoh hari itu, kami tiada apa-apa black & white kerana saya percaya mereka. Dan mungkin mereka ada kontrak awal saya, dan di situ mereka menang.

"Tapi apapun, saya sayang WFE sebab kerjaya saya bermula dari situ. Mereka sudah seperti keluarga saya. Tak dinafi sepanjang berada di bawah pengurusan syarikat itu pernah juga saya melakukan kesilapan tetapi setelah ditegur, saya cuba perbaiki. Saya pun tidak faham kenapa tiba-tiba jadi lain pula. Dulu kata susah senang bersama, we're like sisters. Di Instagram siap kononnya #matisamasama lah... sekarang #foreveralone", tutur Emma dengan nada sinis.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kelip2_07 30-5-2014 12:08 PM
wirefame nie bkn zizang punye ke??xkn xleh bekap ko Fatimah..
Quote beatgirlX 30-5-2014 12:09 PM
ari tu aku baca kat mana tah kata memang emma da abih kontrak tapi tu ler aku pun tak paham nape nak saman..kata kena tunggu surat pelepasan baru emma boleh dilepaskan?
bukan abih kontrak maksud abih ke?
Quote annehuda 30-5-2014 12:15 PM
beatgirlX posted on 30-5-2014 12:09 PM
ari tu aku baca kat mana tah kata memang emma da abih kontrak tapi tu ler aku pun tak paham nape nak ...

ade sesetgh kontrak ni ade clause autorenew. tak dpt notis or klien tak kasi notis automatik die akan renew. tp tak sure la kontrak diorg ni mcm mane

Quote skymania 30-5-2014 12:19 PM
ingt dah break up ngan zizan..
Quote ellZack 30-5-2014 12:22 PM
skymania posted on 30-5-2014 12:19 PM
ingt dah break up ngan zizan..

tau takpe.. misleading sungguh tajuk thread ni..
Quote amyainsamad 30-5-2014 12:23 PM
zizan pn xduk bwh pengueusan ni kn


tp kepelikang gak, bkn ke WFE ni zizan n pengurus dia punya???
Quote noraidil_06 30-5-2014 12:28 PM
I pernah draft kontrak artis. All I can say production company layan artis mcm sampah & kontrak berat sblh.

utk artis baru be careful pls.  & padan muke production kalau artis mendiva
Quote cik_luna 30-5-2014 12:31 PM
tajuk x menahan
ingat dah break dgn zizang
Quote prettymanja 30-5-2014 12:34 PM
iols pun ingt mende yg sama.. misleading xbole blah tajuk thread.. huhu
Quote katakau 30-5-2014 12:39 PM
oo..kisahnyaaaa..
Quote ElmoRed 30-5-2014 01:56 PM
alahaiiii..ingat no no to zizzang dah
Quote mitnick 30-5-2014 02:13 PM
loh... ape serabut sgt pengurusan dia tue?
Quote haryatie 30-5-2014 02:39 PM
ingat da break ngn zizang..
bagus la...mcam x sesuai jek dia org tu.
rupa nya crita lain...
ehhhh..knpa aku lak yg x suka dia couple ngn zizang kan...
Quote tomet05 30-5-2014 02:40 PM
nak lariskan filem perhaps ?
buat kontolbesi yang x sebape nih
Quote achik2009 30-5-2014 02:41 PM
Dulu, ‘We’re Sisters’, Sekarang Nak Saman Pula? – Emma Maembong

“Ya, saya ada terbaca laporan akhbar mengenai syarikat pengurusan Wire Fame Entertainment (WFE) yang bakal menyaman saya. Seriously…saya sangat terkejut,” demikian jawapan pelakon Emma Maembong apabila ditanya mengenai tindakan saman yang bakal dikenakan terhadap dirinya WFE seperti yang dilaporkan sebuah akhbar baru-baru ini.

Di dalam laporan akhbar itu ada menyebut Emma bakal disaman syarikat pengurusannya kerana didakwa telah melanggar kontrak apabila menerima tawaran berlakon telefilem "Bintang Hati" tanpa pengetahuan WFE.

Mengulas tentang kenyataan tersebut, kekasih kepada Zizan Razak  ini memberitahu dia tidak mengetahui punca sebenar mengapa WFE mengenakan tindakan tersebut kepadanya.

“Pihak pengurusan ada berjumpa dengan saya dan memberitahu tentang kontrak saya tamat pada Mac 2014. Tetapi memandangkan kontrak saya sebagai duta untuk beberapa jenama masih berbaki tiga bulan, mereka kata saya masih di bawah pengurusan WFE.

“Selepas itu mereka cadangkan saya untuk uruskan sendiri kerjaya lakonan saya, sementara urusan sebagai duta produk mereka yang uruskan sehingga kontrak saya dengan produk-produk tersebut tamat.

“Perbincangan tersebut dibuat secara lisan (mulut ke mulut ) sahaja. Sebab itulah apabila pihak produksi telefon dan tawar saya berlakon, saya buat keputusan sendiri dan menjalani penggambaran sepanjang Mei ini.

“Saya ada bertanya kepada pihak produksi dari mana dapat nombor saya, mereka kata pengurusan saya yang bagi...So, maknanya memang mereka mahu saya uruskan sendiri kerjaya lakonan saya kan?

“Kenapa pula sekarang cerita jadi lain? Tiba-tiba dakwa saya langgar kontrak?,” jelasnya ketika ditemui pada majlis perlantikannya sebagai duta Per'l, bertempat di hotel Majestic, Kuala Lumpur, pada Khamis.

Kata Emma, dia terkilan dengan tindakan WFE menghantar notis beberapa minggu lalu dan memaklumkan kontraknya telah ditamatkan.

“Saya kurang jelas dengan notis tersebut. Saya bercadang mahu berjumpa pihak pengurusan dan bertanya pada mereka apa sebenarnya salah saya, tetapi masih belum berkesempatan,” ujarnya.

Dalam pada itu Emma turut mengakui tidak bersedia untuk berdepan dengan tindakan saman daripada WFE kerana tiada apa yang perlu dilawankan.

Emma juga berharap agar perkara tersebut dapat diselesaikan dengan cara baik sebelum melangkah keluar dari syarikat yang telah berjasa menaikkan nama dan popularitinya.

“Saya saya WFE sebab kerjaya saya bermula dari situ. Mereka sudah seperti keluarga saya, cuma pelik mengapa sekarang cerita jadi lain. Silap saya juga kerana selepas ‘perbicangan mulut ke mulut’ tempoh hari, saya tak minta black and white.

“Saya percayakan mereka kerana dulu kata susah senang bersama, we’re sisters. Di Instagram pula siap hashtag #matisamasama kononnya…Sekarang? Hashtag dah bertukar #foreveralone,” bidas Emma sinis.



Credits: astrogempak.com.my
Quote myakayina 30-5-2014 03:04 PM
ingatkan dah foreveralone dg zizang...
Quote ninjago 30-5-2014 03:07 PM
skymania posted on 30-5-2014 12:19 PM
ingt dah break up ngan zizan..

iols pun ingat dh break up.. apedaaa title
Quote cmf_kunyit 30-5-2014 03:37 PM
klu break, ramai jejaka sedia menyambut tu...
Quote ida88 30-5-2014 04:15 PM
Ape daaa
Tajuk misleading

Lihat semua komen(139)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:31 AM GMT+8 , Processed in 0.046022 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top