CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Sherry Redha Lagunya Dinyanyi Orang Lain Sebelum Sempat Release

6-6-2014 04:14 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8302| Komen: 22


Hasrat pelakon drama bersiri fenomena 'Teduhan Kasih', Sherry Ibrahim, 30, mahu melancarkan single pertamanya terbantut apabila perancangan tersebut tepaksa ditunda.

Menurut Sherry, lagu tersebut adalah lagu duet bersama penyanyi dan deejay dari Indonesia, Gusti Arya. Single berjudul 'Flirting' itu telah siap dirakam sejak Disember tahun lalu dan hanya menunggu masa untuk dilancarkan.

Namun sebulan lalu pihak Gusti memberitahu yang lagu tersebut telah dirakamkannya semula bersama penyanyi Nikita Mirzani dan telah pun diputarkan di beberapa radio di sana.


"Lagu itu sebenarnya dicipta oleh Gusti dan menjadi milik saya. Kami telah rakamkan lagu itu sekitar Disember tahun lalu. Dalam bulan lepas saya diberitahu lagu itu telah dimainkan di radio di sana. Tapi dalam versi duet Gusti bersama penyanyi Nikita.

"Jadi pihak pengurusan saya membuat keputusan untuk tidak lancarkan dulu single tersebut di sini kerana ada beberapa perbincangan perlu dibuat bersama pihak Gusti", katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran peralatan perubatan KO Vanquish bertempat di Pusat Rawatan Kecantikan Dr. KO di Klang, semalam.

Mengakui terkejut ketika diberitakan hal itu, bekas pramugari syarikat penerbangan Qatar Airways itu bagaimanapun tidak berkecil hati dengan tindakan Gusti memandangkan mereka bersahabat baik.

Sebaliknya jika lagu itu tidak menjadi single-nya, dia menganggap itu bukan rezekinya. Lagipun dia mempunyai dua lagi pilihan lagu juga ciptaan temannya itu yang boleh dijadikan sebagai ganti.

"Walaupun memang lagu itu patutnya jadi single pertama saya, tapi nak buat macam mana kan... Tak mengapalah, lagipun saya ada dua lagi lagu yang juga ciptaan Gusti dan salah satu lagu itu mungkin boleh dijadikan sebagai ganti.

"Saya tidak terkilan dengan apa yang jadi ini sebab saya percaya setiap yang berlaku itu itu mesti ada sebabnya. Gusti kawan saya dan saya rasa dia mesti ada sebab mengapa dia buat macam tu. Saya tidak ambil hati pun. Sekarang ni saya serahkan pada pihak pengurusan saya untuk bincang dengan pihak di sana", tuturnya yang kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama bersiri 80 episod, berjudul 'Cinta Ibadah'.

Sementara itu pengurusnya yang dikenali sebagai Afiq yang turut ditemui pada majlis tersebut berkata, cara nyanyian Nikita pada lagu yang dirakamkan semula itu mempunyai persamaan dengan cara nyanyian Sherry. Disebabkan itu pihaknya perlu mengadakan perbincangan dengan pihak Gusti bagi mengelakkan kekeliruan ataupun timbulnya kontroversi di masa akan datang.

"Kami hanya diberitahu tentang rakaman semula lagu itu selepas mereka selesai menjalankan rakaman tersebut. Malah kai difahamkan klip videonya juga sudah lancarkan. Dan kalau dengar semula lagu yang dirakamkan semula itu, cara lenggok nyanyian Nikita sama macam nyanyian Sherry. Jadi sebab itu kami perlu adakan perbincangan dengan pihak Gusti. Kita tak mahu nanti ada kekeliruan ataupun perkara berbangkit kelak.

"Berkemungkinan kita akan pilih lagu lain untuk dijadikan single pertama Sherry nanti. Selain itu kami juga perlu menyelesaikan beberapa urusan yang melibatkan Gusti seperti urusan menandatangani kontrak", jelas Afiq.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 4-6-2014 08:54 AM
walaupun lakonan mcm kayu dalam Teduhan Kasih..

tp sb cter best. So layan..
Quote whadda 4-6-2014 09:02 AM
sedap ke suaranye... bercakap pon cam keras je...
Quote rosmahisham 4-6-2014 09:11 AM
Dah nak jd pyanyi pulok ex serap Muslim ni
Quote mamapea 4-6-2014 09:13 AM
x pyh menyanyi la...tak rugi pun
Quote ElmoRed 4-6-2014 09:15 AM
hope sore sedap telinga mendengar
Quote fiezameysekali 4-6-2014 09:16 AM
whadda posted on 4-6-2014 09:02 AM
sedap ke suaranye... bercakap pon cam keras je...

penah dgr kat rancangan ac mizal ape kename teh tarik kot
jemput sherry ni.. ac suh die nynyi
sedap jgk sore die..
wlpn berlakon kayu kayan kan..huhuuhh
xtahu nape teduhan kasih tu meletop2
tgk xde la pndai berlakon sgt..
Quote katakau 4-6-2014 09:17 AM
konpiden bole pegi ker kak kalu nyanyi?..berlakon gedik2 pon kaku..
Quote azimodin 4-6-2014 09:45 AM
chinta89 posted on 4-6-2014 12:54 AM
walaupun lakonan mcm kayu dalam Teduhan Kasih..

tp sb cter best. So layan..

Dalam drama tu mmg beliau kayu-kayan... asyik2 "Abang....Abang.." xpon seru nama anak dia dengan nada sendu-medu
Quote whadda 4-6-2014 10:25 AM
fiezameysekali posted on 4-6-2014 09:16 AM
penah dgr kat rancangan ac mizal ape kename teh tarik kot
jemput sherry ni.. ac suh die nynyi
se ...

oo nanti la klo ade ulangan iol tengok balik...

tak penah tengok pon teduhan kasih tuh... salah satu reason die sbb pompuan ni la jadi heroin... takde aura langsung...
Quote chinta89 4-6-2014 10:32 AM
azimodin posted on 4-6-2014 09:45 AM
Dalam drama tu mmg beliau kayu-kayan... asyik2 "Abang....Abang.." xpon seru nama anak dia dengan n ...

lepas tu muke xde reaksi..

sedih, suke, marah mimik sama je...

ni kalau menyanyi ni xtau la.. kot nada tone pun samaaaa mendatar sendu
Quote Akuemas 4-6-2014 10:48 AM
Suara so2 aje....belako pulak kayu.....banyak lagi yg kene improve
Quote opie5662 4-6-2014 10:52 AM
die nih skrg keje ape ek...belakon pon so so je...bkn ade job beso pon...tp tgk cara lifestyle die....kemain mewah...
Quote tomet05 4-6-2014 10:52 AM
x kenal la pulak
ketinggalan tul la
Quote dahlamadah.. 4-6-2014 10:53 AM
ciptaan org lain tapi jadi milik sendiri... takde agreement ke?
Quote jaa139 4-6-2014 02:40 PM
fiezameysekali posted on 4-6-2014 09:16 AM
penah dgr kat rancangan ac mizal ape kename teh tarik kot
jemput sherry ni.. ac suh die nynyi
se ...

teduhan kasih tu meletop bukan sebab die pun, sebab adi bebird jah..

Quote hanamunir 4-6-2014 03:03 PM
kayu sekayu nye la dlm teduhan kasih tu..
tp boleh la tengok..
Quote MsHeart 7-6-2014 04:02 PM
I ols slalu dgar adik si syerry ni nama shasya pnyanyi club live band kt borneo sunway pyramid,sdap.kwn I olls kta kakaknya si syerry ni pun nyanyi sdap.adik dia sore serak2 basah tp xlawa sgt..cam pondan skit..huhu..upss..trkutuk lak.
Quote Eljie 9-6-2014 09:01 AM
ala..takyah la menyanyi pulakk..
Quote ninjago 9-6-2014 10:07 AM
ohooo.. ramai gak sependapat ngan aku psl dia acting kayu kayan.. igtkn aku sorg je rasa. aku xingat pulak kat mana aku baca betapa org memuji muja lakonan  dia! serammmm..

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:20 AM GMT+8 , Processed in 0.069413 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top