CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Amy Search Gigih Buang Lemak Di Perut

6-6-2014 03:34 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11038| Komen: 35


Kalau dilihat secara zahir, susuk tubuh lagenda Rock tanah air, Amy (Search) tidaklah tergolong dalam kategori orang yang perlu 'sekat makan'. Namun kata vokalis kumpulan Search ini, beliau memang peka dan menjaga pemakanannya dan melakukan senaman demi mengekalkan imej serta penampilannya seperti sekarang.

Menurut Amy, seperti kebanyakan lelaki yang telah berkahwin tambahan bagi yang sudah meningkat usia, beliau juga mengalami masalah iaitu perut buncit.
Namun sejak sebulan lalu beliau berjaya menemui penyelesaian kepada masalah tersebut iaitu menerusi kaedah rawatan Vanquish oleh Pusat Pakar Rawatan Kecantikan, Dr. KO.


"Saya memang tak pernah gemuk. Tapi saya memang tak senang hati kalau saya perasan perut saya dah buncit. Saya akan cuba nak nipiskan perut. Iyalah, nanti nak pakai baju pun nampak tak segak. Saya tidak ke gym tapi di rumah saya buat sendiri beberapa senaman dan berbasikal. Sejak dari dulu lagi saya kurang minum air berkabonat tapi saya amalkan minum air delima dan minyak Zaitun.

"Beberapa bulan lepas atas cadangan isteri saya, saya cubalah kaedah rawatan KO Vanquish ni. Saya sudah jalani rawatan ni sebanyak dua kali dan hasilnya sangat menggembirakan saya. Esok (hari ini) saya akan jalani rawatan kali ketiga", kata pemilik nama sebenar Suhaimi Abdul Rahman ini kepada Malaysian Digest.com ketika ditemui pada majlis pelancaran peralatan perubatan KO Vanquish bertempat di Pusat Rawatan Kecantikan Dr. KO di Klang, semalam.

Dedah Amy lagi, pernah satu ketika dia pernah mengalami kenaikan berat badan hingga membuatkan beliau berasa risau. Tetapi kini beliau boleh tersenyu bangga kerana enurutnya, menerusi hasil rawatan tersebut, badannya kini seakan-akan sudah mempunyai six pack.

"Pernah ketika itu saya bercuti di Bali. Ketika di sana rakan-rakan cadangkan saya minum jamu. Mereka kata baik untuk kesihatan dalaman. Jadi saya pun minum. Tidak berapa lama kemudian, saya dapat rasakan perut saya macam dah 'brutal' (buncit) sikit. Masa tu, berat saya mencecah ke 60kg.

"Saya risau dengan keadaan itu. Jadi sejak itu saya hanya amalkan makan diwaktu pagi (sarapan pagi) dan kemudian saya tidak ambil makan sehingga lah di malam hari baru saya makan. Itupun saya tidak makan makanan yang berat. Sekadar alas perut. Lagipun kalau saya betul-betul lapar baru saya cari makan", tuturnya.

Sementara berkongsi pengalaman menjalani rawatan Vanquis, Amy berkata dia sngat berpuas hati dengan rawatan tersebut kerana tidak menyakitkan.
"Proses rawatan ni tak sakit. Cuma rasa pedih sikit sebab masa proses tu badan berpeluh. Itu saja. Sekarang ni berat saya 55kg. Saya target nak turunkan lagi 2kg.
"Bagi saya bukan saja mereka yang bergelar artis perlu jaga penampilan. Semua orang perlu menjaga penampilan diri tapi terpulang dengan cara masing-masing. Saya buang lemak sebab nak mencegah daripada mendapat penyakit.

"Saya juga ambil suntikan vitamin C dan akan buat pemeriksaan seluruh badan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. Alhamdulillah, setakat ini doktor sahkan saya tidak mengalami apa-apa penyakit. Cuma ada sekali tu saya dimasukkan ke hospital selepas disyaki mendapat serangan jantung namun doktor kata tiada apa-apa yang serius", katanya.

Dalam perkembangan lain, Amy memberitahhu dia bakal melancarkan album solonya tidak lama lagi. Memuatkan 8 lagu, istimewanya album tersebut turut mengabadikan kolaborasinya bersama penyanyi terkenal dari seberang, Judika.

"Selepas 13 tahun tiada album solo, pada penghuhung tahun ini saya akan lancarkan album terbaharu saya. Ia sebuah album dengan lagu-lagu moden-rock untuk generasi anak muda masa kini. Saya harap album ini nanti akan meletakkan diri pada satu yang berbeza. Saya cuba keluar dari zon selesa saya dan cuba sesuatu yang baru.

"Pihak saya juga dalam perancangan nak buat showcase sempena promosi album itu nanti. Selain itu, Search juga dalam perancangan untuk mengadakan konsert", katanya.

6

Bagus
5

Marah
1

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Czaziq 4-6-2014 11:11 AM
bukanke ada datin sampai meninggal sbb buat surgery kat dr ko?
Quote SissySembah 4-6-2014 11:11 AM
Retis melayu ini memang malas tahap nauzubillah nak pergi gym

kenapa tak beli sahaja pewangi slimist?
malas sangat, nak kurus pun spray sahaja sekarang ini.

Quote intriQue 4-6-2014 11:14 AM
buat lah routine freeletics
Quote Suchi 4-6-2014 11:14 AM
amy nih berat dia 55kg je??????????
tinggi berapa amy nih?
dia nih mmg jenis petite kurus
tp yela org laki kalo kurus tapi buncit mmg hazab kelihatannya
sayer cadangkan awak gi gym je lah amy
naikkan jisim otot awak..
lebih selamat
nk six pack ke apa semua boleh
Quote Suchi 4-6-2014 11:16 AM
SissySembah posted on 4-6-2014 11:11 AM
Retis melayu ini memang malas tahap nauzubillah nak pergi gym

kenapa tak beli sahaja pewangi slim ...

wakakaka..
nih sama ngn krim perah lemak bagai tu
bajet lemak tu kena perah mcm perah kain tu kot
adeh lahhh
Quote liyamariska 4-6-2014 11:19 AM
Dlm byk2 artis kategori rock Malaysia, Amy Search jer yg nampak jaga penampilan...
Quote idadzira 4-6-2014 11:23 AM
Yantzen pun masih ok...cuma rambut maintain panjang.
Quote pakwetizzaqyah 4-6-2014 11:33 AM
idadzira posted on 4-6-2014 11:23 AM
Yantzen pun masih ok...cuma rambut maintain panjang.

muka pun hazab...konon2 steven tyler aerosmith la konon
Quote user2012 4-6-2014 11:33 AM
SissySembah posted on 4-6-2014 11:11 AM
Retis melayu ini memang malas tahap nauzubillah nak pergi gym

kenapa tak beli sahaja pewangi slim ...

Bukan heolls bangkrupt ke haritu? Dh ada duit plk nk buat rawatan segala.
Quote makton 4-6-2014 11:36 AM
dah kurus kering gini gigih nak turun 2 kg lagi???
Quote whadda 4-6-2014 11:43 AM
kurus dan kurangkan makan tak semestinye sihat dalaman... kadang orang kurus pon boleh ade kolestrol tinggi... die pon penah ade rekod disyaki sakit jantungkan... so banyakkan la senaman...
Quote lunalisa 4-6-2014 11:45 AM
umur dah masuk 5series dah..udah2 lah tu nk wat konsert bagai...fokus jelah pada bekalan untuk akhirat esok2
Quote amyainsamad 4-6-2014 12:16 PM
cucuk vit c...rawatan buang lemak






byknya duit dia
Quote Akuemas 4-6-2014 12:20 PM
Gigh betul.....elok pergi gym dr buat rawatan yg macam2 nie....kurus x semestinya sihat ye dak
Quote jaa139 4-6-2014 01:05 PM
Suchi posted on 4-6-2014 11:14 AM
amy nih berat dia 55kg je??????????
tinggi berapa amy nih?
dia nih mmg jenis petite kurus

rendah je die ni...

Quote wannoorazlina 4-6-2014 01:13 PM
kenapa la manusia2 sekarang makin x sedor diri?
kalau umur dah masuk 4, 5 , 6 series harus la muka kedut
kulit pon x tegang..
xperlu la nak menentang hukum alam
berhabis duit teruk2 sebab nak nampak muda
jaga kesihatan secara natural dah cukup
janji boleh bangun buat amal ibadat
kecantikkan luaran cukup sekadar sedap mata memandang
haisshhhhh
Quote azie.dz 4-6-2014 01:17 PM
ni antara real life retis kertu fefeling muda BELIA
Quote skymania 4-6-2014 01:20 PM
azie.dz posted on 4-6-2014 01:17 PM
ni antara real life retis kertu fefeling muda BELIA

sekor lgk FAKENIL..
Quote azie.dz 4-6-2014 01:22 PM
skymania posted on 4-6-2014 01:20 PM
sekor lgk FAKENIL..

hah..tu sekor lagi...makin meluat...mcm remaja belasan lak gaya dia

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 11:12 AM GMT+8 , Processed in 0.170580 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top