CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Syafiq Yusof Sentap Dakwaan Filem Ganas Pengaruhi Akhlak Remaja

6-6-2014 10:20 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 22268| Komen: 106

Description: “Budak Sekolah Bergaduh Salahkan Filem, Dah Kena 18pl Pun Salahkan Filem. So, Bergaduh Kat Sekolah Ni Tak Wujud Ke Sebelum Wujudnya Filem?” Tulisnya Mempersoal Perspektif Sesetengah Pihak Terhadap F ...


Syafiq Yusof Bidas Dakwaan Filem Ganas Pengaruhi Akhlak Remaja





Kami rasa setiap kali filem tempatan bertemakan keganasan muncul di pawagam, pasti ada isu yang mengatakan ianya menjadi pengaruh kepada kepesongan akhlak remaja — filem Abang Long Fadil yang kini berada di pawagam tidak terlepas.

Pengarahnya, Syafiq Yusof hari ini meluahkan rasa tidak puas hati terhadap dakwaan negatif yang dilemparkan terhadap filem arahanya itu di Twitter.

“Budak sekolah bergaduh salahkan filem, dah kena 18PL pun salahkan filem. So, bergaduh kat sekolah ni tak wujud ke sebelum wujudnya filem?” tulisnya mempersoal perspektif sesetengah pihak terhadap filem ganas.

“Apa kata, semua keburukan negara kita ni, kita salahkan filem. Kan senang lepaskan tengkuk semua orang. Biar industri filem jadi punching bag!”

Syafiq Yusof juga mempersoalkan nilai moral yang dipaparkan oleh filem luar negara yang jelas lebih teruk namun ianya tidak menjadi masalah apabila ditayangkan di Malaysia. Sesuatu yang tidak adil rasanya dalam dunia seni secara universal ketika ini.

“Filem Hollywood lagi teruk dengan lucah, tiada adab dan mencarut bagai boleh lepas tayang. ‘Oh,takpe itu budaya mereka’ yang tengok siapa? Melayu juga!” tambahnya lagi.

Apa pandangan anda? Adakah filem ganas secara umum yang ligat ditayangkan di pawagam dan kaca televisyen menjadi punca keruntuhan akhlak remaja kita?




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote roblucci 5-6-2014 11:43 PM
dia tak tahu kes jenayah melibatkan remaja kat US banyak dipengaruhi oleh v games dan filem ganas dan hip hop.budak kecik tahu konkek pun datang daripada citer blue.
Quote kakikuDibibirmu 5-6-2014 11:43 PM
Dato Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Aznil lagi merosakkan budak-budak kecik, sejak dari rebung lagi dah rosak
Quote roblucci 5-6-2014 11:45 PM
kakikuDibibirmu posted on 5-6-2014 11:43 PM
Dato Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Aznil lagi merosakkan budak-budak kecik, sejak dari rebung lag ...

apa kak elohim mengarut ni?
Quote CiliPadiSedap 6-6-2014 12:04 AM
roblucci posted on 5-6-2014 11:45 PM
apa kak elohim mengarut ni?

yehudi salah masuk thread.
Quote PEPPERMAN 6-6-2014 12:04 AM
isu basi
melalak sebab nak publisiti
Quote CiliPadiSedap 6-6-2014 12:05 AM
filem sampah masyakarat sesuai dilahar.

tiada jalan cerita yang boleh buat akak bagi rating.

kalau ada pun masa raya haji, raya aidilfitri adalah faedah tgk drama2 melayu.

lain2 filem sendu betul.

harap pembuat filem sumbangkanlah sesuatu pada masyarakat.

jgn lepas tangan cakap semua salah filem.

tp contribute something to masyarakat.

Quote beta_carotene 6-6-2014 12:35 AM
adik sepupu iols yang umur 5 tahun ada tonton filem kl gangster ke apa.
terus dia tumbuk adik baby dia yang baru umur 1 tahun sebegitu.

bila tanya kenapa tumbuk adik, katanya nak tiru mcm abang dalam tv tu.
Quote pakwetizzaqyah 6-6-2014 12:44 AM
mmg betul point budak dagu panjang ni...tapi dia tk sesuai buat statement cam tu sbb kapasiti dia adalah pengarah muda yang barutumbuh bulu ..skian taceh...
Quote lavendernovella 6-6-2014 12:51 AM
Cenggini kerrupernyer mentalityseorangpengarah kt negara ni ?

Patut ar filem kita "maju" ke belakang ...

Tahniah
Quote JiwaKental 6-6-2014 12:54 AM
pakwetizzaqyah posted on 6-6-2014 12:44 AM
mmg betul point budak dagu panjang ni...tapi dia tk sesuai buat statement cam tu sbb kapasiti dia ad ...

salah anggapan mu itu bahawa Syafiq Yusof yang dianugerahkan hidup di dalam keluarga seni sejak lahir ibarat memberikan beliau satu kelebihan istimewa. Kesimpulannya adalah setiap filem-filem yang dilakukan beliau malah lebih hebat daripada mereka-mereka yang tidak mempunyai aliran keluarga seni, walaupun mereka-mereka itu jauh lebih berpengalaman dari Syafiq Yusof.
Quote pakwetizzaqyah 6-6-2014 12:55 AM
JiwaKental posted on 6-6-2014 12:54 AM
salah anggapan mu itu bahawa Syafiq Yusof yang dianugerahkan hidup di dalam keluarga seni sejak la ...

salah tak salah..aku pedulik apa...hahaha
Quote JiwaKental 6-6-2014 01:00 AM
pakwetizzaqyah posted on 6-6-2014 12:55 AM
salah tak salah..aku pedulik apa...hahaha

Untuk mencapai kejayaan yang saksama, anda haruslah peka serta mengambil peduli terhadap hal-hal yang sedang berlaku di persekitaran anda.
Quote nanacinta 6-6-2014 01:12 AM
sikit sebanyak, budak2 terpengaruh jugak kan...hari tu ade berita kat ci, budak2 amerika terpengaruh dengan slender man sampai tikam kawan...
Quote edoraixora 6-6-2014 01:16 AM
In denial....
Quote cubby_qt 6-6-2014 01:17 AM
Mmg pon filem tlh mempengaruhi akhak anak2 kita.. namun.. bukan filem tempatan sahaja... filem luar juga btanggungjwb..

oleh itu.. kita perlu ada tindakn or program yg dpt meneutralkn anasir tidak sihat itu..  dgn menyekat filem.. bkn tindakn bijak..
Quote mommymonster82 6-6-2014 01:18 AM
Mak bapak sila lah kawal...
Skrg ni byk sgt filem mengarut...
Sebut f word pon sbb bljar dr filem.. Skit2 F skit2 F..
Quote JiwaKental 6-6-2014 01:27 AM
nanacinta posted on 6-6-2014 01:12 AM
sikit sebanyak, budak2 terpengaruh jugak kan...hari tu ade berita kat ci, budak2 amerika terpengaruh ...

Mengikut tahap logistik yang telah diprogramkan di dalam robot internet canggih ANNYS-04 tahun 2089, adalah benar bahawa manusia akan terpengaruh melalui adegan-adegan yang terjadi di dalam filem-filem yang dipaparkan. Namun, ia bergantung pada filem itu sendiri.

Sesetengah adegan di dalam filem terdapat unsur-unsur halus yang sukar dirungkai dengan sekali tonton seperti teknik hipnosis, iaitu mampu mengubah corak mind set manusia atau seperti memukau manusia untuk terpengaruh dengan adegan-adegan tersebut. Jika terdapatnya unsur-unsur seperti ini, tidak mustahil bahawa manusia yang menonton filem tersebut akan terpengaruh dengan adegan-adegan tersebut.

Namun, jika hipnosis ini tidak terdapat di dalam filem-filem tersebut, maka mind set penonton adalah akan tetap sama dan tidak akan mempengaruhi manusia.

Teknik hipnosis di dalam sesebuah filem akan terhasil apabila adegan-adegan yang dipaparkan tersebut memutarkan kesan-kesan khas tertentu seperti kesan khas bunyi, teknik kamera, muzik dan lain-lain supaya membuat penonton peka akan adegan-adegan yang dipaparkan maka seterusnya mind set penonton itu akan dipengaruhi oleh adegan-adegan yang dipaparkan.

Penemuan ini ditemui sejak tahun 2075 lagi oleh seorang saintis terkemuka Amerika Syarikat.
Quote SissySembah 6-6-2014 01:28 AM
hippo sangat Syafiq Yusof ni, dah sah2 lah sebelum wujud filem gangster ni mana ada anak2 sekolah nak jadi gangster sangat, start dari filem keturunan Yusof ni lah akak tengok budak2 pun dah start cakap kasar macam gengster duk wa lu wa lu rata riti. Tak payah nak sentap sangat lah, padahal memang benda betul pun.
Quote elnor_81 6-6-2014 01:30 AM
SissySembah posted on 6-6-2014 01:28 AM
hippo sangat Syafiq Yusof ni, dah sah2 lah sebelum wujud filem gangster ni mana ada anak2 sekolah na ...

Skolah aku rata2 ank2 melayu.mmg x tgk.cte omputih ni sbb bile.aku ckp.psl disney dorg xtau..ckp psl discovery haram xtau gak.ble sbut kl gangster..adnan sempit semua tau..pastu bdk2 skolah aku makin teruk.pangai gaduhnya.mmg ala2 kl gangster.so..spe aku perlu slhkan?cte omputih ke..cte ank usop selam ni???

Lihat semua komen(106)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 09:37 PM GMT+8 , Processed in 0.085393 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top