CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Mila Kunis Lega

4-6-2014 04:48 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14818| Komen: 4



DI awal kehamilan, aktres cantik ini sedaya upaya menyembunyikan kehamilannya daripada pengetahuan umum.

Namun, bulan demi bulan, ternyata bentuk badan dan 'baby bump' Mila Kunis, tidak dapat disembunyikan lagi.

Tiada cara lain, Kunis akhirnya tampil berterus-terang kepada masyarakat khususnya peminat pada Mac lalu.

Kini, tunang kepada Ashton Kutcher ini, semakin terbuka berbicara mengenai kehamilannya tanpa perlu berselindung lagi.





"Ya, saya memang membuat keputusan untuk merahsiakannya pada awal kehamilan. Namun, bila kandungan semakin membesar, kami perlu berterus-terang.

"Sampai bila saya mahu hidup dalam kepura-puraan? Lagipun, ia adalah detik indah yang perlu dikongsi bersama peminat.

"Malah, sejak mendedahkan mengenai perkara ini, saya semakin tenang, lega dan bahagia. Malah, peminat juga turut meraikan berita gembira ini," katanya yang mula berkongsi mengenai kehamilannya ketika dijemput dalam rancangan, The Ellen DeGeneres Show.

Enggan jaja kisah peribadi

Bukan sahaja menyembunyikan kehamilan, malah sebelum ini juga, pasangan ini turut bertunang secara rahsia.

Menurut Kunis, 30, dia dan Kutcher memilih untuk bertunang secara rahsia tanpa pengetahuan sesiapa.

"Ya, kehidupan kami sangat peribadi dan kami juga tidak bercadang untuk mencanang secara umum mengenai kehidupan kami.

"Biarlah kami sahaja yang meraikannya dengan cara kami sendiri. Itu lebih indah.

"Sebenarnya, kami sudah lama bertunang. Namun, baharu dua bulan lalu saya nekad untuk memakai cincin pertunangan," katanya yang turut merancang untuk mendirikan rumah tangga.

Tambah Kunis, kehadiran cahaya mata itu mungkin sedikit sebanyak mengubah cara hidup mereka berdua.

"Kami ada merancang untuk berkahwin, mungkin sebelum kelahiran bayi kami. Saya mahu, kehadiran si kecil itu lengkap dengan status pernikahan kami.

"Namun, yang pasti, kami tetap memilih untuk mengadakan pernikahan secara tertutup," katanya lagi.

Pilih kaedah normal

Kebanyakan selebriti lain memilih kaedah pembedahan dalam proses bersalin, namun berbeza pula dengan Kunis.

Katanya, kesakitan bersalin secara normal itu lebih indah kerana pengalaman itu akan menjadi kenangan manis buat dirinya dan Kutcher.

"Saya mahu bersalin di rumah dan ingin dia (Kutcher) ada bersama. Buat masa ini juga, kami sudah menonton beberapa video proses bersalin untuk mendapatkan maklumat.

"Malah, saya lebih selesa mendapatkan khidmat daripada bidan secara tradisional. Namun, jika ada komplikasi lain, kami akan rujuk ke hospital," katanya yang tidak sabar menunggu kelahiran pertama itu

Jelas Kunis, nalurinya berkata, anak yang dikandungnya itu lebih kepada jantina perempuan.

"Memang saya tak sabar nak lihat wajahnya, namun Kutcher lagi tak sabar! Dia sungguh teruja untuk bergelar bapa.

"Pengalaman di sepanjang trimester pertama, kedua dan memasuki ketiga ini sangat mengujakan. Paling menarik, selera makan saya turut berubah.

"Saya boleh makan jeruk kubis sepanjang hari walaupun baunya kurang menyenangkan. Malah, Kutcher juga turut kena tempias! Dia juga makan jeruk, ikan bilis dan ais krim!," katanya.

Kutcher dan Kunis, mula berkenalan ketika membintangi rancangan bersiri, That 70’s Show.

Namun, hubungan cinta itu mula berputik setelah Kutcher bercerai dengan bekas isterinya, Demi Moore pada 2012.

Belajar menari

Dijangkakan bakal menyambut kelahiran itu pada penghujung Ogos ini, Kutcher, 36,  lebih banyak menghabiskan masanya bersama Kunis.

Setia melayan karenah dan perubahan drastik Kunis dalam beberapa perkara, Kutcher juga amat menitikberatkan mengenai kesihatan bakal ibu itu.

Malah, pasangan ini turut menjadikan tarian dan senaman sebagai aktiviti masa lapang mereka.

Menurut Kunis, walaupun Kutcher tidak menggemari tarian, namun dia mencuba sedaya upaya untuk memuaskan hatinya.

"Tarian merupakan rutin baharu kami. Selain senaman menggunakan bola, dia juga menjadi pasangan tarian saya.

"Pada mulanya memang nampak kekok dan kelakar. Tapi, saya sangat bahagia. Saya yakin, dia akan menjadi seorang bapa yang penyayang dan baik," ujarnya.

Kehadiran anak kecil itu pastinya memberi seribu makna buat Kutcher kerana sepanjang tempoh perkahwinan bersama Moore selama tujuh tahun, mereka tidak dikurniakan anak.

Namun, sebelum ini, Moore pernah memberitahu, sepanjang tempoh itu, Kutcher tidak pernah melahirkan keinginan untuk memiliki anak dan mengembangkan keluarga mereka.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pakwetizzaqyah 3-6-2014 12:38 PM
bulu dah cukur lega la sikit
Quote arira_arora 3-6-2014 03:57 PM
tahniah....
Quote aef_fel 12-6-2014 01:22 PM
lawa mila kunis nih
Quote mawibotak 12-6-2014 08:55 PM
pakwetizzaqyah posted on 3-6-2014 12:38 PM
bulu dah cukur lega la sikit

Ape ko merepek nii...?

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 02:00 AM GMT+8 , Processed in 0.060309 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top