Pelajar-pelajar Fakulti Kejuruteraan Kimia bersama Fakulti Petroleum dan Tenaga Diperbaharui Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menunjukkan Rektor Mini Biodiesel Mudah Alih yang boleh menghasilkan Biodiesel pada sidang media di UTM, Skudai di Johor Bahru hari ini. JOHOR BAHRU - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) hari ini memperkenalkan reaktor mini biodiesel mudah alih, hasil ciptaan terbarunya dalam usaha meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai kepentingan dan kegunaan biodiesel. Pengarah Ekspedisi Biodiesel 2014, Khairul Iman Khiruzzaki berkata, reaktor yang boleh menjana 15 liter bahan bakar alternatif biodiesel yang dikenali sebagai B5 daripada minyak masak terpakai dalam tempoh dua jam. Pelajar tahun dua Kejuruteraan Kimia Bioproses itu berkata, reaktor itu yang pertama seumpamanya di Malaysia, dibina hasil kesinambungan program "Go Green Go Global", program yang mempromosikan penggunaan biodiesel oleh universiti itu pada 2009. "Diharapkan ia dapat memberi lebih pendedahan dan menarik minat lebih ramai pelajar untuk berkecimpung dalam bidang kejuruteraan," katanya kepada pemberita di UTM, Skudai, hari ini. Seramai 19 pelajar tahun satu dan dua dari Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Fakulti Kejuruteraan Petroleum dan Tenaga Diperbaharui terbabit dalam projek itu, katanya. Khairul berkata, reaktor seperti itu sudah ada di pasaran tetapi dalam skala besar dan digunakan di kilang, manakala prototaip itu yang dibina dengan kos RM15,000 itu lebih sesuai untuk industri kecil dan sederhana. Buat masa ini, reaktor ini hanyalah prototaip bagi tujuan penyelidikan dan digunapakai bagi demonstrasi di sekolah dan untuk masyarakat umum. Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Kimia, Dr Norzita Ngadi berkata pihaknya merancang untuk bekerjasama dengan pihak swasta untuk mengadakan reaktor mini bagi tujuan komersil pada masa depan. Beliau, yang juga penasihat projek itu berkata, program kesedaran seumpama ini perlu lebih kerap diadakan memandangkan ramai pelajar terutama di peringkat rendah dan menengah masih tidak tahu apa itu biodiesel dan penggunaannya. Setakat ini, UTM itu telah mengadakan jelajah biodiesel ke lapan negara termasuk Vietnam, Laos, China dan Indonesia.
|
23
Bagus |
27
Marah |
9
Terkejut |
10
Sedih |
22
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT