Nilawati, 39 dan Sri Maniami, 35 masing-masing dari Indonesia mengaku bersalah mencuri wang tunai dalam bentuk Ringgit Malaysia dan Rupiah Indonesia di rumah majikannya. Kejadian itu berlaku sekitar 9.45 malam pada 12 Mac lalu. Fakta kes menyebut pada hari kejadian, Rizal diberitahu pembantu peribadinya bahawa jirannya menyedari rumahnya ditinggal tidak berkunci dan kedua-dua pembantu rumahnya telah hilang. Ketika ditahan, polis menemui wang tunai RM200 pada kedua-duanya pembantu rumah itu. Kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam itu merayu agar hukuman diringankan dan berkata wang itu diambil untuk pulang ke kampung bagi menyambut Ramadan bersama keluarga. Majistret Zulyana Zollkapli menjatuhkan hukuman penjara enam bulan kepada kedua-duanya
|
dino posted on 30-5-2014 05:29 PM
majikan tak byr gaji ka nak merompak bagai... dasar yindon
maxim posted on 30-5-2014 06:00 PM
xkan x boleh nak mintak stakat rm200 tu kat jejai dan fasha yg berhati mulia tu..mustahil dorg x bg
...
ADVERTISEMENT