CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Remy Ishak Antara Pelakon Dibayar Murah

2-6-2014 03:23 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 20482| Komen: 61

Remy ishak merancang untuk ceburi bidang perniagaan.


Remy Ishak Antara Pelakon Dibayar Murah

PETALING JAYA: Pelakon Remy Ishak berkata dia bukanlah pelakon yang suka ‘demand’ sebaliknya antara pelakon yang dibayar paling murah oleh syarikat produksi di negara ini.

Untuk itu, Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 32, tidak suka membazir ataupun berbelanja barangan mewah sebagaimana dianggap oleh sesetengah pihak.

"Ramai yang ingat saya mewah dalam bebelanja termasuklah hanya membeli  barangan berjenama dan eksklusif tetapi sebaliknya saya bukan jenis orang sebegitu.

“Saya hanya akan membeli sesuatu barang jika ia benar-benar perlu sahaja. Bukan apa, saya antara pelakon yang dibayar rendah,” katanya kepada mStar Online.

Remy berkata demikian ketika menjawab pertanyaan apabila dianggap sebagai salah seorang artis yang menerima bayaran mahal dan mengamalkan gaya hidup mewah.

Remy juga sebelum ini pernah dilaporkan sering kali menolak tawaran berlakon bagi menghabiskan masa bercuti ke luar negara.

Dalam pada itu Remy berkata, langkahnya bercuti ke luar negara pula bukan bermakna dia terlalu mewah dengan wang ringgit sebaliknya keputusan itu dibuat selepas memikirkannya beberapa kali.

Selalunya selepas habis sebuah filem atau drama memang saya ambil cuti panjang untuk berehat tetapi tidak bermakna saya terlalu banyak duit sampaikan tidak ambil tawaran,” katanya.

Sementara itu, Remy turut berkongsi rasa bimbang dengan perkembangan filem tempatan yang kurang mendapat sambutan penonton sejak kebelakangan ini.

Katanya, perkara tersebut turut membuatkan dia cuba mencari alternatif lain sebagai sumber rezeki terutama dalam menceburi bidang perniagaan.

"Saya sangat risau filem kita yang sudah semakin tidak mendapat sambutan. Saya takut jadi seperti Indonesia yang mana mereka hanya tumpukan kepada senetron sahaja.

"Saya ada juga rancang untuk mencuba bidang perniagaan, namun masih dalam perancangan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Remy yang turut berlakon dalam filem CEO bersama Beto Khusairi dan Cristina Suzanne mengakui filem tersebut mencabarnya untuk membawakan watak bersahaja dan santai.

Ia merupakan filem komedi kedua tahun ini selepas Sejoli lakonan bersama Maya Karin dan Bront Palare.

"Filem ini sama seperti Sejoli yang mahukan watak saya santai dan bersahaja, memang nampak macam mudah tetapi bagi saya watak aksi atau serius lebih senang kerana kita hanya perlu ikut sahaja skrip," katanya.

FilemCEObakal ditayangkan pada 12 Jun depan diseluruh pawagam tanah air.


Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote amiraira 31-5-2014 07:32 AM
Murah pn bebayar jugak kn...
X pe la dh rezeki byk tu,terima je la
Luv u Remy.....
Quote cikperiukkera 31-5-2014 08:06 AM
amiraira posted on 31-5-2014 07:32 AM
Murah pn bebayar jugak kn...
X pe la dh rezeki byk tu,terima je la
Luv u Remy.....

Btol tu noks,yg penting heols tetap hot gituuu. I love you more abg wemy!
Quote bambimo 31-5-2014 08:23 AM
Klo dbyr murah mampu ke dia ni nk tnggung miss fake yg maintenance cm sang puteri tu...cucuk2 lg,kasut laboutin lg..miss fake kena think twice ni hihihihi
Quote cikatilia 31-5-2014 08:25 AM
berlakon ok2 murah gitu
lagi femes
yg sendu2 mahal kah mcm feruz tuh
xberapa nak dikenali
Quote Leonarzi 31-5-2014 08:26 AM
Pelakon asal singapork jugak yg kaya raya , pelakon tempatan dpt byrn murah
Quote lotionmilo 31-5-2014 08:41 AM
biarlah murah janji masih relevan
Quote ex-bantal.B 31-5-2014 08:57 AM
suka nya statement abg remy. mcm dia jenis beRsyukur jer. nampak berkerja keras gak.
Quote kakikuDibibirmu 31-5-2014 08:59 AM
bangla memang gaji minimum lah
Quote ribena84 31-5-2014 09:16 AM
i lap abam remy
Quote putehkundor 31-5-2014 09:44 AM
Ambik upah potong rumput la...
Bulan2 boleh dpt kurang2 rm5000.

Sorry.....mak teh gurau jah
Mak teh minat dgn remy ni....tall, dark n handsome gituh
Quote ElmoRed 31-5-2014 09:47 AM
abg wemy minta lah up
Quote Suchi 31-5-2014 09:50 AM
ade bisnes lembu kot kt kg
tp iols pun tak rasa dia nih mewah, sbb utk deko umah pun dia wat sendiri jeh maybe sbb dia bkn lelaki urban yg jambu mmg reti lah bertukang.
pehtu dia pun beli brg2 kt ikea je.. kira takdelah pi import kat paris ke apa.
Quote maxim 31-5-2014 09:53 AM
Suchi posted on 31-5-2014 09:50 AM
ade bisnes lembu kot kt kg
tp iols pun tak rasa dia nih mewah, sbb utk deko umah pun dia wat sendir ...

iols rasa remy ni belakon lg feel dari mat haron..tp ntah la blom rezeki kot nak menyinar
Quote Suchi 31-5-2014 10:06 AM
maxim posted on 31-5-2014 09:53 AM
iols rasa remy ni belakon lg feel dari mat haron..tp ntah la blom rezeki kot nak menyinar

yea dia lg pndai berlakon, sbb walo cuma budak kg tp dia bleh bawak watak urban berkot . even watak jahat mcm cite Jiwa tu pun blh.
sedangkan mat haron kalo di suruh pegang watak org kg nmpk janggal yahamat.
sdgkn dulu dia berlakon jd peniaga ikan kt pasar ngn erra tu pun nmpk kayu.

remy jrg pegang watak klise, jd bangla pun penah, jd bapak org pun penah.watak komedi pun blh.
dia pun bleh nyanyi juga.
Quote NAT_11 31-5-2014 10:09 AM
bambimo posted on 31-5-2014 08:23 AM
Klo dbyr murah mampu ke dia ni nk tnggung miss fake yg maintenance cm sang puteri tu...cucuk2 lg,kas ...

INI cuma cakap-cakap orang je.
Betul atau tak, cuma Remy je yang tahu.
Setelah baca artikel n I, I rasa TAK MUNGKIN Remy
sebodoh tu nak tanggong pompuan high maintenance.
Dia bukan budak ijau. Dia pernah berdating dengan Maya Karin.
Maya bukan jenis demand. U pay your way, I pay my way.
Jadi,  rasanya ceta dia belikan barang mewah untuk MissF cuma dongeng....
Quote batman_2007 31-5-2014 10:24 AM
NAT_11 posted on 31-5-2014 10:09 AM
INI cuma cakap-cakap orang je.
Betul atau tak, cuma Remy je yang tahu.
Setelah baca artikel n I, ...

Yea.
Remy pernh ngedate yg lg hot dri fake
Y bother n tnggung fake kan.
Quote miracle_forever 31-5-2014 10:39 AM
maxim posted on 31-5-2014 09:53 AM
iols rasa remy ni belakon lg feel dari mat haron..tp ntah la blom rezeki kot nak menyinar

Setuju! Dia penah la menyinar masa zaman nur kasih tu.. Tp lps tu x hit sgt..iols suka drama2 yg ada dia & tizzaqyah. Drama dia dgn amelya ku cinta kau seorang tu best bg iols.. Tp tu lah.. Dah x boom sgt mcm zaman nur kasih wpun lakonan & cerita ok.
Last edited by miracle_forever on 31-5-2014 10:41 AM

Quote mareenie 31-5-2014 10:39 AM
sayang abam wemy...

keep up the good work ya...

Quote maxim 31-5-2014 10:41 AM
miracle_forever posted on 31-5-2014 10:39 AM
Setuju! Dia penah la menyinar masa zaman nur kasih tu.. Tp lps tu x hit sgt..iols suka drama2 yg a ...

cite ni plg best noks..xley blah time ckp klantan

[youtube]39LKZiKl1rY[/youtube]

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:29 PM GMT+8 , Processed in 0.131183 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top