KUALA LUMPUR, 1 JUN 2014: Sempena dengan kedatangan lebaran yang bakal tiba tidak lama lagi, produser filem, Raja Azmi Raja Sulaiman telah mengambil keputusan untuk berhijrah, sekaligus berhijab seperti mana yang dituntut di dalam agama Islam. Keputusan yang dibuat oleh produser filem ...Dalam Botol ini ternyata memgejutkan banyak pihak kerana sebelum ini, beliau dengan lantangnya pernah menyuarakan pendapat mengenai isu serta hukum wanita berhijab dari aspek pandangan peribadinya sehingga ia mencetuskan kontroversi di kalangan masyarakat Islam di negara ini. Ironinya selepas menerima pelbagai kritikan demi kritikan termasuklah kes memuatnaik surah Al-Quran demi mempertahankan pendapat serta pandangan peribadinya di laman sosial Instagram, Raja Azmi kini tiba-tiba saja bertudung. Apakah sebenarnya yang mendorong Raja Azmi untuk berhijrah serta berhijab. Jangan lupa tonton hlive! Special bersama Datuk Aznil Nawawi di Astro Ria, jam 8.30 malam ini. Ikuti juga lanjutan berita mengenai keputusan Raja Azmi untuk berhijrah dan bertudung di portal murai.com.my.
|
CiliPadiSedap posted on 1-6-2014 08:49 PM
raja azmi ni yang tukar jadi perempuan tu ek?
atau yang lain. sorry. akak ingat2 lupa
ADVERTISEMENT