CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Dianggap Ahli Pas, Adam Corrie Minta Tv3 Hentikan Fitnah

28-5-2014 03:06 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6866| Komen: 27


Adam Corrie Minta TV3 Hentikan Fitnah

Akibat disalah anggap sebagai ahli parti Pas, pelakon dan bekas pereka tari, Adam Corrie, 45, mendakwa dirinya digam dari- pada membuat penampilan oleh stesen televisyen TV3.

Memetik kenyataan di akhbar Kosmo! hari ini, Adam berkata dia menyedari tentang perkara tersebut sejak tahun lepas apabila drama lakonannya, 'Zikir Tanpa Bibir' ditolak mentah-mentah untuk disiarkan oleh stesen TV tersebut.

Selain itu, dua episod daripada sebuah program keagamaan yang bakal disiarkan tidak lama lagi turut disunting dan dirakamkan semula atas sebab yang sama.

"Saya sangat terkejut. Saya tidak pernah menyertai mana-mana parti politik mahupun mengikuti sebarang ceramah atau perhimpunan. Saya berasa seperti difitnah", katanya yang memeluk Islam pada 13 Julai 2007.

Adam bagaimanapun tidak menolak hal itu terjadi kerana rentetan daripada isu gambar dia bersama Datuk Dr. Haron Din yang dimuat naik oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dalam sebuah blog awal tahun lalu.

Saya berharap agar pihak TV3 berhenti daripada memfitnah saya. Jika benar saya merupakan ahli Pas, buktikan. Saya berasa sedikit terkilan kerana ada antara selebriti yang secara terang-terangan terlibat dengan parti tersebut tetapi masih dibenarkan muncul dalam drama pada slot waktu perdana", katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ohsemmm 28-5-2014 10:01 AM
setiap orang berhak nak pilih parti doarng sendiri....apsal nak gam bagai?
Quote SyaAnis 28-5-2014 10:02 AM
sian dia nih..

banyak betul dugaan dia...

moga dipermudahkan urusan lepas ni..
Quote mamapea 28-5-2014 10:07 AM
mcm2 la..kesian adam..
Quote lucky_peace 28-5-2014 10:12 AM
ape salahnya pon, negara demokrasi kot...
Quote chinta89 28-5-2014 10:12 AM
ohsemmm posted on 28-5-2014 10:01 AM
setiap orang berhak nak pilih parti doarng sendiri....apsal nak gam bagai?

nampak sgt berat sebelah..

atau takut bayang2 sendiri? sb tu gam org tu gam org ni..
Quote cikatilia 28-5-2014 10:27 AM
kenapa eh mesti mcm ni
xsokong geng aku
]tettttt gam.. walhal hak dia la nak pilih sapa.. (utk semua party)
Quote amiraira 28-5-2014 10:57 AM
its ok corrie...
rezeki Allah yg tentu kn
insyaAllah ...ade dimana2....
Quote BebeQ 28-5-2014 11:05 AM
tak baik tv3 buat gitu. tutup rezeki orang namanya.
Quote idadzira 28-5-2014 12:00 PM
tv 3 suku ni mmg bingai la,
Quote Czaziq 28-5-2014 12:03 PM
kesiannya.. better la dia keje sales real estate. org ramai kenal dia lagi senang nk buat sales. xpun dia keje corporate sales company insurans. bole dia jd duta sekali. kill 2 birds with one stone
Quote rosa_canina 28-5-2014 12:09 PM
kesian dia
hrp2 murah rezeki
Quote famri7 28-5-2014 12:11 PM
Tv3 stesen makcik pprt felda..kori xyah gigeh nk entertain diorang.you know you're better than that.
Quote kakikuDibibirmu 28-5-2014 12:27 PM
kan adam dah kata
Quote pakwetizzaqyah 28-5-2014 01:33 PM
hehehe...selama ni kuar muka hadi ngn nik aziz kat buletin utama ok je..tu bapak2 pas lak tu...kesian adam
Quote abbyhoney 28-5-2014 02:06 PM
tv3 ....apa nak hairan. TV putar alam...
Quote tomet05 28-5-2014 02:59 PM
hak individu kan .. tapi tv hak kerajaan kui3
Quote BuBuComey 28-5-2014 03:05 PM
pasai pa tibi 3 suku ni insecure sgt?
Quote ida88 28-5-2014 03:22 PM
Politik mane pun itu hak individu
Apesal la maken lame maken terok tv3 ni
Quote juezairi 28-5-2014 03:31 PM

anda bebas bersuara dan mengundi mana parti yg anda suka

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:39 AM GMT+8 , Processed in 0.038323 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top