CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Saya Akan Ambil Tindakan Mahkamah! – Datuk Ramli Ms

28-5-2014 02:52 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 40662| Komen: 190



Juri Tetap program Kilauan Emas 4, Datuk Ramli Ms menegaskan dia akan mengambil tindakan tegas sekiranya ada pihak cuba bertanyakan soalan berkaitan kehidupan peribadinya.

“Saya akan mengambil tindakan mahkamah!,”tegas Datuk Ramli MS.

Menurut pemuzik kelahiran Singapura itu, soalan yang sering diajukan kepadanya mengenai hubungannya dengan penyanyi Alyah tidak relevan dengan industri seni tanah air.

Malah Ramli Ms menganggap pihak yang selalu bertanyakan hal peribadinya sebagai seseorang yang ‘bermasalah’.

“Saya sudah 40 tahun dalam industri. Kerja saya adalah keutamaan saya. Kalau bertanya berkaitan dengan muzik, saya boleh cerita satu buku.

“Orang yang bertanya itu pun sebenarnya peribadi pun jahanam. Kalau peribadinya elok, dia tidak akan tanya pasal hal orang lain” ujar pengarah muzik kelahiran Geylang, Singapura ini,” ujarnya lagi.

Tambah beliau, orang seni hanya berhak untuk ditanya dan dikritik tentang karyanya sahaja.

“Kita bukan public toilet, peribadi adalah hak peribadi yang tiada siapa boleh sentuh. Saya ada batas garisan saya. Tapi bila sudah sampai ke satu tahap garisan yang melampau, saya akan mengambil tindakan mahkamah,” jelas  Ramli MS.

Terdahulu, pelbagai spekulasi timbul berkaitan hubungannya dengan Alyah dan dikatakan bercinta sejak tahun 2010.




Credits: astrogempak.com.my


Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote maxim 28-5-2014 02:07 PM
ada kat hlive smlm kan

garang btl pakcik nih
Quote achik2009 28-5-2014 02:10 PM
maxim posted on 28-5-2014 02:07 PM
ada kat hlive smlm kan

garang btl pakcik nih

ha'ah...reputz yg interbiu dia pun nampak mcm takut2 je...


@Syd
Quote achik2009 28-5-2014 02:11 PM
@Syd


Quote maxim 28-5-2014 02:11 PM
achik2009 posted on 28-5-2014 02:10 PM
ha'ah...reputz yg interbiu dia pun nampak mcm takut2 je...

soalan2 pn berhati2 je kan

"datuk mmg takkan jawap kan gosip psl tu"

playsafe abes
Quote ryshaNur 28-5-2014 02:14 PM
org tua ni kenapa
Quote whadda 28-5-2014 02:17 PM
ramli ni klo nak cakap ikut suka mulut die je cakap... jahanam la... tak guna la.... padahal die melawak... tapi tak reti... melawak cara kasar...
Quote achik2009 28-5-2014 02:20 PM
maxim posted on 28-5-2014 02:11 PM
soalan2 pn berhati2 je kan

"datuk mmg takkan jawap kan gosip psl tu"


masa reputz tu interbiu Alyah kemain lagi soalan...yg lucunya bila Alyah soh reputz tu pi kejar Dato RMS....agaknya tu la pasal dorg interbiu dia kot...menyahut cabaran Alyah gamaknya... Last edited by achik2009 on 28-5-2014 02:35 PM

Quote duniaku85 28-5-2014 02:27 PM
siap umpamakan public toilet lg..kelakar pulak..tp mmg garang la, tak blh sentuh psl peribadi dia..terlalu confidential sesangat ni..harap2 bukan perkara bukan2 la yg nk disorokkan..
Quote zila_hakimie 28-5-2014 02:36 PM
@Syd
Quote ainie_1008 28-5-2014 02:37 PM
tringat time dia jd pengetua AF.. mmg garang.. takot tgk..
Quote amiraira 28-5-2014 02:41 PM
kalau x nk jadi perhatian
jgn jadi public figure...
Quote Vellfire 28-5-2014 02:45 PM
dah org tak suka ditanya hal tu tak payahler sibuk2
Quote Syd 28-5-2014 02:46 PM
achik2009 posted on 28-5-2014 02:11 PM
@Syd

nyahh,

jgn babitkan mak.

mak tengah makan neh.


Quote Syd 28-5-2014 02:47 PM
zila_hakimie posted on 28-5-2014 02:36 PM
@Syd

jangan panggey mak.

mak tak tahu nyah.

mak tengah makan neh.

Quote achik2009 28-5-2014 02:49 PM
Syd posted on 28-5-2014 02:46 PM
nyahh,

jgn babitkan mak.

makan apa?..nasi dgn telor goreng ngan kicap ke?...
Quote makadek 28-5-2014 02:51 PM
Eleh betol la tu kan
Quote Syd 28-5-2014 02:51 PM
achik2009 posted on 28-5-2014 02:49 PM
makan apa?..nasi dgn telor goreng ngan kicap ke?...

kata nak kuruih. haruslah.

Quote CrowneGlory 28-5-2014 02:53 PM
Sekor lg dr singapore... Ramai betul korg merantau ye...
Quote lunalisa 28-5-2014 02:54 PM
garang benar ....scaryyyyy

Lihat semua komen(190)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:40 AM GMT+8 , Processed in 0.188837 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top