CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Pengarah Dedah Perangai Sebenar Lana, Rita Rudaini Dan Rosnah Mat Aris

28-5-2014 02:50 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 51138| Komen: 186

Pengarah Drama Dedah Perangai Sebenar 3 Artis Wanita Ketika Di Lokasi PenggambaranSebut saja nama Lana Nordin, pastinya anda sudah terbayangkan gelaran Pamela Anderson yang diberikan kepadanya. Begitu juga dengan Rita Rudaini yang mendapat gelaran janda hot walaupun tidak dipinta gelaran sedemikian.

Namun siapa sangka, dengan penampilan mereka seperti itu, mereka sebenarnya amat menjaga waktu solat biarpun ketika berada di lokasi penggambaran.

Ikuti pendedahan Shahrulezad Mohameddin, seorang pengarah tempatan:



Bila lihat Lana Nordin kat skrin tv skrg buat saya rasa sedikit kagum dgn dia. Dalam segala kutukan yg dia terima disebabkan imej seksi nya itu tapi bila di set lokasi saya dia amat menjaga waktu solatnya walaupun terpaksa dimekapkan berulang ulang kali siap dgn bulu mata palsu setiap kali hendak masuk set selepas solat. Sedikit pun dia tak komplen. Rita Rudaini pun sama. Seorang yg sgt menjaga solatnya. Dia akan gelisah bila waktu solat hampir berlalu. Yer lah waktu shooting kan tak menentu dan sentiasa terkejar kejar scene. So yg selalu jadi masalah ialah artis wanita ler sbb terpaksa tergesa gesa nak buang mekap dan pakai semula.Oh yer Rosnah Mat Aris pun sama jugak dan beberapa artis artis yg lain.
Kalau artis lelaki senang jer. Boleh solat di mana saja. Tapi artis perempuan ni sedikit susah. Kadang kadang terkial kial mereka fikir nak solat di mana sekiranya set ditepi jalan atau di dalam hutan. Tu yg kadang kadang ada sesetengah artis wanita terpaksa mengqadakan solat mereka bila balik rumah. Bayangkan bila penat seharian di set shoot sampai lewat malam. Balik umah kena qada solat pulak. Ada tu yg cerita dekat saya pernah sampai tertidur tidur derang dalam solat sebab keletihan. Dah tak pasal pasal kena qada balik. Kesian kan.
Sebab tu saya dah pesan dengan krew saya terutamanya mekap artis supaya beri laluan pada artis artis perempuan yg nak bersolat. Memang leceh sebab nak buang mekap dan pakai semula berulang ulang kali tapi demi membantu mereka menjalankan kewajiban itu adalah tanggungjawab dan keutamaan kita. Kita akan tunggu mereka bersiap tanpa syarat walaupun kita cemas mengejar waktu.
Apa apa pun saya senang dgn perubahan ini. Telah mula ramai artis artis kita yg mula menjaga solat mereka meskipun keadaan kerja mereka yang tak menentu dan selesa…
Alhamdullilah…

Nota: Siapalah kita untuk menilai dan menghina manusia-manusia ini? Semoga kita terus dikurniakan hidayah dari Allah S.W.T

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Suchi 28-5-2014 12:25 PM
pakai mekap yg halal bleh bawak solat lah senang..

tp kalo dah tersentuh bkn muhrim batal ler jugak
Quote fiezameysekali 28-5-2014 12:26 PM
wah bguslaaaaa

lg elok kalo pakai tudung kan.........
Quote mrsLucky 28-5-2014 12:27 PM
Bagus lah kalau gitu...
Quote CrowneGlory 28-5-2014 12:29 PM
Alhamdullilah..lg elok tak tepuk2 tampar lelaki naknya laki org.. Tudung boleh bertatih takpun merangkak cam fafau..
Quote tengokjerrr 28-5-2014 12:31 PM
besar hikmahnya mengambil wuduk .. ada baiknya mengambil wuduk tiap kali hendak solat krn perbuatan wuduk tu (jika kita benar2 hayati) salah satunya utk membersihkan segala kelalaian manusia terhadap hal2 dunia membawa kita kepada berhadapan dgn Allah dlm seluruh penyerahan.
Quote lunalisa 28-5-2014 12:32 PM
baguslah ...alhamdulilah...solat...
Quote razeadel 28-5-2014 12:35 PM
pernah bc kt fb shahrulezad ni..
Quote tengokjerrr 28-5-2014 12:36 PM
insyaallah .. setiap manusia Allah jadikan berlandaskan fitrah .. dilahirkan, meniarap, merangkak, berjalan, berlari dan sebagainya .. ada baiknya setiap perubahan itu dilakukan perlahan2 tetapi konsisten supaya kita tidak berpatah balik ke belakang.

Doakan mrk semakin baik, bertambah baik dan jadi yang terbaik. begitu juga utk diri kita ;)
Quote wookiehoney 28-5-2014 12:36 PM
siapalah kita nak menghakimi manusia
Quote ainie_1008 28-5-2014 12:37 PM
baguzlah.. dan tahniah diucapkan. tak semua org muslim mampu solat 5 waktu. ramai je kwn2 aku yg beragama islam meninggalkan solat 5 waktu..
Quote zila_hakimie 28-5-2014 12:41 PM
wookiehoney posted on 28-5-2014 12:36 PM
siapalah kita nak menghakimi manusia

kan................
Quote cfa 28-5-2014 12:44 PM
rita rudaini ni dah lama dah aku dengar pasal dia yang rajin sembahyang ni, kawan aku pun ada cerita masa diorang shooting kat rumah kawan aku ni, krew2 dok bercerita kat kawan aku ni memang rita jaga betul solat dia, kalu shooting kat tempat2 yang susah nak solat pun, rita sanggup ketuk pintu rumah orang nak tumpang solat...

Quote annehuda 28-5-2014 12:45 PM
erm bagusla masing2 ingat solat tp diharapkan solat tu nnt bolehla mengubah peribadi masing2 ye.

reminder for me too
Last edited by annehuda on 28-5-2014 12:46 PM

Quote Czaziq 28-5-2014 12:48 PM
respect kat ketiga2 pelakon tersebut dan abang ejad!!
Quote schababe 28-5-2014 12:54 PM
ainie_1008 posted on 28-5-2014 12:37 PM
baguzlah.. dan tahniah diucapkan. tak semua org muslim mampu solat 5 waktu. ramai je kwn2 aku yg ber ...

khennnn..ramai jugak yg bertudung tapi xsolat


Quote pichee 28-5-2014 12:55 PM
RR nie bagus..jaga solat...dh la pandai jaga anak....kagum i alls
Quote redliner 28-5-2014 12:55 PM
saya kagum...
Quote ohsemmm 28-5-2014 12:55 PM


moga2 lepas ni terbuka pula hati untuk berhijab
Quote kokocrunch 28-5-2014 12:56 PM
Alhamdullilah..

Lihat semua komen(186)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 11:00 AM GMT+8 , Processed in 0.080510 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top