CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Bujang Tua Pun Mahu Br1m'

28-5-2014 11:43 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3470| Komen: 3


Salmah menunjukkan surat yang menyatakan permohonan BR1Mnya pada tahun ini tidak mendapat kelulusan


GEMENCHEH – “Bujang tua pun mahu BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia),” kata seorang anak peneroka tanah rancangan dekat sini, yang hanya ingin dikenali sebagai Salmah, 59, ketika ditemui Sinar Harian, kelmarin.

Salmah berkata, pada tahun lalu, dia berjaya memperoleh bantuan berkenaan seperti mana ibunya,  namun pada tahun ini dia rasa terkejut apabila mendapat surat yang menyatakan permohonannya tidak mendapat kelulusan.

Menurutnya, dia menganggap rezekinya tiada pada tahun ini, namun dia amat berharap agar pihak kerajaan benar-benar dapat mengotakan apa yang dijanjikan iaitu memberikan BR1M kepada golongan yang layak termasuklah individu sepertinya, bujang walaupun berusia.

“Walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak telah mengumumkan berjuta-juta peruntukan disalurkan bagi bantuan berkenaan, namun ramai pula pada tahun ini yang permohonannya tidak diluluskan.

“Malah, menerusi bantuan berkenaan, kerajaan menyatakan BRIM untuk orang bujang berusia 21 tahun juga akan disalurkan dan saya juga berstatuskan bujang walaupun sudah hampir mencecah usia warga emas,” katanya.

Untuk rekod, alasan utama permohonan Salmah tidak mendapat kelulusan ialah pemohon wujud sebagai tanggungan pemohon lain.

Sementara itu, Salmah berkata, jika diikutkan dia sememangnya menetap bersama ibunya sejak 10 tahun lalu dan mereka hanya menampung keperluan menggunakan pendapatan dari hasil getah yang ditoreh oleh adiknya.

“Jadi kami ini tiada pendapatan yang besar dan bantuan yang diuar-uarkan itu seharusnya disalurkan seperti mana yang dijanjikan.  Bukan disebabkan alasan seperti ini seolah-olah saya ini menipu semasa mengisi borang.

“Saya harap agar pihak bertanggungjawab dapat memperbaiki sistem penyampaian bantuan ini pada masa hadapan bagi memastikan apa yang dijanjikan benar-benar ditunaikan," katanya.


Bagus

Marah
4

Terkejut
6

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airfilterkotor 27-5-2014 04:26 PM
Mungkin Najib tak penah tau ada bujang terlajak dalam mesia yang hidupnya agak sukar.
Quote piao 27-5-2014 04:33 PM
BR1M - Betray Rakyat 1 MALAYSIA
Quote AbukRokok 27-5-2014 04:39 PM
makanan  ifanonline ni  

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 03:59 PM GMT+8 , Processed in 0.049714 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top