CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penerima Br1m Bakal Terima Tambahan Rm300 Tahun Depan

19-3-2014 06:11 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7370| Komen: 27

Description: Penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (Br1m) Bakal Menerima Tambahan Rm300 Seorang Tahun Depan Sebagai Menampung Kenaikan Indeks Harga Pengguna (Ihp) Yang Dijangka Sebanyak 1.8 Peratus Akibat Pelaksanaan ...


Penerima BR1M bakal terima tambahan RM300 tahun depan

KUALA LUMPUR: Penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) bakal menerima tambahan RM300 seorang tahun depan sebagai menampung kenaikan Indeks Harga Pengguna (IHP) yang dijangka sebanyak 1.8 peratus akibat pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mulai 1 April 2015.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, berkata jumlah bantuan itu akan membabitkan tambahan peruntukan sebanyak RM2.5 bilion, di mana ia diserap daripada hasil kutipan GST tahun depan.

"Pada tahun pertama (2015) pelaksanaan GST, jumlah kutipan GST selama sembilan bulan ialah RM23.18 bilion namun jumlah ini perlu ditolak dengan RM14.4 bilion kerana pemansuhan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

"Dengan baki kutipan ini, maka kita belanjakan melalui beberapa mekanisme termasuk penambahan kepada jumlah BR1M tahun depan sebagai langkah membantu rakyat menghadapi kenaikan IHP.

"Jika kerajaan umum nilai BR1M tahun depan RM700, maka tambah RM300 akan dapat RM1,000, jika RM800, maka nilainya RM1,100, jika lebih maka lebihlah lagi rakyat dapat (BR1M)," katanya kepada pemberita dalam sidang media di lobi Parlimen di sini, sebentar tadi.

5

Bagus
2

Marah
10

Terkejut
14

Sedih
8

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (53 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lepapilon 19-3-2014 04:09 PM
wow

boleh beli beras byk2
Quote Namirul_returns 19-3-2014 04:11 PM
Kita tunggu Incik @rashiman  Pakar Purata kita buat kira-kira...
Quote sepiITUindah 19-3-2014 04:13 PM
dapat sekiranya datuk mempertimbangkan
untuk memberi setahun 2 kali
Quote ais_kosong 19-3-2014 04:17 PM
banyak duit hang
Quote Al-Patih 19-3-2014 04:23 PM
modal lain dah tak ada nak cakap ke .....
Quote bfemmamaembong 19-3-2014 04:26 PM
tiada yang layak diundi melainkan ahmad meslan
Quote enchikfitz 19-3-2014 04:27 PM
Syukurrrrrrrrr
Quote poyohabis 19-3-2014 04:31 PM
Lps tu potong tax banyak2.. Saman sana sini...
Quote fredbok87 19-3-2014 04:32 PM
I loikee..... nanti buat brim tiap2 bulan yer...tak payah keje dah...
Quote Herlina 19-3-2014 04:46 PM
Maknanya pandangan Tun M dan Pakar Ekonomi Dr. Fatimah Kari sebelum ni boleh la di anggap sebagai royanan murahan semata2 ek? Orang kata patut diberhentikan.. nak diteruskan juga... Fulamak!
Quote AHMADVW 19-3-2014 04:46 PM
debat bukan budayo kito
Quote azharuchan 19-3-2014 04:54 PM
sebagai menampung kenaikan Indeks Harga Pengguna (IHP) yang dijangka sebanyak 1.8 peratus akibat pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mulai 1 April 2015.
eh..aku rasa dulu bnyk 'pakar' kata yg dgn GST akan menyebabkan harga lg turun..yg ni indeks harga naik ni menatang apa plak...ke aku silap...
Quote rashiman 19-3-2014 04:57 PM
Herlina posted on 19-3-2014 04:46 PM
Maknanya pandangan Tun M dan Pakar Ekonomi Dr. Fatimah Kari sebelum ni boleh la di anggap sebagai ro ...

Najib nak bagi br1m pun setelah merujuk pakar ekonomi.
Quote apam 19-3-2014 05:01 PM
Herlina posted on 19-3-2014 04:46 PM
Maknanya pandangan Tun M dan Pakar Ekonomi Dr. Fatimah Kari sebelum ni boleh la di anggap sebagai ro ...

itu pandangan golongan kedekut
Quote gaara_X 20-3-2014 09:57 AM
lepas nie...anak dara tok kijo pun tak po doh kat malaysia nie....
Quote isseliparjepun 20-3-2014 10:00 AM
azharuchan posted on 19-3-2014 04:54 PM
eh..aku rasa dulu bnyk 'pakar' kata yg dgn GST akan menyebabkan harga lg turun..yg ni indeks harga n ...

Nampak tak permainan mereka disitu?
Quote amyainsamad 20-3-2014 10:21 AM
untung2............
Quote putr@polo 20-3-2014 09:20 PM
Cuepacs Dan Fomca Sambut Baik Kenaikan BR1M

Diterbitkan: Khamis,
20 Mac 2014 7:06 PM
bernama byline Oleh: BERNAMA



Cuepacs dan Fomca menyambut baik kenaikan BR1M sebanyak RM300 pada tahun depan.


KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), menyokong penuh usaha kerajaan dalam membantu rakyat menangani kos sara hidup dan cadangan meningkatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tahun depan sebanyak RM300.

Presiden Fomca Datuk N. Marimuthu berkata inisiatif itu sememangnya jelas memperlihatkan usaha murni kerajaan untuk membantu golongan yang tidak berkemampuan.

"Kami alu-alukan apa jua kebaikan yang kerajaan buat demi kesejahteraan rakyat dan saya merasakan kenaikan bantuan BR1M itu adalah penting.

"Pemberian BR1M oleh kerajaan bukan sahaja memberi faedah kepada rakyat berpendapatan rendah malah peniaga juga akan menikmati keuntungan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, Khamis.

Justeru, katanya, konsep BR1M sememangnya bertujuan untuk membantu rakyat dan membawa kebaikan walaupun mungkin sebilangan berpendapat bantuan yang diberikan tidak seberapa.

Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Azih Muda menyambut baik kenaikan BR1M tahun depan dalam membantu golongan memerlukan mengurangkan beban kos sara hidup khususnya penjawat awam.

"Kami merasa bangga kalau kerajaan memutuskan tahun depan BR1M ditambah sebanyak RM300 kerana ini adalah sumbangan bersasar yang kerajaan sampaikan kepada kumpulan berpendapatan rendah termasuk juga separuhnya adalah penjawat awam," katanya.

Bagaimanapun Azih tetap berpendapat kerajaan harus meneliti kembali kadar gaji minimum penjawat awam untuk dinaikkan kepada RM1,200 bagi mengimbangi kos sara hidup yang semakin meningkat.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan semalam menjelaskan bahawa setiap penerima BR1M bakal mendapat tambahan RM300 seorang sebagai menampung kenaikan Indeks Harga Pengguna (IHP) sebanyak 1.8 peratus, berikutan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mulai 1 April 2015.

BR1M mula diperkenal pada 2012, yang memberi manfaat kepada golongan berpendapatan rendah, dengan bantuan tunai sebanyak RM500 kepada ketua isi rumah berpendapatan RM3,000 dan ke bawah.

Pada tahun ini, BR1M 3.0 telah dilaksanakan dan diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450 dan isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah menerima bantuan sebanyak RM650, sementara individu bujang yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan menerima bantuan RM300.

Program BR1M 3.0 yang melibatkan peruntukan sebanyak RM4.2 bilion daripada kerajaan, telah memanfaatkan hampir 4.63 juta isi rumah dan 2.4 juta individu bujang.
Quote hanamunir 20-3-2014 09:50 PM
syukurrrrrr..rakyat malaysia dapat brim..

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:11 PM GMT+8 , Processed in 0.431333 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top