CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Mahathir Serang Najib Lagi, Br1m Umpama Rasuah Dan Mengelirukan

17-11-2014 11:54 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12004| Komen: 84

Description: Pendapatan Tinggi Perlu Datang Dari Peningkatan Produktiviti Yang Hanya Boleh Terhasil Melalui Pendidikan Yang Lebih Baik Dan Latihan, Kata Dr Mahathir.
Mahathir serang Najib lagi, BR1M umpama rasuah dan mengelirukan, katanya

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pendapatan per kapita tidak akan menjadikan Malaysia negara membangun, malah ia lebih mengelirukan apabila pendapatan dinaikkan hanya bergantung kepada pemberian wang tunai. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 November, 2014.Bekas perdana menteri yang paling lama memerintah Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mengkritik pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, menyifatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai rasuah.

Bagi Dr Mahathir, tindakan Putrajaya memberi BR1M sebagai salah satu cara meningkatkan pendapatan untuk mencapai status negara maju pada 2020 adalah sangat mengelirukan.


Menulis dalam blognya, bekas perdana menteri itu perkata pendapatan per kapita tidak patut dijadikan perkiraan sebagai kejayaan Malaysia mencapai status negara maju.

"Pendapatan per kapita tidak akan menjadikan Malaysia negara membangun, malah ia lebih mengelirukan apabila pendapatan dinaikkan hanya bergantung kepada pemberian wang tunai," katanya melalui blog chedet.cc hari ini.

Beliau berkata sosialis dan komunis cuba memperbaiki pendapatan masyarakat dengan memberi wang tunai dan kemudahan fasiliti.

Tetapi katanya, sosialis dan komunis juga akhirnya gagal dengan kaedah tersebut dan rakyat terpaksa mengambil jalan keluar melalui perusahaan bebas dan bekerja keras.
"Kita mesti meraih pendapatan dengan meningkatkan produktiviti, bukan dengan pemberian wang tunai dari kerajaan."

Beliau juga berkata tidak adil bagi rakyat menuduhnya tidak memahami tujuan pemberian BR1M.

Ini bukan pertama kali Dr Mahathir mengkritik polisi pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun Najib mempertahankan pemberian BR1M dengan menyatakan ia merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat akibat daripada pemotongan subsidi dan juga bertujuan sebagai bantuan kepada rakyat.

Dr Mahathir berkata beliau menentang pemberian wang tunai sebagai kaedah meningkatkan pendapatan sejak dari awal pelaksanaannya.

"Kalau ya pun, bantuan kewangan perlu diberikan kepada yang benar-benar susah dan tidak mampu bekerja bagi meraih pendapatan.

"Bantahan utama saya ialah kerana pemberian wang pada skala begitu sangat kelihatan seperti rasuah," katanya.

Tambahan pula, katanya, apabila BR1M diberikan ketika hampir dengan pilihan raya atau disenaraikan dalam manifesto pilihan raya, ia mewujudkan persepsi bantuan itu bertujuan mendapatkan undi.

"Sekiranya pendapatan perlu ditingkatkan, ia sepatutnya dengan cara mewujudkan peluang pekerjaan atau perniagaan.

"Tetapi BR1M mempunyai lebih banyak implikasi negatif daripada itu. Ia meningkatkan kecenderungan bergantung kepada kerajaan, termasuk bagi meningkatkan pendapatan sendiri, tanpa berusaha sendiri.

"Ia melemahkan karakter rakyat dan mengurangkan daya saing mereka dalam pasaran," katanya.

Pendapatan tinggi perlu datang dari peningkatan produktiviti yang hanya boleh terhasil melalui pendidikan yang lebih baik dan latihan, kata Dr Mahathir.

"Kemampuan meningkatkan produktiviti datang dari nilai tambah yang lebih besar bagi sesuatu produk," katanya.

Beliau berkata, dengan kewujudan lebih banyak industri dengan nilai tambah yang tinggi, pendapatan pekerja akan meningkat berikutan sumbangan besar mereka kepada majikan.

Sambil menyatakan yang hasil kerajaan datangnya daripada cukai, Dr Mahathir berpendapat rakyat tidak akan suka melihat cukai yang mereka bayar digunakan sebagai alat pilihan raya.

"Sudah pasti mereka tidak mahu melihat wang daripada hasil titik peluh mereka digunakan bagi memenangi populariti untuk sesiapa atau mana-mana parti politik atau pentadbiran," katanya. – 14 November, 2014.

3

Bagus
1

Marah
5

Terkejut
9

Sedih
1

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (23 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kecimpret 14-11-2014 03:24 PM
dulu Nik Ajis kata BRIM ni serupa cam kerajaan kasi anak ayam makan..skg Tun M kata cam rasuah..apa plak kata macai?
Quote d'zeck 14-11-2014 03:34 PM
malaysianinsider tu
bapak segala kaki twist

anjing + ular = malaysianinsider

pfftt
Quote kucingTomey 14-11-2014 03:36 PM
madey macai....


bla la lu madey..sayang najib


hidup brim


rosli,
jaga cc
Quote manehnya 14-11-2014 03:38 PM
"Ia melemahkan karakter rakyat dan mengurangkan daya saing mereka dalam pasaran,"


memang pun....

aku x dapat brim..............
Quote CrowneGlory 14-11-2014 03:38 PM
Padan la korg bergaduh... Offer je la tokdet jd PM balik.. 2/2 lps dia semuanya x guna.. Sakit mata tokdet tgk
Quote d'zeck 14-11-2014 03:43 PM
nak twist ungkapan bekas2
kepala PAS ka DAP ka tak cukup kuat

kena twist percakapan mantan presiden umno
yang pernah dimusuhi jugak
baru kuat sikit bau urin

Quote zach2008 14-11-2014 03:53 PM
Aku stuju. BRIM harus diberikan kpd mereka yg benar2 layak. Bukan main beri atas nama kerajaan perihatin atau mengurangkan beban rakyat. Byk cara lg nak kurangkan beban rakyat. Cipta byk peluang kerja supaya tak tanggung biawak hidup. Budak2 lps grade mudah dapat kerja seterusnya bayar hutang PTPTN.

Nak bantu yg susah, tak tangan takde kaki. Boleh nganga mulut utk makan je... bagi la BRIM sebanyak mana pun.
Quote Al-Patih 14-11-2014 04:12 PM
Tambahan pula, katanya, apabila BR1M diberikan ketika hampir dengan pilihan raya atau disenaraikan dalam manifesto pilihan raya, ia mewujudkan persepsi bantuan itu bertujuan mendapatkan undi.

kalu tak buek macang tu...tak sampai sekarang hamno perintah...
Quote azimodin 14-11-2014 04:29 PM
Bagi BR1M tu xkisah sgt tapi xyah la dok gebang hebat sangat mavm BR1M tu boleh kasi settle semua masalah. Minyak naik, BR1M dah cover. Barang naik, BR1M dah cover... Brape sangat la BR1M tu kalau nak dibandingkan dengan peningkatan harga barang & keperluan.

Kerajaan kena cari solution yg lebih sustainable & boleh bantu semua orang, bukan sahaja golongan berpendapatan rendah. Golongan berpendapatan sederhana dan yg berpendapatan tinggi pon ade hak dalam negara ni. Yg membezakan cuma quantiti. Bantuan x semestinya dalam bentuk duit sahaja

Bagi One-off payment sekejap je habis

Ni lagi satu, berhenti la cakap besar yg BR1M ni sumbangan Barisan Nasional. Duit tu bukan BN punya kot... BN hanya "posmen" semata2
Quote kelana36 14-11-2014 04:31 PM

Sambil menyatakan yang hasil kerajaan datangnya daripada cukai, Dr Mahathir berpendapat rakyat tidak akan suka melihat cukai yang mereka bayar digunakan sebagai alat pilihan raya.
"Sudah pasti mereka tidak mahu melihat wang daripada hasil titik peluh mereka digunakan bagi memenangi populariti untuk sesiapa atau mana-mana parti politik atau pentadbiran," katanya. – 14 November, 2014.



  yang ni aku setuju sangat. yang tak bayar cukai tu memang la tak akan merasa...
Quote freebird 14-11-2014 04:34 PM
BR1M

Nov13th 2014  
Written by Che Det

1.        Let me begin by admitting that I am not a trained economist or financier. Still I don’t think it is fair for anyone to say I do not understand BR1M and the good things about it. I have in the past made some decisions on economic and financial matters which seem to have given good results for the country.

2.        I have been opposed to giving monetary handouts as a way to increase the income of people right from the beginning. If at all financial aid should be given to the very poor who are unable to work to earn an income. My primary objection is because handouts on such a scale look too much like bribery. And when this is given near elections or the manifesto promises this, the impression that it is about buying votes just cannot be dismissed. If incomes are to be increase it should be by way of creating opportunities for work or business.

3.        But BR1M has more negative implications than that. It increases the tendency towards personal dependence on the Government even for one’s income, without any effort by oneself. It weakens the character of people and reduce their competitiveness in the market place.

4.        We want high incomes. But high income should come from increases in productivity. High productivity results from better education and training. A manual labourer cannot be more productive than a mechanic or a craftsman. And they in turn cannot be as productive as an engineer. The ability to increase productivity comes from greater added value to the products.


5.        It follows that when we promote industries with greater added value, than the incomes of employees would increase due to greater contribution of the employees. We should note that in countries with big Government revenues from the foreign exploitation of resources, and people are given a part of the revenue to sustain a good lifestyle, there is a lack of desire to work.

6.        Giving money does not increase productivity. Without increasing productivity, competitiveness will not improve. And the economy will not really grow. These countries invariably depend on foreign workers, executives and entrepreneurs.

7.        When Malaysia adopted a policy of encouraging labour intensive industries, it was because at that time the people were jobless and had no income. After that to increase their incomes we switched to hi-tech, knowledge-based industries and our people are educated and trained for these more sophisticated higher income industries.

8.        We can increase their wages further by adopting new technologies and management systems. Our workers should now be involved in designing new products, producing prototypes, testing and mass-producing. Marketing and sales of these more sophisticated products will also increase incomes.

9.        We want to be a developed nation by 2020. We think that this can be done by increasing average incomes to a certain level. This is misleading. A few people with very high incomes will distort the average income. Per capita income should not be a measure of our achievement of developed country status. The emphasis on high income alone is not enough. In fact by itself it will not make the country a developed country. It would be even more misleading when the income is due to handouts by the Government.

10.        To be developed we have to be at par with these developed countries in terms of education, technological and industrial knowhow, research and development, industrialised to a high level, commensurate infrastructure and high earned incomes for all.

11.        It is imperative therefore to spend money on education and training to a higher level, to build up engineering and industrial capacities, to be productive and competitive, to expend money on building first-class infrastructure and to be researchers, inventors and developers.

12.        Since we want to be developed in our own mould, we can reject the moral values of some developed countries. We see them obviously decaying because of the emphasis on unlimited materialism and personal freedom. We must sustain the good values that we have and acquire good ethnics which will contribute to our productivity and our income. In other words we must earn our income through higher productivity and not through handouts by the Government. The Socialist and Communists have tried to improve their people’s incomes through giving them money and making free availability of support facilities to ensure they have a good life. But Socialism and Communism have failed. They have to resort to free enterprise and hard work.

13.        Finally we must not forget that Government money is derived through taxes on the people. Taxes raise the cost of living. Still the people are willing to endure raised cost of living because they expect the Government to give them security, to govern the country well, to have policies which benefit the people generally.

14.        But the people would not like to see the taxes they pay to be expended in ways that are beyond this. Certainly they would not want their hard-earned money to be expended on winning popularity for anyone or political parties or administrations.


untuk ahli2 pmfp...
Quote d'zeck 14-11-2014 04:41 PM
BR1M memang
untuk jangka pendek

bila gap ekonomi dah terlalu besar,
memang persepsi negatif akan wujud
pada kedua2 pihak

yang kaya kononnya banyak
bayar cukai akan buruk siku,

dan yang pendapatan rendah
tertekan dengan kos sara hidup
dan himpitan ekonomi yang lain pun
akan mengamuk

stop gap measurenya bagi money
handout la

but not too long
in period
of course
Quote atira 14-11-2014 04:48 PM
perit macai mendengarnye
Quote abas8888 14-11-2014 04:49 PM
iyo lahhhhhh...nanti PAU sila calonkan anak papa jadi presiden walaupun dah dua kali kalah PAU sebelum ni...
Quote freebird 14-11-2014 04:49 PM
atira posted on 14-11-2014 04:48 PM
perit macai mendengarnye

not a good month to be a macai....
Quote atira 14-11-2014 04:50 PM
freebird posted on 14-11-2014 04:49 PM
not a good month to be a macai....

ni baru pasal brim
tunggu la bila start gst nanti....
mahu tersungkur macai2 semua
Quote d'zeck 14-11-2014 04:52 PM
tahap liberal perasan urban
dengan ahso cina gemuk je la
yang bekap membekap

Quote freebird 14-11-2014 04:52 PM
ape lak...minggu lepas pasal 1mdb...

takpe, bulan depan pau ameno, bolehlah mereka berhibur bergelak ketawa...
Quote kelana36 14-11-2014 04:54 PM
siap masuk dalam manifesto pilihanraya tu...  maknanya bukan la short term..
instead of moving forward to a dveloped country in 2020, we are moving backward .. kalau moving backward to our own era tak apa lah jugak, ini moving towards era indonesia di zaman suharto .. everything ' bisa diatur, asal ada uangnya..'..

Lihat semua komen(84)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:23 PM GMT+8 , Processed in 0.078006 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top