CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Suami Zahnita Terkejut Terima Tuntutan Fasakh

28-5-2014 09:35 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 20813| Komen: 51



Suami kepada model serta pelakon filem 'Kuliah Cinta', Zahnita Wilson mengakui terkejut dengan tuntutan fasakh yang difailkan isterinya pada 18 November lalu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Abdul Zackery Ghouse Abdul Ghafoor yang juga merupakan ahli perniagaan itu bagaimanapun tidak bersetuju dengan tuntutan tersebut dan dinasihatkan Hakim Syarie, Azmi Aziz untuk melantik peguam bagi melancarkan prosiding kes.

Lelaki berusia 35 tahun itu bagaimanapun memberitahu tiada sebab untuknya melantik peguam dan akan menjawab sendiri tuntutan tersebut. Terdahulu, peguam syarie, Datuk Amli Embong yang mewakili Zahnita telah menyerahkan saman berhubung kes itu kepada Abdul Zackery memandangkan ahli perniagaan itu belum menjawab permohonan yang difailkan oleh anak guamnya.

Abdul Zackery yang muncul buat pertama kalinya di mahkamah walau bagaimanapun memberitahu hakim dia tidak pernah menerima sebarang notis saman berkaitan kes itu yang memintanya hadir ke mahkamah. Datuk Amli bagaimanapun membantah dan memaklumkan telah menyampaikan notis tersebut melalui penghantar saman pada 5 Disember lepas tetapi dia enggan menerimanya.

Hakim kemudian memutuskan perbicaraan tersebut ditangguhkan pada 3 Julai ini untuk Abdul Zackery memfailkan afidavit pembelaan secara bertulis. Pasangan ini telah mendirikan rumahtangga pada 3 Jun 2005 dan hasil perkongsian hidup selama lapan tahun, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Zahrafeena, 6, dan Zasharayna, 1.





Bagus
12

Marah

Terkejut
7

Sedih
2

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (29 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote siti_kus 27-5-2014 08:08 PM
Ssh btl nak menyebut nama anak2 dia
Quote salimrock 27-5-2014 08:08 PM
oh ni laki si zahnita...
Quote xixin5230 27-5-2014 08:12 PM
Musim keruntuhan masjid
Quote Changa 27-5-2014 08:13 PM
akak syak kaki pukul?

Quote kizuna80 27-5-2014 08:18 PM
aku pun terkejut
Quote shanshero 27-5-2014 08:24 PM
Kawin dengan bangla
Quote funnyTONE 27-5-2014 08:25 PM
aku terkejut tgk muka zahnita tu..awat lain sgt
Quote lil_sparky 27-5-2014 08:27 PM
bkn.ka xjd nk bcerai?
Quote munchkin 27-5-2014 08:29 PM
kalau dah dia tinggalkan sekian lama tanpa nafkah. tuntut jelah taklik tak leh ke?

nak buat terkejut pulak.
Quote dopey 27-5-2014 08:30 PM
zahnita ni penah kawin gan sapa sebelum mamat nie?
Quote kakikuDibibirmu 27-5-2014 08:32 PM
♫...kau zahnita, setinggi gunung kayangan...♫
Quote dopey 27-5-2014 08:33 PM
dopey posted on 27-5-2014 08:30 PM
zahnita ni penah kawin gan sapa sebelum mamat nie?

oh mamat ni lah..pangil2 zac .. oh.cerai rupanye
Quote dopey 27-5-2014 08:35 PM
muka dia gan fmily tu comel..itu dia ke kt atas skali tu..ish3...psal lain sesgt
Quote pakwetizzaqyah 27-5-2014 08:49 PM
la..selama ni aku ingtkan suami dia yang hensem dalam iklan mcdogol tu..rupanya mamak...adooooooooooi.....tu la..pilih lagi keling buat bini..tuntut fasakh ko dik..baik kahwin ngn melayu dato perut boroi...zarina zainuddin ok je
Quote annehuda 27-5-2014 09:04 PM
adakah die terkejut sbb tak menyangka bini sanggup bersusah payah ke mahkamah sbb nk bercerai?
Quote cruz2 27-5-2014 09:10 PM
Lama dia dgn kerabat tu dulu..dh hmpir nk kawin dh tup2 x jadi..
Kalau dgn hat tu nmpk sepadan sikit.
Quote maxim 27-5-2014 09:16 PM
annehuda posted on 27-5-2014 09:04 PM
adakah die terkejut sbb tak menyangka bini sanggup bersusah payah ke mahkamah sbb nk bercerai?

Sepatutnya die terharu la kan
Quote kodokke 27-5-2014 09:19 PM
Siankau......bini kau lari tulah nak cari yg cantik je
Quote Perkele 27-5-2014 09:28 PM
oh mai gucci sgt gambar yg 1st tuh mcm nenek kebayan hensel n gretel aje

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:40 PM GMT+8 , Processed in 0.215239 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top