Fadzil Zahari adalah pelakon lelaki yang semakin meningkat naik dan mula dikenali. Baru-baru ini, jejaka ini mengakui tidak ragu-ragu untuk mengahwini pelakon wanita popular, Yana Samsudin. Kenyataan itu dikeluarkan sendiri oleh Fadzil Zahari ketika menjawab soalan daripada wartawan penyiaran HLive! di laluan karpet merah ABPBH. Kata Fadzil yang juga adik kepada aktor Farid Kamil, beliau hanya ingin dirikan rumahtangga dengan wanita yang sudah lama dikenalinya dan beliau memang pun mengenali Yana Samsudin selama lima tahun. Itu seperti petanda saja itu.
“Saya sudah mengenali Yana selama lima tahun dan sudah pasti saya akan mengahwini seseorang yang saya kenali.” “Takkan dengan orang yang saya tak kenali pula,” katanya tersenyum dan tersipu sambil melihat Yana Samsudin. Yana Samsudin sendiri seperti terkesima dan seakan tidak percaya dengan kata-kata Fadzil Zahari itu terutamanya bila berada di hadapan kamera. Mungkin kerana terkejut dengan kata-kata manis dan romantis kekasihnya itu agaknya. Kami doakan semoga menjadilah perancangan mereka untuk ikat tali perkahwinan suatu hari nanti. Nasi minyak sudah berbau~ |
ADVERTISEMENT