Hairul Azreen Murah Rezeki Sejak Cat Kereta Warna Emas Pelakon Hairul Azreen, 26, memberitahu dirinya semakin bertuah dan rezekinya bertambah murah selepas menukar warna keretanya kepada warna emas, sejak beberapa tahun lalu. Bersyukur dengan kehidupannya kini yang semakin stabil, pelakon yang mula mendapat perhatian ramai menerusi drama bersiri 'Setia Hujung Nyawa' ini bagaimanapun berkata masih banyak lagi perlu diterokai dalam dunia lakonan sekaligus mengukuhkan kerjayanya sebagai pelakon.
"Saya perasan sejak saya cat kereta lama saya, kereta jenis Iswara dengan warna gold (emas), saya selalu bertuah. Itu pun saya buat demikian selepas saranan daripada seorang rakan. Kira macam ikut fengshui lah. "Tapi saya tidaklah terlalu bergantung dan percaya pada fengshui tu. Saya tahu kesenangan dan rezeki tu tak datang bergolek tanpa kerja keras. Alhamdulillah, sekarang ni berkat usaha gigih saya, semakin ramai menerima lakonan saya. Tapi saya akui masih banyak lagi yang perlu saya pelajari dalam bidang ini", katanya yang kini sudah memilik sebuah lagi kereta namun enggan mendedahkan jenisnya. Hairul ditemui pada sidang media sidang media Selebriti bersama penerbangan Air France keempat ke Paris tajaan Raflesia, bertempat di hotel Park Royal, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Selain itu, dia juga mengusahakan studionya sendiri iaitu Hello Studio yang baru dibuka sejak sebulan lalu yang terletak di Atmosphere, Seri Kembangan, Selangor. Sementelah dia juga tidak menolak, penampilannya dalam drama 'Setia Hujung Nyawa' dan ditambah kejayaan meraih gelaran Juara Fear Factor Selebriti Malaysia 2013 (berpasangan dengan Dazrin) memberi impak besar pada dirinya. Bermula dari situlah dia menjadi tumpuan peminat hinggakan ada dikalangan mereka sendiri yang menawarkan diri untuk mewujudkan sebuah kelab peminat khas untuk Hairul. Mula ditubuhkan pada tahun lalu, kelab peminat Hairul diberi nama 'KaptenHairulSkuad'. Jelasnya lagi, nama tersebut diambil sempena trademarknya yang sering dengan lagak gaya ala kapten (gaya tabik) setiap kali memenangi cabaran semasa dalam 'Fear Factor'. "Sebelum ni saya tak berapa yakin yang saya ada peminat. Hinggalah semasa drama 'Setia Hujung Nyawa' sedang hangat ditayangkan, ada peminat menyatakan hasrat mahu mewujudkan kelab peminat untuk saya. Mulanya susah juga saya nak percaya. Ada peminat ker saya ni? "Lagipun masa tu saya fikir, buat apa kalau ada kelab peminat tapi tak aktif. Tapi melihat kesungguhan mereka, akhirnya saya bersetuju dan saya serahkan pada mereka dari segi mengatur segala aktiviti-aktiviti untuk ahli-ahli 'KaptenHairulSkuad'. "Setakat ni ada beberapa aktiviti yang telah dijalankan seperti aktiviti bermain paintball. Tahun lalu kami bercuti bersama ke Beijing dan terbaru kami bercuti bersama di Pulau Tioman. Fans club saya ni kalau berkumpul, kami suka jalani aktiviti lasak. Jadi macam-macam aktiviti outdoor yang kami buat bersama", katanya yang baru saja selesai menjalani penggambaran drama berantai 'Misiku Kuza' musim ke-2. Perkembangan lain, Hairul menyertai rombongan selebriti ke Barcelona dengan penerbangan Air France anjuran Rafflesia pada 23 Jun hingga 30 Jun 2014. Rombongan tersebut juga disertai empat lagi artis popular iaitu Fizo Omar, Tasha Shila, Miera Liyana dan Kamal Adli. Sepanjang lapan hari di sana, mereka bebas melakukan aktiviti masing-masing sambil bertanggungjawab mempromosikan tempat-tempat menarik yang mereka kunjungi menerusi laman Twitter, Facebook dan juga Instagram masing-masing. |
encikWawad posted on 24-5-2014 04:02 PM
"Saya perasan sejak saya cat kereta lama saya, kereta jenis Iswara dengan warna gold (emas), saya se ...
ADVERTISEMENT