Bila nama Aaron Aziz diumumkan sebagai pemenang anugerah utama ABPBH kali ini iaitu Anugerah Bintang Paling Popular, sepatutnya kamera menayang muka Zizan Razak. Kami ingin sekali tengok wajah Zizan. Apakah kecewa atau turut gembira untuk kawan seperjuangannya itu? Walaupun beliau mengungguli senarai pencalonan sebanyak lima kategori iaitu Pelakon Filem Lelaki Popular, Artis Komedi Lelaki Popular, Pengacara TV Lelaki Popular, Gandingan Serasi di Layar Perak dan Artis Berpengaruh di Laman Sosial, beliau gagal membawa pulang sebarang anugerah. Apa sudah jadi, Zizan? “Bagi saya ini bergantung pada rezeki Allah dan juga usaha pengundi. Ini bukan pertandingan di mana kemenangan terletak pada calon itu sendiri, sebaliknya pengundi yang membuat keputusan selain Allah yang menentukan,” ujar Zizan. “Saya tak ada masalah dengan perkara ini dan saya berbangga masih tercalon di ABPBH. Walaupun tak menang, sekurang-kurangnya masih ada nama saya di senarai pencalonan. Saya redha dan percaya apa yang berlaku ada alasan dan hikmahnya,” ujar Zizan yang tidak setuju kontroversi yang menjadi penghalang kejayaannya kali ini. “Saya tak rasa saya terlibat dengan sebarang kontroversi yang teruk. Jika benar saya ada kontroversi, dari saat pencalonan awal, saya sudah tidak tercalon. Kelab peminat saya, ZTF, pun tidak akan berada di belakang saya jika saya ada kontroversi. Tapi sebaliknya, ZTF sangat kuat dalam menyokong kerjaya saya. Apa pun semuanya terletak pada rezeki,” jelas Zizan yang kelihatan tenang. Bagus perangai Zizan. Memang betul pun. Rezeki di tangan Tuhan. Apapun, Zizan tetap nombor satu di hati peminat setia. Itu yang penting. Tambahan, baru saja terima tawaran berjumlah RM2 juta. Hairan apa Zizan dengan anugerah kan?
|
babyorange posted on 26-5-2014 12:04 AM
pasan x bile org lain yg mng....cm jep ngn aaron, die yg beria dlu bangun nk salam pemenang. konon2 ...
babyorange posted on 26-5-2014 12:04 AM
pasan x bile org lain yg mng....cm jep ngn aaron, die yg beria dlu bangun nk salam pemenang. konon2 ...
ADVERTISEMENT