CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Peminat Marah Hafiz Suip Dedah Kekasih

23-5-2014 04:50 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14608| Komen: 63

Description: Hafiz Atau Nama Sebenarnya Mohd Hafiz Mohd Suip, 24, Berkata, Dia Tidak Menyangka Peminatnya Akan Memberikan Respons Sedemikian Tetapi Berasa Lega Kerana Tidak Lagi Perlu Menyembunyikan Rahsia Perihal ...
Peminat Marah Hafiz Suip Dedah Kekasih
Sama padan... inilah kekasih Hafiz Suip yang dikenali sebagai Fy.


KUALA LUMPUR: Penyanyi Hafiz Suip terkejut apabila beberapa peminatnya melahirkan kemarahan selepas mendapat tahu dia sudah berpunya apabila foto kekasihnya di keluarkan di laman Instagram minggu lalu.

Hafiz atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Mohd Suip, 24, berkata, dia tidak menyangka peminatnya akan memberikan respons sedemikian tetapi berasa lega kerana tidak lagi perlu menyembunyikan rahsia perihal pasangan cintanya yang dikenali sebagai Fy itu.

"Ini merupakan kali pertama saya memuat naik foto kekasih di Instagram sekadar mahu memberitahu yang kini saya sudah berpunya.

"Tidak sangka pula apabila ada beberapa peminat yang meluahkan rasa kecewa kerana foto itu. Bagaimanapun, saya percaya mereka akan faham. Takkanlah saya tidak boleh ada kekasih semata-mata ingin menjaga hati orang," selorohnya.

Hafiz ditemui pada majlis pelancaran showcase Hafiz & Friends di Hard Rock Cafe di sini pada Khamis.

Minggu lalu, teka-teki mengenai siapakah kekasih Hafiz terjawab dia  berkongsi fotonya bersama wanita itu dengan kapsyen ‘happy birthday to my love’ bagi mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran wanita berkenaan.

Hafiz (kiri) dan Akim Ahmad akan terlibat dalam persembahan di Hard Rock Cafe, Melaka pada 22 Jun depan. Turut sama penyanyi Hazama.

Dalam pada itu Hafiz berkata, tujuan dia mendedahkan foto tersebut kerana merasakan sudah tiba masanya untuk dia berkongsi rasa bahagia perhubungan cintanya yang sudah terjalin selama lima bulan itu.

"Dulu saya terfikir, jika mendedahkan hal percintaan saya, mungkin ia akan menggugat karier dan peminat tidak akan suka saya lagi.

"Tetapi bila fikir balik, buat apa perlu sorok benda baik. Tetapi saya tidak akan memberitahu secara terperinci mengenai Fy.


"Apa yang saya boleh katakan, Fy merupakan pelajar jurusan akaun di sebuah institusi pengajian tinggi. Dia juga merupakan saudara jauh saya," ujarnya.

Sementara itu, mengenai showcase Hafiz & Friends, penyanyi Hazama dan Akim Ahmad turut terlibat menjayakan persembahan tersebut yang akan berlangsung di Hard Rock Cafe Melaka pada 22 Jun depan.

"Kalau nak tahu, membuat persembahan di Hard Rock Cafe merupakan impian kami kerana ia sebuah kafe yang popular berkaitan persembahan-persembahan muzik selain memiliki sistem bunyi yang bagus.

"Secara keseluruhan, sebanyak 12 lagu yang akan dipersembahankan. 


8

Bagus

Marah
6

Terkejut
3

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (21 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Syd 23-5-2014 11:58 AM
nanti gambar beromen jgn lupa share sekali
baik tuk kesihatan dan hormon2 peminat anda jugak
Quote iman_aly 23-5-2014 12:06 PM
Ade chef wan kesah???
Quote eira_gurl 23-5-2014 12:07 PM
nti dah clash sila buat status meroyan dgn ucapan "buat apa sorok benda baik"
Quote pia250110 23-5-2014 12:08 PM
ade jaafar on kesah..x kesah langsung katenye
Quote achik2009 23-5-2014 12:12 PM
ehh...mcm tak caya pulak TT thread ni maxim....
Quote lunalisa 23-5-2014 12:17 PM
semoga kau bahagia lah hafiz ..
Quote lulabee 23-5-2014 12:18 PM
ada aku kesah
Quote achik2009 23-5-2014 12:20 PM
kata tak kesah...tapi nak gak masuk sini...walhal byk lagi thread yg bole nak buat posting....
Quote makton 23-5-2014 12:23 PM
gf dia mcm muka ning baizura....

nampak berusia la awek dia ni. bape umur dia?
Quote azie.dz 23-5-2014 12:33 PM
sorok marah

dedah marah

err tp awat gerpren dia muka mcm tua dr dia..muka jejans aishhh kbai
Quote tomet05 23-5-2014 12:35 PM
aduhai la haiiiii
Quote nsmy 23-5-2014 12:36 PM
ex-gf si hafiz ni rasanya dh lebih dr 5 org...
cepat btol dia jumpa pengganti..
Quote ElmoRed 23-5-2014 12:40 PM
org femes, tak suka...tukoooooo
Quote sweetfasha 23-5-2014 12:42 PM
alahai... ada aku kisah apis oiii..

muka fy macam ning bezura.. kah kah kah
Quote annehuda 23-5-2014 12:52 PM
aku harap apis bukan cover line. kot2la kan yg gmbr tu awek sendiri upload pastu kantoi kt peminat. so nak tak nak terpaksala ngaku dan back up awek sbb takut awek larik
Quote ais_kosong 23-5-2014 01:01 PM
Syd posted on 23-5-2014 11:58 AM
nanti gambar beromen jgn lupa share sekali
baik tuk kesihatan dan hormon2 peminat anda jugak

sharing is caring kekdahnya noks..
Quote mitnick 23-5-2014 01:07 PM
ingtkam iols je rs muka girlpren dia tue mcm ning baizura.... rupanya bnyk gak komen kat sini kate cmtu....
Quote Syd 23-5-2014 01:08 PM
mmg dia punye gepren dia tua2 dan nampak lagi tua dari dia

apiz nehh baby face...

Quote seb_baik 23-5-2014 01:09 PM
mgkn sbb dh byk sgt bekas kekasihnya. jd muak dh

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-7-2024 02:47 AM GMT+8 , Processed in 0.059718 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top