CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Miera Liyana Tunggu Kekasih Baru

23-5-2014 09:50 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13615| Komen: 26


Setelah beberapa lama tidak mempunyai kekasih, pelakon muda Miera Liyana mengakui hatinya terdetik mahu menjalin cinta semula. Namun kata gadis berusia 21 tahun ini, setakat ini dia belum bertemu dengan lelaki yang betul-betul sesuai untuk dijadikan teman lelaki.

"Masih solo. Belum ada lagi... (teman lelaki). Sebenarnya memang saya teringin nak bercinta tapi belum ada calon yang sesuai", kata Miera Liyana ringkas sambil tergelak.

Miera ditemui ketika sidang media rombongan artis popular bersama penerbangan Air France keempat ke Paris tajaan Rafflesia, bertempat di hotel Park Royal, Kuala Lumpur semalam.

Pelakon drama 'Kusinero Cinta' ini berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desas-desus dia kononnya sudah punya kekasih baru yang dikenali sebagai Hussein. Gosip itu timbul apabila Miera baru-baru ini memuat naik gambar dia bersama lelaki tersebut. Tambahan, Miera ada menulis ayat "I miss you" (saya rindu awak) dan ditujukan kepada jejaka berkenaan di laman Twitter miliknya. Kemudian Hussein membalas dengan menulis "I miss you too (saya rindu awak juga).


Mengulas mengenai perkara itu Miera berkata dia dan Hussein adalah kawan lama sejak mereka di bangku sekolah lagi. Sebelum ini mereka terpisah kerana temannya itu melanjutkan pelajaran ke luar negara.

.

"Dia tu sebenarnya kawan lama saya. Kami kenal sejak darjah satu lagi. Tapi bila habis tingkatan 5 dia sambung belajar ke Melbourne, Australia dalam jurusan perniagaan. Tapi sekarang dia dah balik ke sini.

"Tentang mesej "I miss you" tu, ala biasa lah (gelak). Tapi kami memang tiada apa-apa pun. Hanya kawan sekolah.

"Saya berkawan dengan ramai orang. Saya ada geng kawan-kawan masa sekolah dan geng kawan-kawan masa kerja. Lagipun geng sekolah saya memang tak bagi kami bercinta.

Sebab kalau misalnya kami bergaduh, nanti kawan-kawan lain juga terpaksa berpecah, separuh lepak dengan saya separuh lagi lepak dengan dia. Kami tak nak macam tu, susah nanti", tuturnya.

Dalam perkembangan lain, Miera baru saja selesai menjalani penggambaran drama 60 episod, berjudul 'Kusinero Cinta'. Drama tersebut turut menampilkan barisan pelakon hebat selaku teraju utama iaitu, Aaron Aziz, Tiz Zaqyah dan aktor kelahiran Filipina, JJericho Rosales.

Selain itu, Miera bakal ke Barcelona dengan penerbangan Air France anjuran Rafflesia pada 23 Jun hingga 30 Jun 2014. Rombongan tersebut juga disertai empat lagi artis popular iaitu Fizo Omar, Tasha Shila, Hairul Azreen dan Kamal Adli.

Sepanjang lapan hari di sana, lima artis ini bebas melakukan aktiviti masing-masing sambil bertanggungjawab mempromosikan tempat-tempat menarik yang mereka kunjungi menerusi laman Twitter, Facebook dan juga Instagram masing-masing.

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 22-5-2014 09:04 AM
yang pakai skirt kuning tu jin ke?
Quote tiang@pi 22-5-2014 09:21 AM
Kekasih nye nant menteri mana?
Quote azie.dz 22-5-2014 09:21 AM
err...sendu jugak...perlu ke bitau wartawan nak berboypren balik
Quote tomet05 22-5-2014 09:27 AM
er .. budak bra plastik nih kan ?
Quote miminn 22-5-2014 09:51 AM
relax dulu. baru 21.

dalam ni tak nampak gomak sangat pulak. gambar dalam thread barcelona tu scary sebab flash kot.
Quote huJanBaTu 22-5-2014 09:57 AM
mira dlu sweet..dh kenapa jd camni?
Quote putehkundor 22-5-2014 10:09 AM
Mak teh pun ada towel kuning....sebijik camtu..
Tapi tak la sampai nak dijahit buat skirt
Quote prettymanja 22-5-2014 10:12 AM
Koser dgn Minah nie, gedik xhengat..
Mekap sekati cam Opera Cina kekdahnye
Quote nurfariezza 22-5-2014 10:25 AM
kakikuDibibirmu posted on 22-5-2014 09:04 AM
yang pakai skirt kuning tu jin ke?

hahha...giler kejam...menangis miera liyana klu bce statement uols..
Quote dubuk 22-5-2014 10:35 AM
dah montel sikit
Quote makton 22-5-2014 10:55 AM
pegi la ko bercinta senyap2.. berlakon pun sendu.
harapkan kontrobesi je ko ni.
Quote ElmoRed 22-5-2014 11:03 AM
sila masuk gym
Quote hasniey 22-5-2014 11:55 AM
alahai bru 21
nak carik boipren pon sebuk nk bgtau org
Quote skun 22-5-2014 01:03 PM
muka lain giler
Quote DayangKirana 22-5-2014 01:08 PM
oh dear... muka lain sbb dah bam bam ker or sebab suntik....

Quote ajurina 22-5-2014 01:58 PM
kakikuDibibirmu posted on 22-5-2014 09:04 AM
yang pakai skirt kuning tu jin ke?

hahahaha! jin digi!!
Quote piao 22-5-2014 05:23 PM
kekasih baru lagi? ko tu merokok mulut bau dunhill , kadang2 bau surya gudang garam!
Quote naina 22-5-2014 05:28 PM
dh repair gigi ke belum
Quote nurwa 22-5-2014 05:33 PM
"Saya berkawan dengan ramai orang. Saya ada geng kawan-kawan masa sekolah dan geng kawan-kawan masa kerja. Lagipun geng sekolah saya memang tak bagi kami bercinta.

Sebab kalau misalnya kami bergaduh, nanti kawan-kawan lain juga terpaksa berpecah, separuh lepak dengan saya separuh lagi lepak dengan dia. Kami tak nak macam tu, susah nanti", tuturnya.



sangat kebudakan...

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:08 PM GMT+8 , Processed in 1.041166 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top